Isnin, 16 Mac 2009

Salam Pemilihan

Salam buat para pembaca sekalian.... memang betul bagai dikata.. dek sebabkan pemilihan UMNO Malaysia yang sedang sibuk berlangsung pada masa ini, tidak banyak aktiviti UMNO di peringkat Bahagian yang sempat dipersembahkan sebagai tatapan pembaca sekalian... namun begitu, percayalah, tetap ada aktiviti2 yang berjalan di peringkat Bahagian mahupun sayap PU3, Wanita dan Pemuda...

Kepada para perwakilan G13 serta sayap PU3, Wanita & Pemuda, Karisma nak ucapkan Selamat Menunaikan Amanah anda sebagai wakil daripada Bahagian Titiwangsa....

Pilih lah dengan bijaksana,
Agar apa dijanji akan terlaksana,
Jangan kita bangsa Melayu dihina,
Dek kerana kurang bijak merencana...

Cukuplah dengan pura-pura dan sengketa,
Mencalar maruah bangsa Merdeka,
Titiwangsa warisan nenek moyang kita,
Jangan dibiar tergadai, hak diteroka...

Sekian, sampai jumpa lagi....

Wassalam

8 ulasan:

Tangkap Antu aka Ghosbuster berkata...

Pilih pun sudah Undi pun sudah
Ternyata pilihan terbit bencana
Di hina pun sudah di cerca pun sudah
Yang tinggal urusan mengadai bangsa

Pura-Pura dan Sengketa Mainan Jiwa
Demi Mencapai Cita-Cita Terindah
Dah Tergadai Titiwangsa kerana leka
Cuma Yang Tinggal Hanyalah Maruah

Maruah Yang Ada Hanya Kisahan
Tidak Terpahat Jauh Ke dalam hati
Saya Merasa Amatlah kasihan
Kerana Kita Masih Tak Sedar-Sedar Lagi

selipar cap keris berkata...

umno titiwangsa dah kalah..
kalah dengan PAS titiwangsa
konon nak bela bangsa...pegidah..
tak terjaga pun bangsa dan bahasa..

pu3 berkata...

Kalah UMNO titiwangsa sekali sebagai peringatan dan pengajaran.. punyalah lama UMNO bertapak dan berkuasa di titiwangsa hingga ada yang terleka.. kekalahan ini membuatkan ahli UMNO tersedar dari leka.. terjaga dari lena.. setiap kerahan tenaga akan diguna bagi menakhluk kembali titiwangsa.. ini wake up call.. jangan risau.. UMNO titiwangsa akan perluruskan barisan, membunyikan semboyan, berjuang habis-habisan.. Insyaallah..

Tangkap Antu aka Ghostbuster berkata...

Peluk Cium Kit Siang dan Hadi
Bukti Sepakat Keadilan Rakyat
Banganya PAS Titiwangsa mendapat Undi
Tapi malangnya lawannya calon terencat

Sepakat UMNO Membawa Berkat
Menjulang Bangsa Negara Berdaulat
Ugama Dijulang Bangsa Di Angkat
Telah Terbukti Lebih Setengah Abad

Biarpun hodohnya UMNO nampak dimata
Di perakui segala salah dan silap
Demi Ugama, Bangsa dan Negara
Cerca diterima dengan hati yang tetap

Kata Pembangkang Malaysia Untuk Semua
Bubar PPSMI demi daulat bangsa
Berhentilah dari menjual bangsa
Kelak nanti mangsanya anak cucu kita

Tanpa Nama berkata...

Tgk putera umno mcm siamang
Tgk wanita umno ku geli geleman
mcm maner umno ttwangsa nak menang
asik gaduh ajer leman, johari & astaman

Tangkap Antu aka Ghosbuster berkata...

Cubit Peha Kiri Yang Kanan Terasa
Kuat suara belum tentu bergaduh namanya
UMNO Titiwangsa Sehati Sejiwa Bersama
Cerita gaduh.. apa ra.. ini semua cerita lama ..

Enak-enak buah pulasan
lebih enak buah durian
Apa lah nasib PAS TTW ada YB Perasan
Habis majlis orang main redah semacam..

Kehulu kehilir si lebai malang
Mengejar kenduri siang dan malam
Kata YB Lolo bila di minta sumbangan
Mana boleh bagi duit poketnya pun kurang

KAH! KAH! KAH!

Tangkap Antu aka Ghosbuster berkata...

saya nak jadi penulis di sini

ini email saya, tangkapantu@gmail.com

kalau perlu detail saya akan e-mail secara private,

Tanpa Nama berkata...

KANAK2 PERGI KE KEDAI
MEMBAWA DUIT SEN-SEN
YB LO'LO DAH TERGADAI
DATANG MAJLIS BUAT MUKA SEPULUH SEN