Rabu, 18 Mac 2009

KENAPA KHAIRY TERLEPAS?

"Ramai yang tertanya-tanya, kenapa Khairy Jamaluddin terlepas dan Dato Ali Rustam tersangkut? Sedangkan mereka sama-sama didapati bersalah di bawah Akta yang sama iaitu 10.1 Tataetika Ahli UMNO? Apakah Lembaga Disiplin takut kerana Khairy anak menantu kesayangan Pak Lah?".
"Orang Melaka tak puas hati! Apakah Tok Ali juga jadi macam Jebat dibunuh Tuah saudara sendiri kerana setia membuta tuli kepada Raja Melaka yang zalim? Lu tunggu! PRU 13 akan  tiba. Darah Jebat akan  tuntut bela!" Inilah antara SMS yang mulai tersebar sejak semalam. 

Tok Selampit tak berani nak komen banyak-banyak, sebab kita kurang arif tentang cerita sebenarnya. Salah cakap jadi fitnah. Apabila jadi fitnah, panjang pula ceritanya.Cuma apa yang dapat Tok Selampit lihat, nak satukan orang UMNO ini bukan mudah, kerana kebanyakan mereka meletakkan kepentingan peribadi lebih utama daripada perjuangan parti. Tak banyak yang sanggup berkorban untuk parti, yang banyak ialah amalan taksub kepada idividu yang tentunya ada habuan atau imbuhan yang menunggu.

Tok Selampit juga nak cerita pasal Khir Toyo. Ketika para sahabat tengah sakit terhukum, dia seronok kerana terlepas. Alhamdulillah! Katanya, kerana dia didapati tidak bersalah oleh Lembaga Disiplin. Ini bagi semangat baru kepadanya untuk kerja kuat bagi memastikan kemenangannya dalam pemilihanparti hujung bulan ini.

Tok Selampit cuma nak pesan, apabila dah menang nanti jangan pula lupa tanggung-jawab untuk rampas semula Selangor yang terlepas ke tangan pembangkang. Jangan dok asyik tengok cermin, tilek muka, mana lagi yang boleh ditegangkan. Kerana padah asyik tilek muka dalam cerminlah, nak tegang sana tegang sini maka Selangor tumbang dalam PRU12 dulu. Insaflah!

Tok Selampit --- cukup benci orang yang cuba nak baiki kerja Tuhan.



RESIPI UNTUK PERKASAKAN UMNO

1. Slogan mesra rakyat mesti lahir daripada hati nurani yang ikhlas bukannya slogan politik mainan dibibir untuk pancing undi. Semua orang UMNO, baik yang kecek ataupun besar mesti kembali kepada roh perjuangan asal parti iaitu kepentingan rakyat mesti diutamakan. Turun padang jumpa rakyat. Jangan hanya pakai songkok masuk kampung keluar kampung apabila ada pilihan raya.

Kena banyak senyum dan cepat kenal orang. Jangan pula dah
dua puluh kali jumpa masih tak kenal-kenal. Wakil rakyat mesti duduk di kawasan DUN atau Perlimen masing-masing, jangan hanya serah kepada wakil peribadi, sedangkan tok wakil sebenar melalak cari projek di Kuala Lumpur.

Jangan sampai rakyat buang masa empat lima jam menunggu wakil rakyat. Ada juga yang kena buat temu janji. Akhir sekali wakil peribadi bagi tahu, "Maaf, ari ni YB tak datang, dia ada di luar kawasan!".

2. Sikap telus dan jujur juga jangan hanya jadi hiasan bibir. Bercakap pasal telus bukan main lagi, sampai tersembur-sembur air liur, padahal pada hakikatnya, bangkai biawakpun disapu bersih. Jangan tipu rakyat pasal telus. Hari ini rakyat bukan bodoh. Kalau nak telus kena telus betul jangan jadi umpan politik.

Jangan banyak buang air liur cakap kosong. Kena buat kerja. Tukar presepsi terhadap UMNO. Jangan anggap UMNO lombong emas. Dapat kuasa untuk buat kekayaan. Sombong dan angkuh.

3. Bagus kalau ada hajat nak bersih UMNO daripada rasuah politik dan cita-cita nak jadikan negara ini bersih daripada amalan rasuah. Tetapi kita kena ingat, jangan hanya anak bilis dan ikan buntal sahaja yang kena cekup. Jerung, hantu raya dan jemalang tanah yang telan rasuah puluhan juta kena juga dicekup.

Jangan hanya cakap tak pilih bulu, pangkat atau apa tetapi apabila kena kepada orang yang ada kaitan dengan orang itu dan orang ini, kita tutup mata. Rakyat tidak buta, berapa sangat gaji seorang menteri atau timbalan menteri, tetapi kalau tengok rumah dan kereta besar yang melambak macam kedai jual kereta, dari mana cekup duit? Camno rakyat tak sakit jiwa. Bukan dengki, tetapi jangan tipu rakyat.

4. Pengagihan projek, mesti sama rata sama rasa. Pengusaha dan kontraktor kecil-kecilan juga kena diberi perhatian. Jangan cakap peruntukan ratusan juta untuk bantu kontraktor kecil, tetapi pada hakikatnya hanya main silap mata. Rakyat bukan bodoh. Pasang proksi kiri kanan, jeling sana jeling sini mereka juga yang sapu. Kadang-kadang kerja gali jambanpun berebut dengan proksi wakil rakyat. Kalau nak telus kena telus betul!

5. Jangan jadi sombong dan angkuh. Besar diri dan takbur! Kita hebat dalam parti, ada kuasa, dijulang dan dijunjung, terlalak terlolong pekikkan daripada para penyokong. Bodyguard kiri kanan buat muka bengis seolah-olah boleh telan api, akar bahar penuh lengan tetapi diluar parti rakyat tak terima. Buat apa? Hanya berani berkokok dalam kandang, apabila tiba di gelanggang, lari lintang pongkang kepit tahi di celah kangkang.

6. Kalau nak pilih calon untuk jadi wakil rakyat, kena ikut selera rakyat, anak tempatan yang boleh diterima oleh semua glongan rakyat jangan pilih ikut selera presiden parti atau Perdana Menteri. Yang akan pilih ialah rakyat dan wakil rakyat pula akan berkhdimat dengan rakyat yang memilihnya.

Kalau presiden parti atau Perdana Menteri nak pilih wakil rakyat mengikut seleranya lantiklah senator dan angkatlah jadi menteri, itu haknya. Sebab itu lain kali kalau nak pilih calon untuk jadi wakil rakyat kenalah ambil kira pandangan dan candangan ahli-ahli di peringkat akar umbi, bahagian dan cawangan. Walaupun ada dalam Perlembagaan UMNO, tetapi semuanya tidak diguna pakai. Kalau tak mahu terima pandangan dan candangan daripada Bahagian dan cawangan, tutup saja UMNO Bahagian atau cawangan. Habis cerita.

Duduklah empat lima beranak, pilihlah siapa sahaja yang mereka suka. Sebab itu UMNO sekarang dah nazak!

7. Orang-orang lama yang sudah pencen dan dah banyak buat tahi dan skendal dalam parti jangan lagi diberi peluang masuk kabinet. Bukan sahaja rakyat menyampah, orang UMNO sendiripun dak nak muntah tengok muka mereka.

Orang yang langsung tak tahu UMNO dan tak pernah jadi ahlipun tiba-tiba jadi menteri. Apa kata orang UMNO yang lain? Berjuang puluhan tahun, berhadapan dengan pelbagai cabaran, tinggal anak bini dan sebagainya langsung tidak ditoleh. Janji macam-macam, tetapi apabila tiba masa abukpun tadak, tersenggeh tinggal tahi gigi. Ini amalan yang paling buruk berlaku dalam parti. Dato Seri Najib yang akan ambek alih kepimpinan parti dan negara selepas pemilihan hujung bulan ini kena ambil perhatian. Kena buat, jangan cakap-cakap lagi. Jangan lagi pentingkan perasaan orang, yang lebih penting negara dan orang Melayu.

8. Jangan lagi ambek pemimpin yang lembek dan pengecut. Cakap saja banyak tetapi kerja tak buat. Tidak tahu menyelesaikan masalah rakyat. Kena pilih pemimpin yang betul-betul. Jangan lagi pilih pemimpin keledai yang pakai sarung singa. Lagak saja lebih tetapi kosong tanpa ilmu.


Tok Selampit --- tetap sayangkan UMNO.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tok.. saya takut satu perkara, kerana keputusan lembaga disiplin yang dekat dengan tarikh pemilihan seolah tak beri Ruang kepada Datuk Ali membela diri..

Kerana kesilapan timing, walaupun dilandaskan atas niat yang baik, saya takut perwakilan emosi dan protes... kat Titiwangsa dah pernah terjadi.. harap peringkat Nasional tak berulang lagi

Tanpa Nama berkata...

Tu lah , kalau cerita anak-beranak, Titiwangsa apa kurang nya. Bapa n anak. Heheheh. tapi tak perlah, buatlah kerja.... tolong2 lah Dato Joe nak kuatkan jentera pilihanraya. Jangan asyik nak berpolitik aje.

Tanpa Nama berkata...

ASKUM... HARI INI BUKAN MASYARAKAT SAJA YANG BENCI DENGAN UMNO..!!! AHLI AHLI UMNO PUN DAH BENCIKAN UMNO..!! INI AWALAN KEHANCURAN UMNO..!! TAKBIR!! ALLAHU AKHBAR!!

PERKEMBAR berkata...

UMNO semakin hebat buat drama lawak bodoh.
Nampaknya ramalan UMNO akan pupus oleh org UMNO sendiri semakin menjadi kenyataan.

sendawa berkata...

Semua ahli umno tahu wujudnya politik wang terutama perwakilan walaupun cuma di bahagian terutama Titiwangsa.
Khir toyo didapati tidak bersalah tapi ejen dia pun bersepah.
Tahniah UMNO....