Rabu, 11 Mac 2009

PERHIMPUNAN AGONG UMNO AKAN DITUNDA?

Para sahabat riuh rendah bercerita, kononnya Perhimpunan Agong UMNO yang bermula pada 24 Mac ini telah dibatalkan. Tarikh baru akan ditetapkan kemudian. Kabarnya, Pak Lah membuat keputusan ini kerana nak bersihkan mana-mana calon yang terlibat dengan politik wang. Apabila sudah selesai semuanya, barulah Perhimpunan Agong UMNO akan diadakan.

Tok Selampit juga telah dimaklumkan bahawa hampir 50% calon-calon yang bertanding daripada jawatan Timbalan Presiden, Naib, MT, Pemuda, Wanita dan Puteri didapati terlibat dengan politik wang. Mereka semuanya sudah dikenali pasti. Hanya tunggu masa yang sesuai sahaja untuk didedahkan nama-nama mereka. Entah betul atau tidak, Walllahualam! Walaupun ini hanya kabar angin, tetapi dah ramai calon yang guna wang untuk beli undi dah tak lelap tidur. Telan pil tidur dua tiga bijipun dah tak jalan.

Menurut cerita, apabila semua calon yang terlibat dengan politik wang sudah dibersihkan dan Perhimpunan Agong selesai barulah Pak Lah letak jawatan. Jika ini benar menurut para sahabat, Pak Lah telah tempah nama dalam sejarah UMNO. Kalau semua Perdana Menteri yang terdahulu semuanya ada gelaran, Pak Lahpun dapat nama juga iaitu, "Bapak basmi rasuah negara".

Walau bagaimanapun timbul pula persoalan, kalau UMNO sudah bersih daripada amalan rasuah, bagaimana pula dengan jerung-jerung, hantu-hantu raya dan jemalang yang telan rasuah puluhan juta untuk dapat pelbagai macam projek kerajaan?

Tok Selampit -- minta para sahabat jawablah sendiri.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Itu lah kerana nila empat lima titk rosak susu sebelanga. Kita dah dengar macam-macam pasal politik wang ni. sampai macam-macam gelaran. Yg paling hebat "Calon Stapler", "Calon Tepi Kereta" dan "Calon Bagi Awal". Kita juga dengar ada calon-calon mengunakan kedudukan mereka samada kementeriannya kalau meneteri dan timbalan menteri malahan ada juga pengerusi-pengerusi syarikat kerajaan yang sekarang ini dikerah programnya untuk lawatan pengerusi2 tersebut sambil berkempen (sambil menyelam minum air). Lembaga Disiplin UMNO kenalah tengok-tengok dan ambuil tindakan tegas. Kalau tidak masyarakay UMNO tidak serius dalam membendung rasuah politik ini. Apa lagi sekiranya calon-calon yang ada gelaran ini menang.

Tanpa Nama berkata...

SALAM... BALIK2 UMNO POLITIK WANG... TAK HABIS2..!!! SAYA SETUJU BENAR JIKA TINDAKAN PAK LAH BEGITU TETAPI JANGAN LUPA BUDAK2 D TINGKAT EMPAT & MENANTU PUN KENA LAH AMBIL TINDAKAN YG SAMA...!! BARU LAH BERSIH SERUPA MACAM KHIR TOYO HADIAHKAN PENYAPU DI NEGERI SELANGOR SEBELUM PRU 12... KALI INI PERHIMPUNAN AGONG AKAN BERSIH LAH JUGA... SELEPAS ITU RAMAI LAH PEMIMPIN2 & AHLI2 TINGGALKAN UMNO DAN AKAN JOIN "B E R S I H"!!!!!

Tanpa Nama berkata...

LU PIKIR LA SENDIRI BEB.......!!!!

Tanpa Nama berkata...

Bagilah kerja pembersihan tu kat orang baru i.e najib... Pak Lah masak nasi dan dah jadi bubur... kalau Pak Lah nak taruk pelbagai rencah untuk di jadikan bubur lambuk ( ini dia belajar dengan Aziz Baba calon Titiwangsa yang Kalah) maka kesudahannya jadilah nasi Itik... bukan nasi lauk itik,,, tapi nasi bagi itik makan... itulah kesudahannya nanti..

Orang baru, semangat baru, kepercayaan baru, nafas baru dan setidak-tidaknya tiada pengaruh tingkat 4....
he!.. he

Tanpa Nama berkata...

hidup lagi rupanya tangkap antu ingat dah puus

Dato' Keramat berkata...

Politik wang dan UMNO sekarang ni ibarat irama dan lagu. masa pemilihan bahagian haritu pun ramai yg sendawa...

Tanpa Nama berkata...

Tangkap Antu pergi bertapa dah.. supaya ilmu penuh didada.. Manalah tau lepas ni bangsa melayu dah jadi bangsat.. nak 13 may sekali lagi dah tentu kita kalah.. jadi bersedialah sebelum terlambat.. tak de lah bercita-cita nak berjuang sekadar nak selamatkan anak dan bini je

Dunia akhir zaman ni perang mutakhirnya kerana fitnah di angkat kebenaran di pijak..

Tanpa Nama berkata...

Sedih ngan melayu sikit2 nak mengamuk nak berparang. zaman sekarang sapa yg byk wang dia yg berkuasa penjajah sekarang menjajah ekonomi. baiklah kita menaikkan majoriti ekonomi org melayu bukan segelintir. ramai melayu yg senang baru melayu kuat.

Tanpa Nama berkata...

Yang nak berparang bukan kita.. tapi orang lain lebih-lebih lagi cam hindraf.. dulu dah jadi sekali kat Kampung Medan, kalau jadi sekali lagi, woi bahaya woi lebih-lebih lagi bila celik matanya kiri kanan nampak dia orang dulu