UMNO sekarang semakin bercelaru dan nampak mengelabah. Dah jadi rojak mamak. Semakin ramai orang bagi pendapat dan cadangan untuk membaik pulih UMNO, semakin jelas UMNO yang menjadi tulang belakang Kerajaan Barisan Nasional nampak kehilangan punca. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM tangkap orang UMNO yang terlibat dengan politik wang. Akibat daripada penangkapan ini, ada yang mendakwa mereka kena dera ketika dalam tahanan. SPRM terpaksa pula menubuhkan satu pasukan khas untuk menjalankan penyiasatan.
Kerana lompat melompat dalam parti punya pasal, ada pula mencadangkan supaya Kerajaan meminda Perkara 10 2(c) Perlembagaan Persekutuan. Calon untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO yang akan bertanding pada bulan Mac ini pula disyorkan supaya berkompromi, kononnya dengan cara ini UMNO tidak pecah. Secara lojiknya kalau nak difikirkan, siapa yang sanggup tarik diri? Kebanyakan calon semuanya dah jauh berjalan, duitpun dah banyak keluar, siapa yang mau? Kemudian mahu melantik pegawai penyiasat parti jadi "mata-mata gelap" dalam Lembaga Displin. Macam-macam ada!
Yang paling tidak masuk akal ialah cadangan Pengerusi Lembaga Disiplin, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen supaya sayap parti, Wanita, Pemuda, Puteri dan Putera dibubar kerana katanya, dengan pembubaran ini akan menghapuskan politik wang. Beliau bagi conton di England, walaupun tidak ada sayap wanita, ada juga wanita yang boleh jadi Perdana Menteri. Putera UMNO tidak boleh campur politik kerana takut ganggu pelajaran.
Membaca kenyataan Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen yang jadi berita muka depan akhbar, para sahabat mengarut kepala dan tertanya-tanya, apa dah jadi dengan Pak Engku kita ni? Sebagai orang lama dalam parti, pejuang dan cukup banyak pengalaman dalam politik orang Melayu kenapa cepat sangat nak bakar kelambu kerana nyamok seekur, nak bakar rumah kerana marahkan tikus nak baiki labu? Orang Putih penjajah laknat bumi Malaya masih nak dijadikan contoh? Apa guna kita merdeka 50 tahun kalau kita masih lagi nak ikut stail orang lain? Banyak benar persoalan yang timbul dalam kepala para sahabat. Kalaulah begini caranya kita bertindak dan berfikir, alamatnya parti keramat Orang Melayu ini cepatlah terkuburnya.
Dalam huhahuha minum teh tarik di kedai mamak, para sahabat terfikir, apakah peranan MT? Kenapakah cerita-cerita bodoh dan memalukan seperti ini dibiarkan jadi polimik di media massa? Sepatutnya MT mengambil seriuas dalam menangani usaha pemulihan parti, membentuk sebuah badan khas misalnya, yang terdiri daripada bukan orang parti, tetapi golongan profesional, ahli-ahli akedemik, para cendiakawan-cendikawan muda dan ketua-ketua masyarakat. Mereka dipertanggung-jawabkan supaya membuat kajian terperinci apakah sebab musabab rakyat semakin hilang kepercayaan kepada UMNO kemudian merangka dan mengubal pelan bertindak untuk menyelesaikannya.
Ini rasanya lebih baik dan berkesan daripada heboh-heboh dalam media, seolah-olah kita sudah hilang tahap profesionalisme sebagai seorang anggota parti yang memerintah negara. Kalau dibiarkan ini berlarutan, makin ramai yang tonjol muka dan buat kenyataan kepada media, apatah lagi kepada mereka yang nak bertanding dalam pemilihan parti Mac ini. Masing-masing nak tunjuk pandai, menyelam sambil minum air.
Selain daripada itu, kita juga melihat supaya MT mengarahkan Bahagian-Bahagian UMNO di seluruh negara supaya ikut melibatkan diri dalam usaha kaji selidik ini, berterus-terang dari hati ke hati apakah punca masalah maka UMNO semakin dibenci bukan sahaja rakyat tetapi kalangan anggota UMNO sendiri. Jangan pula apabila ada bahagian-bahagian yang berterus terang mengkritik parti dan pemimpin tertinggi, ada pula tukang-tukang kipas menghasut pucuk pimpinan supaya diambil tindakan disiplin.
Satu hal lagi yang kita lihat, tidak adakah satu usaha untuk menghapuskan tukang-tukang kipas dan tukang-tukang joget yang banyak terdapat dalam UMNO? Kita naik pelek, seorang pemimpin besar yang berpelajaran, profesional dan hebat-hebat masih lagi dengar dodoi dan nyanyi pencacai-pencacai ini. Sesungguhnya, mereka ini merupakan satu spisis hantu raya makan telur, banyak telur yang dihidang maka panjanglah nyanyi dan jogetnya, jika kurang, kita pula yang digigitnya. Ubahlah cara kita berpolitik dan memimpin , kerana yang boleh selamatkan UMNO bukan orang lain, kitalah!

3 ulasan:
memang betulpunumno semakin parah dan bercelaru disebabkan masing-masing gila jawatan. bodoh punya umno...... akhir cerita nanti melayu sama melayu bergaduh bangsa lain gelak dan tunggu peluang untuk merampas tanah melayu...... umno sememang nya bodoh
UMNO BODOH.....
Sebodoh-bodoh UMNO, dapat juga kau melayari internet... Itulah sumbangan dari UMNO yang kau kata bodoh...
Dapat juga kau menulis, membaca itu tandanya kau dapat ke sekolah....
Bercakap gunakan akal, jangan gunakan emosi.... Sebodoh-bodh UMNO ramai juga pendatang asing datang mencari rezeki di negara yang ditadbir oleh orang-orang bodoh..... Mungkin kau sorang aje yang pandai.. Pandai mengata orang.
Setiap nasi yang kau makan, hasil dari tanah mana???? Kalau dah tak suka dengan pemerintahan UMNO,, kau pergilah kenegara lain yang kau suka.
Lebih baik kau ke Palestin... baru kau tahu macamana orang yang bijak pandai mentadbir negara.
Kenapa nak cakap UMNO bodoh???? Kenapa kau tak cakap mahyudin bodoh, ali rostam bodoh, muhd taib bodoh???? sebab diaorang yang berebut jawatan...... bukan UMNO.
Aku rasa kau ni elok dihantar ke Somalia atau Darfur..... baru kau tahu.......
Dah duduk di negara yang aman damai pun tak reti nak bersyukur....
Sebenarnya kau yang BODOH.......
ZAHARI AFFANDI
Catat Ulasan