Isnin, 6 April 2009

HARI RABU PENUH SUSPEN

Seluruh rakyat Malaysia tertunggu-tunggu hari Rabu ini (lusa) kerana kabarnya, Dato Seri Najib akan membuat pengumuman perlantikan barisan kabinet barunya. Siapakah antara muka baru yang akan dilantik dan siapa pula muka lama yang akan golong tikar. Menurut cerita para sahabat, ada seorang dua kawan kita yang terpilih Ahli MT baru-baru ini sudah mengelabah tak tentu arah. Dah tempah baju Melayu hitam dan beli songket baru untuk masuk Istana Negara. Konon-kononnya nama mereka disebut-sebut untuk jadi menteri kabinet.

Yang melara tidur tak lena dan mandi tak basah ialah kalangan orang lama dalam kabinet Pak Lah. Selain daripada tewas dalam pemilihan MT baru-baru ini, Dato Seri Najib awal-awal lagi dah maklumkan bahawa jumlah anggota kabinet barunya akan dikurangkan. Dalam hal ini, siang-siang lagi Tok Selampit dah buat cadangan, apabila sudah tidak terpilih dalam perhimpunan baru-baru ini, kena faham-fahamlah bahawa orang UMNO dah tak mahukan kita lagi. Letaklah jawatan macam Dato' Shahrir Samad.

Kita kenalah berkorban dan dapat menerima kenyataan. Zaman gemilang kita sudah berlalu. Kalau Pak Lah boleh letak jawatan dan ikut isteri kesayangan tanam pokok, kenapa pula kita tak boleh? Zaman para menteri dan pembesar negara disambut dengan bunga manggar dan paluan kompang sudahpun berakhir. Sekarang zaman dah berubah!

Tok Selampit --- selalu tengok muka dalam cermin.

Tiada ulasan: