Rabu, 11 Februari 2009

PEMIMPIN LEMBEK! RAKYAT MENYAMPAH!!!

Melayu mulai bangkit di seluruh negara dan ratusan laporan polis telahpun dibuat mengenai kebiadaban dan kurang ajar Karpal Singh, tetapi malangnya sehingga hari ini, Peguam Negara masih mengunci mulut, malah Tan Sri Abdul Gani Patail ketika dihubungi oleh Utusan Malaysia yang berada di Geneva memberitahu, "Saya di luar negara, saya tak mau cakap apa-apa!" Ketika ditanya mengenai kebiadaban Karpal Singh, Peguam Negara menambah, "Saya tidak mau ambil kisah tentang pertanyaan awak!".

Para sahabat di Titiwangsa hanya mampu mengiling kepala. Peguam Negara yang diamanahkan memikul tanggung-jawab bagi menentukan proses pelaksanaan undang-undang negara bersikap dingin terhadap kekalutan yang melanda negara, maruah bangsa dan Kedaulatan Raja-Raja Melayu, apa lagi kita nak buat? Yang lebih mendukacitakan kita, apabila Pak Lah Badawi sendiri sebagai seorang Perdana Menteri, membuat kenyataan di media hari ini, bahawa kerajaan tidak bercadang untuk menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas Karpal Singh.

Melihat kepada keadaan ini, kita tertanya-tanya, kepada siapa lagi yang nak kita harapkan supaya pengkhianat bangsa dan negara ini dihapuskan? Apakah Pak Lah dan Peguam Negara nak suruh rakyat sendiri menjadi hakim dan menggunakan kuasa mereka bagi menangani konflik di Perak dan menghukum Karpal Singh ? Apakah Pak Lah dan Abdul Gani Patail mahu melihat pertumpahan darah berlaku baru nak bertindak? Melayu berperang sesama Melayu, hancur lebur baru nak guna Akta Keselamatan Dalam Negeri ke atas Karpal Singh dan Mohammad Nizar, seorang anak Melayu yang jelas dan terang menjadi barua kepada DAP?

Kadang-kadang kita rasa sedih dan amat kecewa, apalah nasib orang Melayu di negara ini mendapat seorang pemimpin yang lemah dan tidak bersemangat. Orang Melayu menjerit di seluruh negara kerana pertahankan maruah bangsa dan rajanya untuk memberi signal kepada para pemimpin negara supaya bertindak dan mengguna-pakai segala kuasa yang di peruntukkan oleh undang-undang dan Perlembagaan Negara kepada kerajaan. Apakah tindakan pengkianat seperti Karpal Singh dan Mohammad Nizar nak saman Sultan Perak dan menganggu gugat keamanan Negara masih lagi tidak salah? Apakah Pak Lah masih tindak nampak gelombang kemarahan orang Melayu yang sekarang ini sudah tidak dapat dibendung lagi? Apa lagi yang ditakutkan? Nak tunjuk baik macam mana lagi? Negara ini milik rakyat, bukan milik hanya kepada seorang Perdana Menteri!

Oleh sebab kita lembek dan tidak bermaya, hari ini Karpal Singh bukan sahaja tetap bertegas dengan tindakannya untuk saman Sultan Perak dan tidak mahu menutup maaf, malah akan mengambil tindakan pula terhadap Polis Di raja Malaysia kerana katanya, pihak polis bersikap "berat sebelah" kerana tidak mengambil tindakan ke atas demonstrasi 300 orang Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan yang berhimpun di depan pejabatnya di Jalan Pudu Lama semalam.

Dengan angkuh dan sombong beliau menuduh pihak polis tidak adil dan tidak menjaga keamanan dan ketenteraman. Apa kata Syed Hamid sebagai Menteri Keselamatan Dalam Negeri? Apakah mahu dibiarkan saja pengkianat negara seperti Karpal Singh ini merendah-rendah martabat dan mempertingkai tugas pasukan polis kita yang bekerja siang dan malam, beragadai nyawa untuk memastikan negara ini aman damai? Di mana lagi maruah kita hari ini? Raja nak dibawa ke Mahkamah, pasukan polis pula hendak diambil tindakan.

Ada juga orang bertanya, apalah kebalnya orang yang bernama Karpal Singh ini sehingga dia boleh bercakap dan berbuat dengan sesuka hatinya. Sesungguhnya Benggali ini bukannya kebal tetapi kerana orang Melayu yang diamanahkan untuk menjadi pemimpin dinegara ini cukup lemah dan lembek! Sehingga hari ini, kita tidak tahu apakah bentok dan stail cara kepimpinan seperti ini. Oleh kerana kepimpinan yang tidak tahu hala tuju inilah maka hidup Melayu terseksa dan dihina dalam negaranya sendiri.

Kita amat berharap, Dato' Seri Najib yang bakal memimpin UMNO dan negara selepas bulan Mac ini belajar dan mengambil iktibar daripada kesilapan dan kelemahan kepimpianan Pak Lah. Jika tidak ada perubahan, kita bukan minta, tetapi UMNO sudah pasti akan semakin jauh dari hati rakyat Malaysia khususnya orang Melayu.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Betul. Apakan daya. Pemimpin melayu bukan sahaja sibuk memimpin bangsa lain dan kahwin bangsa lain, malah kroninya memperlekehkan bangsa melayu dengan semahunya.
tsk tsk tsk.
masa anda akan tiba Pak Lah. Akar umbi umno dan rakyat menunggu.

ahli umno temerloh

Tanpa Nama berkata...

kenapa peguam negara tidak mengambil tindakan terhadap karpal adalah disebabkan oleh undang-undang yang membenarkan.....

untuk pengetahuan semua anda boleh rujuk laporan akhbar the star 11 february 2009

http://thestar.com.my/columnists/story.asp?file=/2009/2/11/columnists/reflectingonthelaw/3238556&sec=Reflecting%20On%20The%20Law