Tok Selampit ada terima banyak juga SMS, pro dan kontra tentang kemasukan semula bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed ke pangkuan UMNO. Tok Selampit rasa pedih juga lubang telinga apabila SMS pertama mengelarkan Tun Mahathir sebagai Maha Firaun. Tun Mahathir meletak jawatan sebagai Perdana Menteri konon-kononnya Tun Mahathir tahu bahawa BN akan kalah teruk dalam pilihan raya 2004.
Pak Lah muncul dan menyelamatkan UMNO, sebab itu Tun Mahathir yang digelar Maha Firaun tak senang duduk dan ganggu-gugat pentadbiran Pak Lah. Konon-kononnya Tun Mahathir campur tangan dan tukar nama calon yang sudah ditetapkan oleh Pak Lah dalam PRU12. Sebab itu BN kalah teruk dalam PRU12. Pemimpin seperti Pak Lah yang berteraskan agama sanggup ditolak kerana sanjung orang tua nyanyok.
Sebenarnya panjang lagi SMS yang kutuk Tun Mahathir, tetapi Tok Selampit tak sampai hati dan tulis sebab nampak benar ianya menghasut dan fitnah. Jawapan untuk SMS fitnah ini seperti berikut: Kerana piramid peninggalan Firaun ratusan tahun yang lalu, hari ini Mesir muncul
sebagai sebuah distinasi pelancongan terkenal di dunia yang mendatangkan pulangan ratusan juta dolar setahun kepada Mesir.
Harta karun peninggalan Firaun juga sehingga sekarang masih menjadi rebutan sehingga ramai yang mati. Menurut Hadis, Rasullullah SAW telah memberitahu para sahabatnya, antara tanda-tanda Hari Kiamat ialah akan turun para Dajal dari langit kebumi menyerupai seorang pemimpin dan ulama yang ramai pengikutnya. Sesungguhnya Dajal ini musuh Allah. Pemusnah Tamadun manusia dan perosak agama Allah. Orang-orang kafir mulai tunjuk kuasa, agama Allah dipersenda dan rakyat jadi huru-hara. Golongan inilah pengisi neraka jahanam.
Tok Selampit --- tak mahu campur, fikir-fikirlah sendiri!
5 ulasan:
Saya boleh agak sms tu dari siapa.
Ada 2 kemungkinan iaitu pihak yang simpati dgn penentang dalaman TDM yg tak berapa keratpun atau dari pihak pembangkang yang mmg keja depa membangkang....standad la tu! Yg paling penting pihak yang menyanjungi TDM adalah lebih ramai dari pendengki yang terasa baKAL HILANG TEMPAT BERGAYUT.
http://pelantaqhujah.blogspot.com
Jangan layan semua ini. Yg penting pemimpin UMNO semua peringkat buat kerja dengan sungguh2. Kalau asyik bercakaran aje, macam yg terbaru berlaku di Terengganu dan Perlis, alamatnya UMNO/BN hancur.
saya sangatbersetuju dengan pendapat 'Tanpa Nama'. Nampak mereka (yg menabur fitnah) sangat takut dan rasa terjejas apanila DS Najib di lantik sebagai PM ke-6 baru2 ini. pelbagai usaha dilakukan sebelum DS Najib Dlantik lagi sudah pelbagai tohmahan dan fitnah di lemparkan bagi menidakkan rakyat menyokong DS Najib. Tetpi alhamdulillah usaha mereka ini hanya sia-sia dan tidak berjaya. Dan di khuatiri juga orang dalaman UMNO sendiri yang cuba memporak perandakan sesama ahli UMNO demi mencapai matlamat mereka. Sekarang bukan masa untuk bermegah2 dan berlawan sesama sendiri, dakyah pembangkang harus ditentang dan dimatikan agar kepercayaan rakyat kepada UMNO/BN terus mendapat tempat di hati mereka. Tunjukkankan kebijaksanaan kita sebagai manusia yang telah diberi akal fikiran untuk menilai sesuatu yang baik dan juga buruk. InsyaAllah satu malaysia akan bersama kerajaan suatu hari nanti...
AKUM TOK SELAMPIT TITIWANGSA.. APA SUDAH JADI NI TITIWANGSA KINI SENYAP SAHAJA, TAK ADA CERITA TERKINI KE TENTANG TITIWANGSA..? ORANG TITIWANGSA SEMUANYA SUDAH HABIS BEREHAT KE..? SEKARANG INI BUKAN MASA UNTUK BEREHAT & KENA INGAT BAHAWA PARLIMEN TITIWANGSA TELAH DITAWAN OLEH PAS SEJAK MAC 2008.. TAKAN TITIWANGSA BOLEH BERDIAM DIRI SAHAJA.. MANA PERGI PANGLIMA2 NAYAN YANG MENANG TEMPOH HARI.. SETAKAT SELEPAS MENANG DAPAT JAWATAN NAK HILANG DIRI.. TIGA TAHUN SEKALI BARU NAK TURUN PADANG & BILA ADA PERTANDINGAN BARU LAH TABUH SINI, TABUH SANA AGAR DAPAT MENANG TANPA TANDING & MEMBELI UNDI (INI AMALAN RASUAH).. SEKARANG DAH ADA JAWATAN BUAT LAH KERJA..!!! KERJA..!!! KERJA..!!! BERKERJA LAH DEMI BANGSA, AGAMA & NEGARA DENGAN TULUS IKHLAS.. SALAM PERJUANGAN..
saya sokong penuh dengan pendapat Tanpa Nama..mereka semua ni macam pu......jawatan nak kerja tak tak nak..semua nak jawatan nak try sana try sini..dah penuh bawa anak bini pergi bercuti yang orang bawahan ni jadi tunggul..tak apa kita tunggu dan lihat berapa pandai nya KP yang baru menang tu..ingat Awak(KP & NKP) tu di awasi oleh NGO-NGO yang memang tunggu nak sebat je..salah langkah mampussss
Catat Ulasan