Rabu, 17 Disember 2008

TAHNIAH DATUK BANDAR BARU


Warga Titiwangsa mengucapkan tahniah dan syabas kepada Datuk Ahmad Fuad Ismail yang telah dilantik menjadi Datuk Bandar Kuala Lumpur yang ke 9 mengantikan Datuk Ab. Hakim Borhan yang bersara. Adalah menjadi harapan kepada seluruh warga Titiwangsa supaya Datuk Ahmad Fuad dapat menumpukan perhatian dalam usaha untuk membina kehidupan  Melayu Kota yang sekarang ini semakin terhimpit.

Peniaga-peniaga asing semakin bermarajalela, bukan sahaja menguasai persekitaran Jalan Chow Kit, malah banyak rumah-rumah kediaman di kawasan Kampung Pandan, Datok Keramat dan Kampung Baru yang disewakan kepada mereka telah diubah suai untuk dijadikan peremis perniagaan. Nampak benar buruknya. Setahu kita, bukankah ada undang-undang dan peraturan yang telah di tetapkan oleh DBKL? Kenapa tak bertindak? Banyak benar yang mesti diselesaikan oleh Datuk Baandar KL yang baru ini.

Kita juga amat berharap krisis yang di hadapi oleh para penjaja Kampung Datok Keramat mengenai pasar baru mesti diberi perhatian yang serius. Menurut para sahabat dari pasar Datok Keramat, banyak benda yang tak sesuai dan menyukarkan para peniaga. Kitapun tak tahu kenapakah ketika pasar ini nak dibuat langsung tak ambil kira pandangan dan pendapat para penjaja. Akitek bukan boleh ikut kepala sendiri saja, sikit sebanyak kena berbincang dengan para penjaja sebab mereka yang akan berniaga di situ.

Kabarnya, para sahabat dari Persatuan Penjaja Datok Keramat dah banyak kali berbincang dan berdailog dengan pihak DBKL, pun tak selesai-selesai, sampai Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique dan Menteri Pembangunan Usahawan & Koperasi, Datuk Noh Omar terpaksa turun padang menyaksi sendiri demotrasi punggahan barang, lef yang terlalu kecil, tempat letak kereta yang terhad, tempat sembelihan ayam tidak tersusun dan lain-lain.

Kita amat berharap Datuk Bandar yang baru ini dapat memberi perhatian yang serius tentang masalah yang di hadapi oleh para sahabat kita di Kampung Datok Keramat ini kerana merekalah di antara tenaga pengerak kepada perkembangan ekonomi orang Melayu di kota ini. Kita ucap selamat bertugas! Jangan lupa nasib penjaja Jalan Chow Kit, jangan biarkan mereka terpinggir di tanah air sendiri dan pendatang asing pula yang jadi tuan!

4 ulasan:

Dato' Keramat berkata...

Tahniah kepada Datuk Bandar yg baru diharap Beliau dapatlah membantu membangunkan Titiwangsa dgn jayanya.....

network manager berkata...

naga besau gak....

Aura Gading berkata...

Pertama sekali tahniah diucapkan pada Datuk Ahmad Fuad Ismail dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur. Penduduk Titiwangsa berharap masalah yang dihadapi dapat diatasi dengan cepat dan bijak. Sayang pulak tengok pasar keramat yang tersergam indah tapi tak dapat diguna lagi.

network manager berkata...

kena ade kunjungan hormat laaa kot...