Khamis, 23 April 2009

PENGERUSI BADAN PERHUBUNGAN : KEPALA KERETA API PAKAI ARANG BATU KENA UNDUR

Siapakah peneraju kepimpinan UMNO di peringkat negeri, Setiausaha Agong, Ketua Penerangan dan Bendahari? Kabarnya esuklah penentunya. Jumaat hari keramat yang cukup baik untuk membuat sesuatu pemilihan yang penting. Apa yang kita harap-harapkan, mereka yang dipilih sudah pasti dapat merealisasikan tranformasi yang terpahat dalam gagasan besar Dato Seri Najib.

Kiranya ada sesetengah peneraju kepimpinan parti di peringkat negeri yang boleh di ibaratkan seperti kepala kereta api yang masih pakai arang batu, kalau tidak terlantik, kenalah akur dan menerima kenyataan. Jangan pula di depan angguk tetapi apa yang tersirat di hati terpintal pelbagai dendam dan dengki khianat seperti yang berlaku di Terangganu.

Ketika Dato Seri Najib memeras otak untuk membina semula kekuatan parti dan kerajaan, tiba-tiba sepuluh ADUN tak datang ke persidangan Dewan Undangan Negeri, termasuklah Dato Idris Jusoh, bekas MB. Kononnya takut keselamatan terancam berikutan SMS ugut mau bunuh mereka. Tua-tua Tok Selampitpun taklah sepengecut sepuluh ADUN ini. Seorang pemimpin yang hebat ialah meletakkan nyawa di hujung pedang, kepentingan rakyat yang memilih kita mesti di utamakan, walau apa cara sekalipun. Pemimpin, kepada Tok Selampit ialah seorang pengelima perang, tetapi yang kita rasa nak tergelaknya, baru saja terima SMS dahpun mengigil berkurung dalam kelambu. Ada percaya ke? Pemimpin seperti ini cukup tidak sesuai dalam era kepimpinan Najib.

Menyentuh tentang pemilihan peneraju dan pengurusan tertinggi parti, Tok Selampit dengan rendah hati suka nak cadangkan kepada Dato Seri Najib supaya memastikan perlantikan Setiausaha Agong UMNO mestilah seorang yang benar-benar berkemampuan dan mempunyai ketelusan hati dalam mentafsirkan segala gagasan presiden parti. Bersih daripada semua gejala buruk, skendal amalan rasuah dan kes-kes mahkamah.

Tanggung-jawab seorang Setiausaha Agong amat penting kepada parti kerana idividu ini merupakan jambatan penghubung antara pucuk kepimpinan parti dengan kumpulan akar umbi. Elakkan daripada amalan buruk membina puak dan orang kiri kanan yang menjadi tukang hasut. Apabila berpuak-puak, akan berlakulah pelbagai kerja-kerja jahat, mengadu domba, fitnah memfitnah, pijak memijak dan "cas kenting" kawan-kawan. Jika ini berlaku maka akan jadi sia-sialah segala gagasan dan usaha murni Najib untuk pemulihan parti. Hasilnya UMNO tetap tidak berubah.

Dato Seri Najib mesti berani bertindak membuang buah-buah busuk yang berulat ini dalam era kepimpinannya sesuai dengan gagasannya yang mentahtakan rakyat dan kumpulan akar umbi dalam parti sebagai sasaran utama dalam setiap inci perjuangan dan kepimpinannya. Dato Seri tentunya lebih maklum dan cukup arif tentang segala perangai buruk dan kerenah orang-orang UMNO. Jangan musnahkan segala cita-cita dan hasrat murni ini. Jangan cepat terpedaya dengan budaya orang UMNO yang berebut dan berterak-terak nak cium tangan sedangkan dalam hati, Allah sahaja yang maha mengetahuinya.

Tok Selampit --- akar dan umbi antara ciri-ciri terpenting dalam proses kesuburan sebatang pokok.

Rabu, 22 April 2009

MELAYU, BERSATULAH!

Konspirasi untuk menghuru-harakan negara ini sebenarnya sudah lama wujud. Walaupun Parti Komunis puluhan tahun telah diharamkan dan darurat sudah berakhir, tetapi cetusan ideologi komunis terus membara, meresap ke dalam pelbagai organisasi, sama ada pertubuhan politik ataupun NGOs termasuk badan-badan sosial budaya. Kepada mereka, gagal sekali, bukan bermakna gagal untuk selama-lamanya. Pelandok selalu lupakan jerat tetapi jerat tidak pernah lupakan pelandok.

Pelbagai usaha telah dibuat, tetapi ternyata usaha daripada luar untuk memusnahkan negara ini tidak berhasil. Kekuatan Melayu bukan mudah dilentur. Walaupun mereka berlainan fahaman politik tetapi apabila berhadapan dengan ancaman musuh dari luar mereka bertaut seperti kiambang yang hanyut di kolam. Pegangan agama juga merupakan benteng keramat kekuatan Melayu. Apabila bergema laungan Allahuakhbar, Melayu akan menjadi kumpulan singa yang hauskan darah. Biar putih tulang asalkan jangan putih mata! Inilah sumpah Melayu.

Institusi Kesultanan yang memayungi temadun Melayu sejak 600 tahun yang lalu juga merupakan azimat kepada kejantanan dan kekuatan Melayu. Semangat Melayu sentiasa membara dicetuskan melalui ceramah-ceramah agama dan tebaran berita daripada sebuah akhbar Melayu yang tidak pernah letih dalam memikul tanggung-jawabnya menjadi wadah perjuangan orang Melayu sejak sebelum merdeka sehinggalah ke hari ini. Itulah Akhbar Utusan Malaysia.

Menyedari tentang hakikat ini, mereka telah menukar haluan dan strategi. Melayu memang mudah lupa. Melayu mesti dimusnahkan di atas katil tiudrnya sendiri. Api mula dinyalakan dalam sekam. Nyalanya tidak kelihatan, tetapi bara terus membakar tanpa disedari. Inilah yang berlaku hari ini. Kerana mengejar mimpi yang indah, bini dalam pelukan boleh dilarikan orang. Melayu bukan sahaja mulai huru hara, tetapi ada Melayu yang sanggup menggali kubur untuk anak bangsanya sendiri.

Laungan Allahuakbar bukan lagi gema untuk membina kekuatan dan semangat, masjid jadi rebutan dan jadi gelanggang politik. Islam konon-kononnya dijulang tetapi nafsu untuk berkuasa menjadi kuda tonggangan, mereka sanggup membuat hukum sendiri. Sudah hilang pedoman, halal haram sudah jadi rojak mamak.

Jerat yang tidak pernah lupakan pelandok mula mengangga, orang Islam sokong orang bukan Islam yang menghina agamanya sendiri. Institusi Raja yang sudah zaman berzaman menjadi payung dan lambang kuasa dan ketuanan Melayu ikut dicemuh. Utusan Malaysia sebuah akhbar Melayu yang menjadi wadah dan roh kepada perjuangan orang Melayu ikut terharam dan diboikot. Hairannya, Melayu petualang bangsa ini tidak merasa apa-apa, malah mereka mendabik dada.

Melihat kepada senario hari ini, kita tertanya-tanya, apakah konspirasi musuh negara yang sudah sekian lama tersirat dan terpahat untuk menghancurkan tanah keramat ini sudah terlaksana? Tok Selampit terasa letih dan penat untuk menjawabnya. Kita terlalu banyak bercakap dan terlalu banyak berkurban semata-mata untuk menjaga perasaan orang lain. Ada kuasa tak tau guna kuasa, ada harta habis ditelan hantu raya dan jemalang.

Tok Selampit --- sudah terlalu tua, tak sanggup melihat anak bangsa menjadi pengemis di tanah air sendiri.

dont condemn dont critic dont complaint


For several years a shop named SANDLOT doing what they thought they know best.They performed well.Their annual revenue was 17 million.then came a man named Abi who said they shop was using Toyol.This Abi claimed that he could perform much better without Toyol.MUCH BETTER....he claimed he N gang could have brought in 200million instead.

Shareholders of the shop then made a decision and kicked the Toyol out.the rest is history.Now t Abi n gang say they are doing the job well.Very well after 6months under new management they have collected 1.745 million....they only need another 198.255million to reach their target.

are the shareholders aware that there are 6 months left in their calendar?are Abi n gang better?...gang upin n ipin kot...

u do the maths.....

Selasa, 21 April 2009

PASTIKAN "ORANG POLITIK LALANG" TAK ADA DALAM KABINET NAJIB

Ahli Perlimen Johor Bahru, Dato Shahrir Abdul Samad berkata, jambatan yang menghubungi Negeri Johor dengn Singapura wajar diteruskan. Ia boleh dilaksanakan dengan semangat setiakawan antara kedua-dua buah negara. Tok Selampit terpanggil untuk buka mulut terhadap komen Dato Shahrir ini kerana teringat betapa hebatnya Dato Shahrir mempertahankan keputusan Pak Lah membatalkan projek ini dalam satu majlis taklimat kepada UMNO Wilayah Persekutuan di Hotel Nikko tidak lama dulu.

Dalam majlis tersebut Dato Shahrir merupakan salah seorang ahli penal. Tok Selampit tak ingat sangat ucapan penuhnya tetapi jelas mempertahankan keputusan Pak Lah yang membatalkan projek tersebut dan sekaligus menyelar Tun Dr.Mahathir. Para sahabat gelak besar apabila melihat telatah Dato Shahrir, cepat sangat koner! Kata salah seorang sahabat, tengoklah politik orang UMNO, macam lalang, ikut arus angin!

Tok Selampit tak mahu komen banyak-banyak, cuma kalau boleh nak cadangkan kepada Dato Seri Najib, dalam sibuk-sibuk merancang dan bertindak untuk membaik pulih UMNO dan kerajaan, perangai buruk orang UMNO macam lalang ini juga kena diberi perhatian. Orang politik macam daun lalang ini kena bersihkan, kalau tidak akan jejaskan gagasan besar Najib untuk membetulkan hala tuju parti dan kerajaan.

Tok Selampit --- tak mau 'politik daun lalang' musnahkan Najib.

Rabu, 15 April 2009

KENAPA MUHYIDDIN TAKUT UNTUK DEDAHKAN KEBENARAN?

Perlukah seorang pemimpin sebuah parti Melayu yang mendominasi Parlimen berbincang dan meminta pendapat para pemimpin parti komponen terlebih dahulu sebelum bercakap atau mendedahkan kelemahan dan kepincangan parti tersebut? Sedangkan apa yang didedahkan itu benar dan nyata. Apakah pernah para pemimpin parti-parti komponen berbincang dan meminta pendapat daripada pemimpin UMNO sebelum mereka bercakap dan mempersoalkan hak orang Melayu?

Apakah seorang pemimpin parti yang menjadi tulang belakang kepada kerajaan takut untuk menangani segala kerenah parti-parti komponen yang tidak puas-puas menuntut itu dan ini seperti Belanda minta tanah, diberi betis nakkan paha. Apakah perasaan satu atau dua orang dalam parti-parti komponen ini lebih penting daripada menjaga perasaan jutaan rakyat di negara ini yang cintakan sebuah kehidupan yang cermelang, aman dan damai?

MIC mempertingkaikan kenapa wakilnya tidak menjadi menteri kanan dalam kabinet iaitu Kementerian Kerja Raya. Apakah MIC ingat, Menteri Kerja Raya ini dijadikan Tuhan hanya untuk MIC saja, orang lain tidak boleh? Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang menjadi tunjang kekuatan BN di Serawak juga ikut persoalkan kenapa wakil Melayu Serawak yang jadi menteri tidak ada? Cuma timbalan menteri, sedangkan di Sabah ada, iaitu Dato Seri Shafie Afdal.

Apakah mereka ini tidak terfikir bagaimanakah perasaan orang-orang UMNO sendiri yang jadi Ahli Parlimen dan menang MT, berjuang dalam parti puluhan tahun tidak dilantik jadi menteri kabinet, sedangkan yang tewas dalam pilihan raya dan MT dan ada juga yang tak buat apa-apa dalam parti tiba-tiba terpilih jadi menteri penuh. Bagaimanakah perasaan mereka ini? Tetapi kerana parti dan menerima gagasan Dato Seri Najib sebagai Presiden Parti dan Ketua Negara yang meletakkan kepentingan rakyat melebihi daripada segala-galanya, mereka akur dan menerimanya walaupun terluka dan tercalar.

Pelbagai pertanyaan datang dalam benak kepala Tok Selampit apabila melihat Tan Sri Muhyiddin begitu cepat mengelabah dan tak tentu arah apabila tegurannya terhadap prestasi jentera parti-parti komponen dalam kempen pilihan raya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau telah dijadi isu perkauman oleh akhbar-akhbar Cina, sedangkan teguran itu satu kenyataan berdasarkan kajian yang dibuat. Kalau benar kenapa takut?

Para sahabat tertanya-tanya kenapa Tan Sri Muhyiddin yang setakat hari ini kita kenal sebagai seorang pemimpin Melayu yang berani dan tegas tiba-tiba jadi kelam-kelibut dan terpaksa minta pandangan Presiden MCA, Dato Ong Tee Keat, seolah-olah orang Cina di Malaysia ini merupakan penentu untuk segala-galanya. Apakah kepentingan mereka ini lebih penting diutamakan dan tak boleh ditegur walaupun mereka buat salah? Bagaimana pula perasaan orang Melayu khususnya ahli UMNO yang menaruh harapan dan kepercayaan yang besar kepada Tan Sri Muhyiddin? Kenapa jadi kecuh dan cepat mengelabah, sedangkan apa yang berlaku di kedua-dua bukit itu memang benar.

Kita bimbang, Tan Sri Muhyiddin yang diharap-harapkan menjadi wira orang Melayu akan mengulangi peristiwa "keris Pemuda UMNO" yang jelek dan memalukan. Jangan terulang lagi kesilapan yang lalu, kerana nak jaga hati orang lain, Melayu diijak dan dihina.

Tok Selampit --- Tan Sri, jangan musnahkan harapan orang Melayu!

Jumaat, 10 April 2009

SMS KECAM TUN MAHATHIR KEMBALI KEPANGKUAN UMNO


Tok Selampit ada terima banyak juga SMS, pro dan kontra tentang kemasukan semula bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed ke pangkuan UMNO. Tok Selampit rasa pedih juga lubang telinga apabila SMS pertama mengelarkan Tun Mahathir sebagai Maha Firaun. Tun Mahathir meletak jawatan sebagai Perdana Menteri konon-kononnya Tun Mahathir tahu bahawa BN akan kalah teruk dalam pilihan raya 2004.

Pak Lah muncul dan menyelamatkan UMNO, sebab itu Tun Mahathir yang digelar Maha Firaun tak senang duduk dan ganggu-gugat pentadbiran Pak Lah. Konon-kononnya Tun Mahathir campur tangan dan tukar nama calon yang sudah ditetapkan oleh Pak Lah dalam PRU12. Sebab itu BN kalah teruk dalam PRU12. Pemimpin seperti Pak Lah yang berteraskan agama sanggup ditolak kerana sanjung orang tua nyanyok.

Sebenarnya panjang lagi SMS yang kutuk Tun Mahathir, tetapi Tok Selampit tak sampai hati dan tulis sebab nampak benar ianya menghasut dan fitnah. Jawapan untuk SMS fitnah ini seperti berikut: Kerana piramid peninggalan Firaun ratusan tahun yang lalu, hari ini Mesir muncul
sebagai sebuah distinasi pelancongan terkenal di dunia yang mendatangkan pulangan ratusan juta dolar setahun kepada Mesir.

Harta karun peninggalan Firaun juga sehingga sekarang masih menjadi rebutan sehingga ramai yang mati. Menurut Hadis, Rasullullah SAW telah memberitahu para sahabatnya, antara tanda-tanda Hari Kiamat ialah akan turun para Dajal dari langit kebumi menyerupai seorang pemimpin dan ulama yang ramai pengikutnya. Sesungguhnya Dajal ini musuh Allah. Pemusnah Tamadun manusia dan perosak agama Allah. Orang-orang kafir mulai tunjuk kuasa, agama Allah dipersenda dan rakyat jadi huru-hara. Golongan inilah pengisi neraka jahanam.

Tok Selampit --- tak mahu campur, fikir-fikirlah sendiri!

Rabu, 8 April 2009

BN GAGAL BANYAK HIKMAHNYA !

Kegagalan BN untuk merampas kembali kerusi Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau dalam pilihan raya kecil semalam, sesungguhnya banyak menimbulkan persoalan dan tanda tanya di kalangan kita. Apakah yang dicari-cari oleh para pengundi di kedua-dua kawasan ini? Satu kehidupan yang baik ataupun kecelaruan yang terhasil daripada adu-domba politik perkauman yang sudah pasti akan menghuru-harakan negara?

Selama sebelas bulan Pakatan Rakyat memerintah termasuk Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau, apakah untungnya kepada rakyat? Yang jelas ialah tercetusnya pelbagai masalah dan huru-hara sehingga terabai segala tanggung-jawab yang diamanahkan oleh rakyat kepada mereka.

Walau apapun, kepada Tok Selampit, kegagalan BN merampas Bukit Selambau dan Bukit Gantang sesungguhnya mempunyai banyak hikmah dan pengajarannya. Yang jelas ialah untuk memantapkan kepimpinan Dato Seri Mohd Najib sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri. Biarlah onak dan duri merintangi jalan, daripada karpet merah dan paluan kompang menyambutnya. Onak dan duri merupakan resipi daripada satu keinsafan dan kehalusan budi, kerana inilah antara ciri-ciri kepimpianan yang sejati.

Jika karpet merah dan paluan kompang menjadi penyeri, terlalu banyak ujian dan kepalsuan yang datang tanpa disedari. Apabila kepalsuan tersirat dihati, maka hilanglah maruah dan harga diri. Jadi riak, terkabur dan lupa diri. Akhirnya hancur musnah. Dalam bahasa yang mudah, Tok Selampit lebih suka Najib belajar susah dan jerih payah kerana semua orang tau, Najib seorang anak bertuah, daripada mula muncul sebagai wakil rakyat dan menteri besar yang termuda dalam sejarah negara, sehingga menjadi persiden parti dan seorang perdana menteri, politik Najib tidak pernah di lambung ombak dan gelombang.


Tok Selampit --- biar pengalaman mengajar dan mematangkan kita.

Isnin, 6 April 2009

KHAIRY TAK LAKU DI BUKIT GANTANG DAN BUKIT SELAMBAU?

Kabar yang diterima daripada para sahabat yang berkampung dah dekat dua minggu di Bukit Gantang dan Bukit Selambau amat mengejutkan, kononnya para pengundi di kedua-dua kawasan pilihan raya kecil itu memberi amaran, kalau mahukan BN menang, jangan biarkan Khairy Jamaluddin jadi hantu raya tak bertuan dalam kempen di Bukit Selambau dan Bukit Gantang.

Mengikut cerita, mereka bukan marahkan UMNO tetapi benci melihat perwatakan Khairy yang sombong dan angkuh. Mentang-mentang jadi menantu kesayangan Peradana Menteri, semua benda dia nak sapu. Urusan bola sepakpun dia nak ikut campur. Akhir sekali semuanya hancur. Mereka juga mengungkit kekalahan BN dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu tempuh hari. Bawa penyanyi pop, terjerit terlolong, langsung tidak mengambil kira sosial budaya dan selera masyarakat setempat.

Dalam hal ini Tok Selampit tak berani komen banyak-banyak sebab kita cukup yakin, Dato Seri Najib dan para pemimpin tertinggi parti yang lain cukup arif tentang segala-galanya. Harapan kita hanyalah satu iaitu, hayatilah misi dan visi Dato Seri Najib. Kepentingan rakyat dan negara mesti diutamakan.

Tok Selampit --- nak pesan pada Khairy ingatlah, bumi mana yang dipijak dan langit mana yang dijunjung!

HARI RABU PENUH SUSPEN

Seluruh rakyat Malaysia tertunggu-tunggu hari Rabu ini (lusa) kerana kabarnya, Dato Seri Najib akan membuat pengumuman perlantikan barisan kabinet barunya. Siapakah antara muka baru yang akan dilantik dan siapa pula muka lama yang akan golong tikar. Menurut cerita para sahabat, ada seorang dua kawan kita yang terpilih Ahli MT baru-baru ini sudah mengelabah tak tentu arah. Dah tempah baju Melayu hitam dan beli songket baru untuk masuk Istana Negara. Konon-kononnya nama mereka disebut-sebut untuk jadi menteri kabinet.

Yang melara tidur tak lena dan mandi tak basah ialah kalangan orang lama dalam kabinet Pak Lah. Selain daripada tewas dalam pemilihan MT baru-baru ini, Dato Seri Najib awal-awal lagi dah maklumkan bahawa jumlah anggota kabinet barunya akan dikurangkan. Dalam hal ini, siang-siang lagi Tok Selampit dah buat cadangan, apabila sudah tidak terpilih dalam perhimpunan baru-baru ini, kena faham-fahamlah bahawa orang UMNO dah tak mahukan kita lagi. Letaklah jawatan macam Dato' Shahrir Samad.

Kita kenalah berkorban dan dapat menerima kenyataan. Zaman gemilang kita sudah berlalu. Kalau Pak Lah boleh letak jawatan dan ikut isteri kesayangan tanam pokok, kenapa pula kita tak boleh? Zaman para menteri dan pembesar negara disambut dengan bunga manggar dan paluan kompang sudahpun berakhir. Sekarang zaman dah berubah!

Tok Selampit --- selalu tengok muka dalam cermin.

Sabtu, 4 April 2009

MCA DAH MULA BUAT HAL?


Baru semalam Dato Seri Najib dinobatkan sebagai Perdana Menteri, MCA sehabat karib UMNO dah mula buat hal. Dato' Loke Yuen Yow, Timbalan Setiausaha Agong MCA, walaupun bunyinya sebagai satu cadangan, tetapi ia lebih terarah kepada satu desakan iaitu menuntut supaya Dato Seri Najib memberi laluan kepada MCA untuk menjadi Perdana Menteri Kedua dan Timbalan Pengerusi Dewan Tertinggi BN bagi membuktikan bahawa proses perkongsian kuasa di negara ini benar-benar dilaksanakan.

Daripada sini kita sudah nampak rupa paras dan wajah sebenar yang tersirat dalam perjuangan MCA. Belum apa-apa dah mula tuntut macam-macam. Sepatutnya dalam kekalutan Kerajaan Barisan Nasional yang kehilangan sokongan rakyat dalam PRU 12 dan Datok Seri Najib baru jadi PM, MCA harus bagi kerja sama kepada Najib. MCA yang terpukul parah dalam pilihan raya yang lalu sepatutnya berusaha keras membina satu kekuatan baru untuk menarik semula keyakinan masyarakat Cina kepada parti mereka. Jangan banyak minta itu dan ini tetapi kerjanya tadak!

Kepada Tok Selampit, kita bersetuju dengan tuntutan Timbalan Setiausaha Agong MCA itu tetapi dengan syarat iaitu, MCA mestilah memenangi semula kesemua kerusi DAP dalam PRU13 tanpa bantuan daripada UMNO. Kalau setakat asyik nak bergayut di bawah ketiak UMNO tak payahlah banyak kerenah.

Sebab itu Tok Selampit nak cadangkan kepada Dato Seri Najib, selain daripada menangani masalah negara, politik parti-parti komponen juga harus diberi perhatian. Jangan biarkan mereka ini celupar mulut, tuntut itu dan ini. Najib kena tegas. Jangan lembek macam yang sudah-sudah, hancur kita nanti!


Tok Selampit--- minta Najib banyak belajar daripada kesilapan yang dilakukan oleh Pak Lah.