Khamis, 5 Februari 2009

MB PERAK TERKENA SUMPAHAN!

Baginda Sultan Perak hari ini menitahkan agar Dato Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin meletak jawatan sebagai MB Perak berkuat kuasa dengan serta merta. Maka dengan ini, berakhirlah riwayat pemerintahan Dato' Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin. Mengikut para sahabat, inilah padahnya jika seseorang manusia itu yang begitu cepat lupa di mana bumi yang dipijak dan langit yang dijunjungnya. Terlalu angkuh dan sombong, sehingga sanggup mengadai maruah anak bangsa dan agamanya sendiri.

Angkara beliaulah, Institusi Istana Negeri Perak tercemar, diselar dan dicabar oleh Pengerusi DAP Karpal Singh. Sekolah-sekolah Tadika KEMAS yang menempatkan anak-anak rakyat yang miskin untuk mendapat pendidikan asas ditutup. Hak milik tanah orang Melayu dipinggirkan dan diberi keutamaan kepada masyarakat Cina di Kampung-Kampung Baru di seluruh Negeri Perak. Sanggup membelakangi Undang-Undang Kanun Tanah Negara yang memboleh pajakan 99 tahun tetapi kerana kesombongan dan keangkuhan Mohammad Nizar ditambahnya 999 tahun. Sekolah agama rakyat yang daif tidak diambil kisah tetapi sekolah Cina pula yang diutamakan.
Siapakah yang menguasai Perak selama sepuluh bulan ini? PAS yang hanya mempunyai enam kerusi ataupun DAP yang mempunyai 18 kerusi? Jadi siapakah sebenarnya Mohammad Nizar ini?

Kita bukanlah nak main isu perkauman, tetapi kalau orang Cina di Kampung Baru diberi hak memajak tanah sampai 999 tahun, kenapa tidak boleh melibatkan juga tanah-tanah di perkampungan orang Melayu? Begitu juga soal bantuan kewangan kepada sekolah Cina, kita tidak pertingkaikan, tetapi janganlah pula sekolah agama rakyat yang daif di Perak terabai. Apabila orang dah heboh satu dunia barulah nak jengok. Apakah yang patut kita namakan pemimpin Melayu yang seperti ini? Perolehi kuasa kerana bendera parti Islam, tetapi kepimpinannya tidak sedikitpun melambangkan roh Islam.

Orang PAS juga ikut kecewa dengan sikap dan tingkah laku Dato Seri Mohammad Nizar, tetapi apakan daya kerana untuk menjaga maruah parti, mereka terpaksa mengunci mulut. Walaupun Lidah terjelir, tekak terasa sakit terpaksa ditelan juga. Inilah balasan Allah kepada manusia yang sombong dan angkuh setelah peroleh kuasa. Sesungguhnya, apa yang berlaku di Perak harus diambil iktibar kepada yang peroleh kuasa, tak kira orang UMNO, PAS atau PKR, kita Melayu dan Islam walau apapun fahaman politik yang dianuti, ingatlah apa saja yang ada pada kita di dunia ini semuanya bersifat semantara. Yang berkuasa dan kekal abadi hanya Allah!

Orang UMNO jangan cepat mendabik dada kerana apa yang terjadi di Perak itu amat jarang berlaku dalam sejarah politik negara, ia lebih merupakan satu episod yang berlaku secara kebetulan. Permainan politik tidak sama dengan kehendak dan citarasa rakyat. Para sahabat cukup bersetuju dengan komen Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed yang melihat tindakan BN menerima sokongan bekas dua orang ADUN Parti Keadilan Rakyat yang sedang berhadapan dengan tuduhan rasuah bukan satu idea yang baik.

Jika mereka di dapati bersalah, sama ada mau atau tidak, pilihan raya kecil terpaksa di adakan. Apabila pilihan raya berlaku, apakah BN sekarang sudah cukup bersedia untuk menghadapinya? Apakah MCA, GERAKAN, MIC dan PPP sudah mampu untuk berhadapan dengan pengaruh DAP di 18 kerusi ADUN di Perak? Begitu juga dengan kekuatan PKR dan PAS? Jika sekirannya kedua-dua ADUN bebas ini benar-benar didapti tidak bersalah oleh mahkamah, BN juga akan berhadapan dengan masalah iaitu tomohan dan perminan politik pembangkang. Semantara Institusi kehakiman ikut dipolitikkan, terseret dengan fitnah dan prasangka. Kerenah dan hati busuk pembangkang kita semua sudah cukup arif. Mereka tidak peduli siapa, daripada mati lemas dengan sia-sia, belakang buayapun mereka panjat, apabila dah selamat, soal siapa telan siapa, itu bukan lagi menjadi angka wahid.

Walau apapun, para sahabat di Titiwangsa cukup yakin dengan kemampuan Dato Seri Najib yang menjadi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak, bakal Presiden parti dan Perdana Menteri. Begitu juga dengan anak Bagan Datok, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO. Apa yang kita harapkan, bakal MB Perak yang akan ditentukan sedikit masa lagi, biarlah terdiri daripada tokoh yang benar-benar mempunyai kualiti kepimpinan mesra rakyat. Jangan pula sebelum dapat kuasa bukan mainkan mesra rakyatnya, masuk kampung keluar kampung, bersongkok dan berketayap, tetapi apabila dah ada kuasa bertukar kulit daripada mesra rakyat jadi musuh rakyat!

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulilah BN dapat semula mandat untuk memerintah Perak. moga2 Menteri besar Perak yang baru dapat mentadbir negeri Perak dengan lebih telus dan dapat menambah sokongan rakyat kepada BN. Moga2 adun BN dapat bersatu padu membangun kan ekonomi negeri Perak. Suara rakyat harus dibela kerana tanpa sokongan mereka, tak akan hidup BN ni. Syabas dan tahniah kepada BN Perak.

Tanpa Nama berkata...

TAHNIAH YB.DATUK DR ZAMBRY...MB PERAK YANG BARU 6/2/2008 @ 3.30PM

DENGAN KELAYAKAN ANDA YANG ADA IAITU PHD.IN POLITICAL GUNAKAN SEBAIK-BAIKNYA UNTUK UMNO-BN DEMI RAKYAT PERAK TIDAK KIRA ORANG MELAYU KE...CINA KE ATAU INDIA SEKALIPUN BERILAH PERKHIDMATAN YANG CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG KEPADA MEREKA SEMUA DENGAN PENUH MESRA DAN DEDIKASI TANPA MENGIRA FAHAMAN POLITIK MEREKA spt. Pas-Pkr-Dap

HIDUP ISLAM! HIDUP UMNO! HIDUP BN!!!

Tanpa Nama berkata...

Salam untuk semua,

ALLAH MAHA BESAR DAN MAHA BIJAKSANA !
Taatlah kepada ALLAH...RASUL dan ULIL AMRI...(Kerajaan Malaysia yang sediada)

Kita hanya berusaha...berdoa...dan bertawakkal kepadaNYA.

Selamat bertugas YB Datuk Dr Zambry MB Perak yang baru pada harini 6 Feb 2009...

Saya lihat hanya UMNO yang memerdekakan negara ini dari Malaya kepada Malaysia sahaja bersama parti komponennya BN yang boleh merealisasikan kesejahteraan hidup semua rakyat Malaysia tanpa mengira agama bangsa dan budaya berteraskan ayat alQuran - Lakum dinukum waliyadiin..ugama kamu ugama kamu (bkn Islam)ugama kami ugama kami(Islam).

Cadangan kepada pembangkang :Sekiranya tidak puashati dengan pemerintahan BN sila masuk BN masuk bertanding dari akar umbi buat strategi baru untuk menggantikan tempat pemimpin BN dari bawahan hingga atasan yang tidak betul dan salah laku misalnya barulah GOOD! BETTER!! BEST!!!

SELAMAT MALAYSIA !!!!!!!