Rabu, 6 April 2011
Warga Emas - Perlu Pembelaan
Rata-rata orang merasakan golongan seperti Ibu Tunggal, Anak2 Yatim dan golongan OKU perlu mendapat pembelaan... namun tidak ketinggalan juga Warga Emas atau bahasa pasarnya Warga Tua.
Pelbagai kes yang dikumpul di Pusat Khidmat Masyarakatt BN Titiwangsa berhubung masalah ini, antaranya mereka yang berumur lebih daripada 60 tahun... sebilangan besar mereka gagal mendapatkan bantuan daripa JKM ataupun Baitulmal kerana mereka mempunyai anak yang bekerja.
Ada yang mengadu... walaupun anak-anak dah besar dan sudah bekerja.. pendapatan mereka hanya cukup-cukup makan sahaja... ada di antara Warga Emas ini terpaksa menjaga cucu dimana ibu bapa kandung tidak mengambil endah hal ehwal anak dan melepaskan segala tanggungjawab kepada warha emas ini...
Kadangkala terfikir......adakah silapnya kerana semasa membesarkan anak kasing sayang terlalu dicurahkan sehingga anak menjadi lupa untuk membalas jasabakti orang tua mereka...... atau adakah kerana sememangnya kesempitan hidup dikotaraya menyebabkan orang mementingkan diri sendiri.....
Moga Allah s.w.t memberi kita kekuatan untuk berbakti kepada kedua orang tua sehingga keakhir hayat.......
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan