Jumaat, 29 April 2011

Kemiskinan - Takdir @ Kemahuan Sendiri

Umur anak sudah meningkat 14 tahun, seorang lagi berumur 13 tahun kedua-duanya tidak tahu membaca kerana berhenti sekolah kerana kurang mampu..... Ada 4 anak yang lain masih bersekolah, mungkin abangnya memberi peluang kepada adik-adik agar mereka mendapat pendidikan.... yang kecil belum bersekolah ada dua lagi..... macammana pula nasib mereka

Termenung sejenak kenapa perkara ini terjadi.... tercari cari jawapan dimanakah silapnya,, hingga anak-anak ini terabai dari tanggung jawab untuk disekolahkan... bermain-main juga difikiran kenapa ibubapa tidak merancang.... ohhh mungkin rezeki itu milik anak-anak... biarlah Allah S.W.T menentukan keadaannya....

Sekian lama menjalankan khidmat untuk masyarakat saya mendapati bahawa kemiskinan ini terjadi kerana kejahilan atau kurangnya ilmu pengetahuan serta kesedaran untuk keluar dari kepompong kemiskinan.... kerana tekanan hidup yang beterusan menjadikan manusia terlalu pasrah dengan takdir sehingga membiarkan segalanya mengikut sahaja kehendak alam... ada diantaranya memilih untuk menamatkan masalah dengan membunuh diri dan sebahagiannya besar darinya hidup berpeleseran tanpa hala tuju... Kemiskinan yang ditanggung akan mengheret seluruh ahli keluarga... anak-anak juga hilang halatuju.. mungkin lapar..mungkin mencari jalan keluar... Dimata masyarakat pula golongan ini disisihkan kerana kerap mendatangkan masalah kerana sikap yang ditonjolkan luar dari etika kesopanan... berkemungkinan kerana kurang pendidikan....

Perkara ini bukanlah perkara baru... kerana itu dizaman Rasulullah S.A.W lagi golongan ini telah wujud.. mereka dikenali sebagai golongan yang meminta-minta dan sebagai orang yang mampu kita juga perlu membantu.... lebih-lebih lagi hidup dipadang pasir yang kering kontang... apalah pekerjaan yang boleh dibuat.... Itulah sebabnya antara ayat terawal dalam surah al-baqarah Allah S.W.T berfirman... Bagi Orang-Orang Yang Beriman Dengan Yang Ghaib Mereka Mendirikan Solat dan Dari Apa Yang Kami Rezeki Kepada Mereka... Mereka Belanjakan (Nafkahkan Kepada Golongan Susah)...(Al-Baqarah Ayat 3)

Mungkin sudah takdir mereka menjadi demikian dan menjadi takdir kepada kita membantu mereka... begitulah imbangan hidup serta keindahan warnanya

"Ya Allah Berilah Aku Kesabaran Ketika Aku Melalui Liku-Liku Kesusahan Dalam Hidup"

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

you are in point of fact a [url=http://www.cheapraybansunglassesuk.co.uk]ray ban aviator sunglasses[/url] just right webmaster. The web site loading pace is incredible. [url=http://www.cheapraybansunglassesuk.co.uk]ray ban aviator sunglasses[/url] , It seems that you are doing any distinctive trick. Moreover, The contents are masterpiece. you have done a fantastic task in this topic!