Selasa, 30 Disember 2008

PENIAGA ASING NAIK TONCANG?

Para sahabat dari Keramat, Kampung Baru dan Kampung Pandan sekarang ini semakin pening kepala kerana akhir-akhir ini peniaga asing semakin besar kepala dan naik toncang. Banyak rumah-rumah kediaman yang mereka sewa dijadikan premis perniagaan yang menjual segala product dari Indonesia, pelbagai jenis jamu, ubat kuat, ubat rangsang, minyak urut dan macam-macam.

Yang jadi tanda tanya, setahu kita, menjadikan rumah kediaman sebagai premis perniagaan, kalau tak salah perkiraan merupakan satu kesalahan dan melanggar peraturan DBKL. Yang peleknya kenapakah hal ini berlaku dengan berleluasa? Disambung sana sini dengan sesuka hati. Sampah sarap berselerak dibahu-bahu jalan, sekali pandang dah jadi macam bangsal-bangsal buruk di dusun durian.

Kaum kerabat di Titiwangsa naik pelek, kerana biasanya untuk membuka premis perniagaan banyak benda yang mesti diuruskan, borang mesti diisi setebal satu inci, kena ada peta lakar premis, jaminan keselamatan dari Bomba, TNB dan macam-macam. Itupun belum tentu dapat lesen. Begitu juga kalau nak ubah suai premis, kena minta kebenaran daripada pihak berkuasa DBKL ataupun Majlis-Majlis Tempatan atau Majlis Daerah. Kalau bina membuta tuli, tindakan akan diambil dan kena roboh.

Tetapi kenapakah peniaga-peniaga asing boleh buat sesuka hati saja? Macam mana perkara ini boleh berlaku? Apakah ada cerita-cerita di belakang tabir atau "main kelip-kelip mata" dalam cerita Laila Majnun? Kalau berniaga tanpa lesen, macam manakah DBKL dapat hasil? Rakyat tempatan, kalau nak buka perniagaan macam-macam syarat dan peraturan, tetapi orang asing boleh buat sesuka hati. Tak perlu bayar apa-apa, semua pendapatan boleh hantar balik kampung. Sebab itu setiap tahun ribuan juta duit kita mengalir keluar.

Warga Titiwangsa amat berharap kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baru ini, kenalah buat sesuatu. Kena tengok juga cara penguat kuasa mejalankan tugas, jangan ada yang salah gunakan kuasa. Kita tidak mahu Datuk Bandar saja yang bertukar ganti tetapi mutu kerja masih di takuk lama. Kalaulah hal ini tidak ditangani dengan serius, satu hari kita akan lihat ada orang kandar tong atau junjung bakul menjual jamu di merata jalan raya macam di Jakarta.

Tuan-tuan punya rumah yang menyewakan rumah-rumah mereka kepada pendatang asing kena tengok juga, janganlah mentang-mentang kerana duit mereka boleh buat sesuka hati. Rosaklah kampung kita. Selain daripada Datuk Bandar, sahabat kita Baharin Razak, orang kuat Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Wilayah Persekutuan kena bagi perhatian. Kita cukup kenal sifat Baharin Razak, sahabat kita ini tidak akan bertolak ansur kalau anak buahnya ditindas atau dicabul haknya.

kita bukanlah nak menghalang warga asing berniaga atau cari rezeki tetapi biarlah ikut peraturan dan ada had-hadnya, jangan pakai sondol ikut suka hati. Kenalah sedar, seperti kata orang tua-tua, di mana bumi dipijak disitulah langit dijunjung. Warga Titiwangsa amat berharap, DBKL kenalah buat sesuatu untuk memerangi gejala-gejala buruk ini. Jangan sampai orang dah berak atas kepala, baru kita nak bertindak.

4 ulasan:

network manager berkata...

Office DBKL bukannya jauh, boleh baling batu lagi... tapi entah kenapa pemantauan masih kurang...

Tanpa Nama berkata...

ada masukkkkkkkkkkkk

aileb berkata...

betul tu bro kita lihat saja kat cow kit berapa ramai pendatang menjalankan perniagaan mereka. cuba kita lalu sepanjang jalan raja alang berapa ramai warga asing berniaga. sebelah malam pula kita lihat penjual-penjual sayur. mereka ni semua pekerja asing walaupun berselindung oleh pemilik tempatan tapi pekerjanya tetap warga asing. adakah mereka ini mempunyai permit kerja yang sah!!!!!. didalam pasar pula berepa ramai warga asing yang bekerja sebagai pembantu kedai dan juga kelihatan warga bangla yang dah mula berniaga!!!!!!

inilah sepatutnya yang "perlu" DBKL pantau. bukannya asyik merobohkan gerai peniaga tempatan. masalah cow kit dah lama berlarutan. atau "DBKL" saja buat pekak.

harap datuk bandar yang baru harus menitik beratkan soal pendatang asing ini. kini mereka hidup mewah dibumi bertuah malaysia.

sticker berkata...

I will pass on your article introduced to my other friends, because really good!
wholesale jewelry