Isnin, 9 Februari 2009

JANGAN BANYAK CAKAP! ORANG BENCI!


Kita terlalu banyak bercakap dan kurang bertindak, termasuklah Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang dikatakan sayap kanan kepada parti. Dato' Hisham, dalam kenyataannya semalam berkata, segala-galanya akan terserah kepada Pemuda selepas pemilihan bulan Mac. Para sahabat merasa tawar hati, kenapakah nak tunggu lepas pemilihan, tidak bolehkah membuat sesuatu sekarang ini? Di manakah suara Pemuda UMNO Malaysia? Apa yang kita lihat, setakat hari ini cuma inisiatif Pergerakan Pemuda Bahagian dan beberapa NGOs di Perak. Berdemonstrasi dan memekik bawa sepanduk.

Apakah cukup hanya membuat lapuran polis? Kes Karpal Singh yang mencabar Sultan Perak, angkara orang yang bernama Mohammad Nizar ketika mula-mula jadi MB dulu hingga sekarangpun kita tak tahu apa kesudahannya. Dato' Syed Hamid, Menteri Keselamatan Dalam Negeri sehingga sekarang kita masih tidak nampak dia membuka mulut untuk mengambil tindakan keatas manusia biadap dan kurang ajar Karpal Singh dan Mohammad Nizar. Apakah kita masih lagi mahu bertolak ansur dengan manusia-manusia seperti ini? Secara terang-terangan memalukan Melayu dan menghina Raja-Raja Melayu. Kadang-kadang sikap tunggu dan lihat dan banyak cakap tetapi kurang bertindak inilah yang membuat hati orang Melayu semakin tawar kepada UMNO. Kita jadi Melayu lembek, kita jadi Melayu dayus!

Kita bukan mahu menghasut atau meniup isu perkauman, tetapi apa yang kita lakukan semata-mata untuk menzahirkan kepada mereka yang kurang ajar dan tidak tahu di untung ini bahawa Melayu bukan satu bangsa yang bangsat dan pengecut. Kerana sikap kita banyak cakap, hari ini Karpal Singh pula yang mencabar kita, "Jangan main-main dengan saya! Walaupun banyak lapuran polis dibuat, tetapi tak adapun polis panggil saya". Kenyataan Karpal Singh ini cukup memalukan kita!

Orang UMNO jangan cepat mendabik dada kerana dapat kuasai Perak dengan mudah, sebab UMNO akan berhadapan dengan satu lagi pilihan raya kecil di Parlimen Bukit Gantang di Perak tidak lama lagi, berikutan kematian Ahli Parlimen PAS, YB. Roslan Shaharum pagi tadi. Para sahabat cukup bimbang, jika UMNO masih juga tidak berubah, pilih calon ikut kehendak orang atasan bukan ikut citarasa rakyat setempat seperti calon Parlimen Kuala Terengganu, kita akan kecundang. Kepada kita, pilihan raya kecil di Bukit Gantang nanti benar-benar garis penentu sama ada UMNO masih lagi diterima rakyat ataupun tidak.

Kita cukup yakin, orang Melayu di Bukit Gantang, cucu-cicit pahlawan terbilang, Dato' Penglima Bukit Gantang tidak akan merelakan Raja dan agamanya dicaci dan dihina. Mereka juga tidak mahu orang seperti Karpal Singh dan Mohammad Nizar, Melayu yang sudah dibeli oleh DAP itu bertapak di bumi Perak. Daripada pengelaman kita, selama puluhan tahun PAS bertapak di bumi Malaya ini, dasar PAS tidak pernah mengajar anggotanya menderhaka kepada Raja, tidak taksub melulu dan menjadi seorang pengikut "Pak turut" yang sanggup mengadai maruah dan agamanya. PAS tidak mengajar para pengikutnya menjadi Melayu dayus. Janganlah terlampau berpolitik sehingga kita lupa segala-galanya. Lupa kepada masa depan anak bangsa sendiri! Kepada para pengikut PKR, janganlah terlalu taksub dengan Anwar Ibrahim. Politiknya bukan untuk membina bangsa dan agama tetapi lebih kepada politik ingin membalas dendam.

Dalam saat-saat orang Melayu terkapai-kapai sekarang ini, UMNO harus pandai menampilkan diri, terutama dalam menyelesaikan konflik yang memalukan Melayu di Perak. Beranilah bertindak! Jangan hanya setakat bercakap di media massa. Melayu benci kepada pemimpin yang pengecut dan cakap banyak, tetapi tidak bertindak.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Politik! Politik! Politik! Ha!Ha!Ha! Geli hati aku bila Anuar Ibrahim (hee geli menyebut namanya)menyerang BN bila YB PK keluar parti>>apakah dia lupa sebelum Sept 2008 dulu? dia yg bermegah-megah mencanang YB2 BN akan lompat ke barisan PK? Sanggup sampai ke Taiwan membuat tawaran? Senjata siapa makan siapa? Ini lagi satu..bergelar Tok Guru tapi RIAK & BONGKAK.."kalu masok PAH takpo pasa balik paka jale tapi masuk UMNO hino pasa sesak" tak tau la org Melayu yg beragama Islam sekarang ni ngapa la tak pakai otak yang dianugerah Allah?? takkan la tak boleh nak nilai org macam ni? Lupakah org Melayu yg Tok Guru ini pernah berkata "dia sanggup berkawan dgn siapa saja hatta dgn jin dan syaitan sekalipun bagi mengalahkan UMNO dan Barisan"? inikah pemimpin yg dikatakan Islam? Pemimpin yang menolak persaudaraan Islam dan menjadikan kumpulan kufur yang terang2 menolak Islam sebagai kawan? Mungkin ajaran dia jugaklah bekas MB Perak tu biadap dgn Tuanku dan tak boleh menerima hakikat! Bongkak..Takbur..Sedarlah kawan2!!!

UMNO pun jangan alpa! walaupun dah rampas Perak belum tentu kita kuat! Belum tentu majoriti rakyat suka! Jangan syok sendiri! UMNO masih sakit masih uzur dan lemah..kita mesti berubah bermula dengan setiap individu UMNO!! Jgn asyik menyalahkan pemimpin saja..kita pun banyak silapnya..utamakan kepentingan peribadi dari parti..kalau pemimpin tak main duit kita kata pemimpin kedekut..taik idung masin.. kalau pemimpin bagi bagi duit kita jugak yang bising Politik Wang!! Jangan Hipokrit!!

Pasal Karpal ni hamba tak mau ulas banyak2..letih dah takkan asyik nak berarak dan buat laporan Polis je!! Pemimpin Melayu harus tau guna kuasa>>kita pemerintah! Penderhaka macam ni sumbat je ke dalam jail..GUNA ISA..sia-sia ada kuasa tak reti nak guna wahai Menteri Dalam Negeri!

UMNO skali lagi akan diuji..Bkt Gantang jadi medan pertaruhan>>bagi hamba pilihanraya kecil kali ini akan menjadi testimoni keikhlasan & kekuatan dalaman UMNO !! ayuh buktikan! Perkasakan UMNO..lupakan perbedaan pendapat..lupakan hasrat individu..lupakan pemilihan parti..utamakan kemenangan UMNO!!

Tanpa Nama berkata...

Apalah... korang ni pegi berarak kat sini sana... pegi berarak depan rumah karpal dan anak beranak dia baru dia tau... yang kita serious balinglah batu sikit, moltokov ke apa yang patut supaya dia tau tindakan dia tu memang menaikkan kemarahan orang melayu.... baru la dia tau jaga mulut dia... dia orang politik... bukan pujuang dah tentu dia play safe dengan menutup mulutnya yang lancang tu...

Tanpa Nama berkata...

salam... kahkahkahkah... hari ni baru pkr/pas/dap tau siapa ANWAR IBRAHIM.. hehehehe... dia kan kaki main belakang... terima la hakikat kali ini pkr/pas/dap dah kena politik main belakang demi kepentingan peribadi utk menjadi PERDANA MENTERI konon... tapi ANWAR lupa bahwa KARPAL itu SINGH... ANWAR la BAPAK POLITIK WANG dlm negera ini... ANWAR undur..!! undur..!! undur..!! pkr /pr maukan REFORMASI! ! ! kesian dia... kesian dia... kesian dia...! !