Ketika kita riuh-rendah dengan sendiwara Menteri Besar negeri orang bunian di Perak dan kisah kerajaan pasir dua butir yang bersidang di bawah pokok asam jawa, rupa-rupanya ada satu kumpulan tikus dalam UMNO yang secara diam- diam sedang berusaha untuk mengagalkan Perhimpunan Agung UMNO bulan Mac ini.
Kabarnya, satu injunksi akan dibawa ke mahkamah bagi menghalang Perhimpunan Agung UMNO bulan Mac ini kerana konon-kononnya kes rasuah yang melibatkan ahli UMNO mesti diselesaikan terlebih dahulu. Inilah orang UMNO! Ketika parti tengah nazak, terhimpit kiri kanan, Melayu dan raja-raja dihina, dicaci maki, mereka pula tumpang tui untuk kianati parti.
Kepada Tok Selampit, ini satu lagi jenis orang Melayu yang tak sedar di untung, kerana agenda peribadi masing-masing tidak kesampaian, mereka sanggup mengambil kesempatan membelasah parti sendiri yang pernah memberi kekayaan dan kesenangan yang melimpah ruah.
Sesungguhnya, inilah antara kerja orang-orang UMNO yang sudah kehilangan harga diri. Dengki khianat, fitnah memfitnah dan prasangka buruk kepada orang lain. Walaupun tidak ramai orang UMNO jenis ini, tetapi jika kepimpinan baru UMNO selepas bulan Mac ini benar-benar berhasrat untuk membawa perubahan kepada parti, golongan ini mesti dihapuskan segera!
Kabarnya, satu injunksi akan dibawa ke mahkamah bagi menghalang Perhimpunan Agung UMNO bulan Mac ini kerana konon-kononnya kes rasuah yang melibatkan ahli UMNO mesti diselesaikan terlebih dahulu. Inilah orang UMNO! Ketika parti tengah nazak, terhimpit kiri kanan, Melayu dan raja-raja dihina, dicaci maki, mereka pula tumpang tui untuk kianati parti.
Kepada Tok Selampit, ini satu lagi jenis orang Melayu yang tak sedar di untung, kerana agenda peribadi masing-masing tidak kesampaian, mereka sanggup mengambil kesempatan membelasah parti sendiri yang pernah memberi kekayaan dan kesenangan yang melimpah ruah.
Sesungguhnya, inilah antara kerja orang-orang UMNO yang sudah kehilangan harga diri. Dengki khianat, fitnah memfitnah dan prasangka buruk kepada orang lain. Walaupun tidak ramai orang UMNO jenis ini, tetapi jika kepimpinan baru UMNO selepas bulan Mac ini benar-benar berhasrat untuk membawa perubahan kepada parti, golongan ini mesti dihapuskan segera!
Tok Selampit--- cukup jijik dengan manusia jenis seperti ini.
6 ulasan:
orang umno dah tak percayakan umno lagi disebabkan politik wang yang berleluasa. kalau betul tak ada rasuah buat aper nak takot. biar depa buat kerja depa, depa ada bukti ada rasuah biaq pi lah. yang lain dok tajot pasai apa. pasai apa nak melenting
salam
umno dan politik wang macam darah dalam daging.. basuh macam mana pun darah tu tetap ada dan tetap mengalir.. dah bertapak terlampau lama.. pemimpin umno datang dan pergi tapi yang POLITIK WANG nie tak akan pergi-pergi.. dah sign jadi KETUA UMNO dulu, kini dan selamanya.. puteri pun terkena tempias politik wang ni hinggakan ada "USAHA MURNI" nak bubarkan puteri.. saya cukup marah n cukup terkilan bila jadi begini.. hanya segelintir, itupun kalau ada yang TERPENGARUH dan DIPENGARUH oleh politik wang ni..kebanyakkannya masih hijau dan masih mentah.. tak tau makna politik wang.. untuk prevent puteri ni terlibat, JANGAN SESEKALI LIBATKAN, AJAR ATAU MEMBERI wang pada puteri especially time nak buang undi untuk mana-mana pemilihan.. biarlah puteri tak ada duit tapi puteri masih boleh berdiri kerana tugas puteri buat program kemasyarakatan banyak-banyak untuk naikkan imej puteri.. untuk naikkan imej umno.. puteri mmg ada pemikiran sendiri tapi INGAT.. puteri masih baru, masih rebung.. masih senang nak dibentuk.. tapi bila puteri nak buat program, sokonglah dan bantulah mana yang patut.. jangan pula biarkan puteri terkontang-kanting sendiri.. semua orang perlu wang.. tapi puteri tak perlukan politik wang..
salam.. orang yg nak bawa injunksi ini sememangnya pengkhianat UMNO dulu, kini dan selama2 nya.. sejarah hitam UMNO diharamkan dulu mereka2 ini la yg jadi pengkhianatnya krn kecewa & tidak mendapat sokongan dari ahli2 UMNO.. mereka ini juga mantan YB / EXCO PEMUDA & MKT, dulu mereka2 ini pun main duit juga utk menang.. hari nak berlakon macam dia yg baik.. P RAMLEE menangis la kalau tengok lakonan mereka ini..! Hasil Kekayaan mereka hari ini adalah semasa menjadi YB/EXCO PEMUDA & MKT.. bak kata TUN MAHATHIR " Melayu Mudah Lupa" & piiii laaaa!!!
Salah Hormat Semua,
UMNO bukanlah satu-satunya parti yang mengamalkan politik wang... bahkan permainan bagi parti-parti lain lebih hebat dan jumlah wang yang di terima oleh orang-orang tertentu lebih hebat lagi..
Cuma.. hari ini UMNO menerima kecaman hebat kerana kesedaran dan ketelusan UMNO dalam menangani masalah ini.. ianya menjadi semakin rumit apabila di olah media sehingga ianya diperlihat menjadi perlakuan yang sebesar-besar dosanya...
Cubalah kita renung bagaimana.. masalah ini akan berkesudahan... ini bukan perkara baru, tetapi satu isu yang telah berulang-ulangkali dibicarakan.. dan ada yang telah menerima hukuman dan padah.. hasil dari permainan kotot ini..
Politik wang bagi saya berpunca dari Pemimpin yang tidak berkaliber atau layak digelar pemimpin.. silap haribulan erti kepimpinan sebenar dan halatuju pun tiada.. Bagi mendapat tempat wang ditabur dan balasannnya undi...
Bagi pejuang dan mereka yang benar-benar mengambil berat hal kebajikan rakyat... kadangkala merasa berdosa kalau membiarkan orang sebegini menjadi pemimpin.. jadi mereka pun terpaksa menyamai wang pertaruhan atau menggandakan..
Tapi..... ini semua cerita dulu.... sekarang kalau orang hulur... ambil.. undi siapa yang tahu... mungkin para perwakilan hari ini dah ada pilihan siapa yang bakal di undi dan layak bergelar pemimpin...
Kadangkala mereka sahaja mengenakan calon-calon yang bertanding dan hendak menguji sejauh mana mereka ni sanggup berkorban atau tidak.. atau buat tak faham jer... kadangkala bagi 2 ke 3 ratus untuk datuk-datuk atau G6 apa kelas.... kalau g7 rembat je lah... bila lagi nak dapat duit cammni... pusing 60 calon 200 x 60 = 12,000 boleh lah buat handphone baru yang 3G...
Bagi saya tindakan ini adalah pusingan akhir.. hal politik wang.. bagilah ruang kepada pucuk pimpinan yang baru untuk mengubah hal ini... tak payah nak injunksi-injunksi..
Pemimpmpin yang naik kali ni perlu di ingatkan perlulah galak kali turun kebawah... tengok orang kat bawah ni...
Pucuk pimpinan pula.. analisalah siapa yang betul-betul berbakti barulah di angkat untuk jadi calon atau lain-lain..
Pilih lah pemimpin yg bersih dan berwibawa. Tidak yg pengecut..... keris dihunus kemudian minta maaf. Pemuda di celaka kan tetapi sunyi sepi !!!! macam mana mau pimpin parti dan negara. Inilah dia musuh dalam selimut sebenarnya.
siapa ada cerita pasal norza
Catat Ulasan