"Bantulah kami supaya JKM dapat sambung bantuan anak saya" keluh seorang ibu tunggal beranak 3 di Pusat Khidmat Masyarakat yang hanya bergantung pendapatan dari gaji sebagai seorang pencuci pejabat yang tak sampai pun RM600.
Rata-rata inilah aduan yang seringkali diterima kerana masalah kemiskinan yang mencengkam kehidupan. Mereka ini tinggal di rumah-rumah PPR dan ada yang lebih menyayat hati apabila ada diantar mereka terpaksa menumpang atau menyewa....
Berapakah pendapatan yang secukupnya dikotaraya ini.... Memang indah glamor.. rata-rata kos kehidupan yang tinggi makin mengundang orang berhijrah kekotaraya.
Kadangkala bermain difikiran alangkah bagusnya mereka ini mendapat pembelaan .... di fikir-fikir direnung-renung takut juga mereka akan menjadi alpa dan bersenang-senang dengan bantuan kerajaan.
Walaubagaimanapun satu mekanisma perlu difikirkan bagaimana kada kemiskinan dikotaraya ini dapat diperbaiki...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan