Sabtu, 28 Mac 2009

SHAHRIR SAMAD BENAR2 ANAK JANTAN


Kita angkat tabek kepada Dato Shahrir Samad yang membuat keputusan untuk melepas jawatannya sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna kerana tewas jawatan MT dalam Perhimpunan Agung UMNO semalam. Kepada Tok Selampit, Dato Shahrir memang anak jantan tulin, berani dan tegas.

Dato Shahrir menganggap, kekalahannya itu merupakan satu hukuman dan penilaian ahli parti terhadap ketokohan, kewibawaan dan prestasi kerjanya selama ini. Kalaulah orang UMNO sendiri dah tak suka, rakyat di luar UMNO lagilah tak suka. Lebih baik dia letak jawatan, bagi peluang kepada orang lain yang disukai oleh orang UMNO.

Kepada menteri-menteri, timbalan menteri dan menteri besar yang tewas dalam pemilihan semalam elok benarlah ikut jejak Dato Shahrir. Walaupun Dato Najib tak suruh dah Pak Lah pun kata tak ada siapa yang suruh berhenti, tetapi faham-fahamlah sendiri. Kita dah tak dikehendaki, buat apa tunggu? Kalau benar-benar ingin membuat perubahan dalam UMNO, ini antara satu langkah awal kearah perubahan tersebut. Kenalah berkorban sikit!

Kepada Dato Seri Dr Rais Yatim kita juga ucap syabas. Dato Seri Dr Rais juga anak jantan sejati. Sebelum apa-apa, pakar undang-undang yang banyak pengalaman itu telah mencadangkan bahawa apabila bertukarnya pucuk pimpinan parti dan kerajaan, semua menteri kabinet di bawah Pak Lah mesti letak jawatan. Bagi peluang kepada Dato Seri Najib untuk memilih anggota kabinet baru mengikut citarasanya.


Rasa Tok Selampit, kalau nak jaga air muka, lebih baik berhenti awal sebelum nama kita digugurkan. Bukankah Dato Seri Najib telah maklumkan awal-awal lagi, lepas pemilihan nanti banyak perubahan yang akan berlaku dalam parti termasuklah anggota kabinet. Orang-orang lama yang banyak cakap dan tak tau buat kerja kenalah terima kenyataan. Cukuplah guna parti untuk buat harta!


Tok Selampit --- janganlah tambah dosa lagi, pintu taubat masih terbuka.



KENAPA KEMENANGAN KJ TERUS DIPERTINGKAIKAN?

Sehingga hari ini mulut yang menjuih kearah Khairy Jamaluddin kerana menang Ketua Pemuda masih lagi tak habis-habis. Kemudian tertanya-tanya di manakah maruah Pemuda UMNO sekarang ini? Apakah kerana duit seribu dua ribu, mereka sanggup mengadai harga diri dan roh perjuangan Pemuda? Ingatlah, jangan kerana mahu kenyang hari ini, kita akan kebuluran untuk selama-lamanya.

Ketelusan Lembaga Disiplin UMNO juga terus-terusan dipersoalkan. KJ yang sabit kesalahan politik wang tiba-tiba diberi amaran dan boleh bertanding, kenapa pula Dato Seri Ali Rustam dilarang bertanding? Tok Ali seorang Ketua Menteri dan Naib Presiden, terlalu banyak pengorbanannya untuk parti. Siapakah KJ kalau nak dibandingkan dengan Ali Rustam? Apakah kerana menantu Pak Lah maka KJ kebal segala-galanya? Inikah yang dikatakan ketelusan?

Pak Lah berapi-rapi bercakap menentang politik wang, tetapi apabila anak menantu didapati bersalah kerana politik wang tetapi diberi amaran kenapa Pak Lah membisu? Kalaulah Pak Lah benar-benar telus ingin membasmikan gejala buruk ini dalam parti, Pak Lah sepatutnya maklumkan kepada Lembaga Disiplin, yang salah mesti dihukum. Jangan fikir anak menantu atau siapa. Sebagai pemimpin Pak Lah mesti tunjuk contoh. Kalau KJ salah atas akta 10.1 tataetika parti sama dengan Ali Rustam, kenapa KJ bebas Ali Rustam pula yang sangkut?

Rakyat bukan bodoh! Mereka dapat menilai A sampai Z. UMNO jadi rosak hampir terkubur juga kerana sikap Pak Lah yang manjakan menantu, ikut cakap menantu. Si anak menantu pula mentang-mentang dimanjakan oleh Pak Mertua, Presiden Parti dan Perdana Menteri, bukan main lagi lompatnya sehingga tak sedar diri. Cakap takbur, angkuh dan sombong. Kalaulah begini gayanya, macam mana Dato Seri Najib nak ubah UMNO, nak pulih keyakinan rakyat kepada UMNO? Payah!

Kita bukannya emosional, adat berlawan mesti ada yang kalah dan menang, tetapi soalnya kemenangan itu mestilah bermoral, beretika, telus dan mengikut landasan yang betul. Pergerakan Pemuda UMNO bukannya seperti persatuan belia di kampung, ia merupakan kilang untuk memproses tokoh-tokoh muda bagi melahirkan perwaris kepimpinan negara bukannya untuk pesta-pestaan dan suka-suka.


Tok Selampit --- hanya berdoa agar Allah bukakan pintu hati mana-mana perwakilan yang sesat jalan, kembali ke pangkal jalan dan sanggup lapurkan kepada pihak berkuasa.

4 ulasan:

add berkata...

Pada pendapat saya , Shahrir bukan anak jantan yang sebenar, tidak dilantik kekabinet adalah lumrah orang politik. Rekod perkhidmatan beliau sejak dilantik menteri pun pada saya berada dibawah 50%.

Tak payah war-warkan letak jawatan, DSN tahu apa yang akan dilakukan kepada pemimpin politik yang kalah atau menang...Tugas menteri yang dilantik adalah bekerja dan memikul amanah kementerian kepada rakyat sebaik mungkin.
Kalau pemimpin tertinggi tidak memerlukan khidmat bakti (shahrir tak banyak bakti pun)maka bersaralah dengan redha... tak payah la nak jadi jaguh kalah yang meroyan...

Syed Zul Tojo berkata...

Apabila Shahrir mengatakan bahawa dia ingin meletak jawatan kerana sepatutnya jawatan menteri itu atas ehsan perwakilan dan dia tidak mahu menjadi menteri atas ehsan perdana menteri, adakah itu kata hati dia atau mesej suruhan orang lain

Tangkap Antu aka Ghostbuster berkata...

Pada pandangan sya, kadang-kadang inilah POLITIK yang penuh polemik, lebih baik mengundur diri sebelum di buang yang mana dah tentu satu-satu individu terlihat lebih berani, sedangkan kalau ikut perkiraan memang dah kategori "kapal nak masuk dok" kata P. Ramlee

Tanpa Nama berkata...

DATO SHAHRIR YG YANG NAK LETAK JAWATAN DENGAN SENDIRINYA.. BUKAN PAK LA DAN NAJIB YANG SURUH DIA BERHENTI.. ITU KAN KEIKHLASAN DARIPADA DATO SHAHRIR.. JAWABNYA STADIUM TITIWANGSA DITADAHKAN.. HEHEHEHE...!