Selasa, 28 April 2009

JANGAN GADAI AGAMA KERANA MAHUKAN UNDI BUKAN ISLAM

Tok Selampit melihat keputusan kabinet berkaitan isu anutan anak-anak apabila ibu atau bapa mereka menukar agama yang tidak mengambil kira buah fikiran badan-badan agama yang bertauliah seperti Majlis Mufti Malaysia dan Majlis Fatwa Kebangsaan merupakan satu tidakan yang kurang bijak dan melukakan hati seluruh umat Islam. Tindakan ini juga bertentangan dengan Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Keputusan Kabinet yang diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dibuat berdasarkan pandangan sebuah jawatankuasa khas yang di pengerusikan oleh Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggung-jawab kepada Perpaduan Nasional dan Pengurusan Prestasi. Kita jadi pelek dan anih. Dah jadi cerita P.Ramlee, Keluarga 69. Tonggang terbalik macam kereta api masuk gaung.

Sebuah jawatankuasa yang menentukan maruah dan hukum hakam Islam dipengerusikan oleh orang bukan Islam. Apakah peranan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang baru dilantik, Dato Jamil Khir Baharom yang dipertanggungjawab mengenai hal ehwal agama Islam? Apa dah jadi dengan barisan kabinet Dato Seri Najib? Jangan jadi pisang berbuah dua kali akibat kecuaian Dato Seri Syed Hamid Albar ketika menjadi Menteri Keselamatan dalam Negeri yang tiba-tiba saja meluluskan pengunaan nama Allah dalam penerbitan "Herald - The Catholic Weekly". Apabila dah kecuh satu negara baru tarik balik. Nampak benar kita ini begitu tidak ambil serius apabila menangani masalah Islam.

Apakah kerana nak pujuk orang bukan Islam supaya mengundi Barisan Nasional maka kita terpaksa gadai maruah agama dan membelakangi Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan? Apakah Peranan Majlis Mufti dan Majlis Fatwa Kebangsaan? Di manakah peranan dan bidang kuasa Raja-Raja Melayu terhadap ehwal agama Islam yang sudah termaktub dalam Perlembagaan? Kepada Tok Selampit, banyak benar perkara yang tidak betul. Janganlah campur adukkan politik dengan hukum hakam dan perundangan Islam. Hancur kita nanti!

Yang lebih mengecewakan kita sikap dingin Dato Jamil Khir Baharom apabila membuat komen terhadap masalah ini. Walaupun baru dilantik jadi menteri yang bertanggung-jawab tentang agama, yang tak benar kita mesti tentang. Janganlah kerana nak jaga periuk nasi dan jawatan menteri yang datang mengolek, perkara yang mencemarkan maruah Islam kita terus kunci mulut. Dalam ceramah di TV sebelum jadi menteri, bukan main lagi berapi-rapi. Berani dan tegas. Apabila dah pegang jawatan menteri tiba-tiba saja jadi ular air. Menteripun masuk neraka juga kalau tak betul.

Dato Seri Najibpun tak suka menteri kabinetnya jadi pak turut. Najib lantik Jamil Khir jadi menteri kerana melihat ketokohannya, berani dan tegas ketika menjadi penceramah agama di TV. Kalaulah begini gayanya, tak gunalah pikul tanggung-jawab agama dalam kabinet Najib. Sepatutnya, kalau diluar kita berani dan tegas, apabila masuk kabinet kita lagi berani kerana kita ada kuasa.

Tok Selampit --- jangan jadi dayus sehingga sanggup gadai maruah agama.

2 ulasan:

kerisbogel berkata...

Inilah sebenarnya perjuangan Umno yg kononnya memperjuangkan agama, bangsa dan negara. Tapi hakikatnya agama tergadai, bangsa hancur, negara tergadai.
saper yg buat keputusan kabinet? Ketuanya presiden umno. sape yg bagi singapore kat cina? sape yg bagi genting highland kat lim goh tong? sape yg bagi bkt tinggi kat vincent tan berjaya group? saper yg sekat bantuan perkapita kpd Sek Agama Rakyat? Semuanya soalan di atas, jawapannya ialah Umno. Teruskanlah menyokong umno jika anda org yg bangang! tq

Mastor Yus berkata...

Perjuangan UMNO dari dahuli dan kini mememang tulen, setidak-tidaknya UMNO tidak berbicara tentang ugama dan ambil mudah tentangnya lebih-lebih lagi dalam hal menghukum orang..

Kadang-kadang janganlah terlalu jahil dengan sejarah.. Bangsa lain ni tak sekuat mana pun. Orang Melayu lemah kerana tak bersatu... itu je...

Kalau orang Melayu bersatu niscaya tak de siapa berani menuntut yang macam-macam.. termasuklah menuntut
singapura, pusat judi, dan macam-macam lagi.. pasal lemah macam-macam lah orang tuntut...

Siapalak yang bangang kalau asyik nak bergaduh je...