Isnin, 6 April 2009

KHAIRY TAK LAKU DI BUKIT GANTANG DAN BUKIT SELAMBAU?

Kabar yang diterima daripada para sahabat yang berkampung dah dekat dua minggu di Bukit Gantang dan Bukit Selambau amat mengejutkan, kononnya para pengundi di kedua-dua kawasan pilihan raya kecil itu memberi amaran, kalau mahukan BN menang, jangan biarkan Khairy Jamaluddin jadi hantu raya tak bertuan dalam kempen di Bukit Selambau dan Bukit Gantang.

Mengikut cerita, mereka bukan marahkan UMNO tetapi benci melihat perwatakan Khairy yang sombong dan angkuh. Mentang-mentang jadi menantu kesayangan Peradana Menteri, semua benda dia nak sapu. Urusan bola sepakpun dia nak ikut campur. Akhir sekali semuanya hancur. Mereka juga mengungkit kekalahan BN dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu tempuh hari. Bawa penyanyi pop, terjerit terlolong, langsung tidak mengambil kira sosial budaya dan selera masyarakat setempat.

Dalam hal ini Tok Selampit tak berani komen banyak-banyak sebab kita cukup yakin, Dato Seri Najib dan para pemimpin tertinggi parti yang lain cukup arif tentang segala-galanya. Harapan kita hanyalah satu iaitu, hayatilah misi dan visi Dato Seri Najib. Kepentingan rakyat dan negara mesti diutamakan.

Tok Selampit --- nak pesan pada Khairy ingatlah, bumi mana yang dipijak dan langit mana yang dijunjung!

Tiada ulasan: