Kita cukup bersetuju dengan saranan Dr. Mohd. Puad Zarkashi, Ahli MT dan Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat supaya Jawatankuasa Disiplin UMNO mesti dirombak memandangkan kegagalan jawatankuasa tersebut menangani gejala politik wang yang melanda Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini.
Kepada Tok Selampit, Jawatankuasa Disiplin UMNO bukan sahaja gagal melaksanakan tanggung-jawabnya tetapi banyak lubang-lubang dan lopak yang boleh melibatkan integriti badan tersebut dipersoalkan. Yang jelas ialah tentang ketelusan dan tatacara proses pelaksanaan hukuman terhadap seseorang. Sebagai contoh kes Khairy menantu kesayangan Pak Lah dan Dato' Ali Rustam.
Walaupun Perhimpunan Agung UMNO sudah berakhir tetapi ramai para sahabat bukan orang parti melihat, UMNO nampaknya dah nak pulih, Tun Mahathir dahpun kembali kepangkuan UMNO dan ramai orang-orang lama yang sepatutnya sudah lama pencen tewas dalam pemilihan parti tetapi akibat daripada episod Khairy dan jerung-jerung lain yang terlibat dengan politik wang terlepas, maka mereka menganggap, luka dah mulai nak sembuh, tetapi sayang, nanah busuk masih lagi membengkak di dalam daging.
Sebelum nanah busuk yang membengkak ini pecah dan merebak keseluruh anggota badan, Dato Seri Najib kenalah cepat-cepat cari ubat. Jika sekiranya terpaksa dipotong, kepimpinan baru parti jangan teragak-agak lagi. Jangan kerana malu alah kepada satu dua orang, UMNO balik-balik tang tu juga! Kalau benar-benar nak buat perubahan dalam UMNO jangan hanya setakat tukar resipi tetapi tukar acuannya sekali.
Tok Selampit --- minta Dato Seri Najib bersihkan sampah sarap dalam kabinet barunya.
4 ulasan:
Betul.... memang ada yg menang tinggi kerana tau sama tau. Lembaga Disiplin mesti tegas kalau UMNO mau terus hidup di mata masyarakat.
Banteras politik rasuah jika sayangkan UMNO. Perwakilan disemua peringkat mesti pilih pemimpin yang berkebolehan bukan yang pandai hulur aje. Jangan salahkan pemimpin sahaja kerana perwakilan cawangan dan bahagian pun sma aje.
LEMBAGA DISIPLIN TAK DAK BOLEH PAKAI LAGI KERANA UNDANG-UNDANG YANG DIBUAT TIDAK IKHLAS DANJUJUR SERTA SAMARATA
Pemilihan UMNO yang lepas... semua bagi duit baik di peringkat bahagian mahupun di peringkat Nasional.. sama sahaja... cuma yang berbeza hanyalah dari jumlah-jumlah yang disedekahkan... katanya..
Bagi saya bubarlah lembaga disiplin... tutup dan simpanlah kes-kes yag ada tu... sebab pada sesi Penutup Perhimpunan Yang Lepas.. jelas UMNO telah menerima suntikan baru, semangat baru dan janganlah di musnahkan semangat tersebut dengan kes-kes... kan dah kata dah.. Yang Menang tak menang semua dan Kalah tak kalah semua.. janganlah di hancurkan perpaduan yang telah dicetuskan... yang kalah buat kerja... sebab 4 tahun lagi ada 60,000 perwakilan akan mengundi kamu... kalau yang menang tak buat kerja belum tentu 60,000 ni nak undi mereka... lagipun kalau nak bagi duit... satu wakil RM100 x 60,000 = 6 Juta tuhhhhh........
MASA UNTUK KERJA BUKAN UNTUK PURA-PURA
Catat Ulasan