Satu budaya dan amalan yang kita lihat kurang sihat yang berlaku dalam kehidupan politik barisan pelapis UMNO akhir-akhir ini ialah terlalu cepat dilambung ombak kesombongan dan keangkuhan apabila tersohor dengan tiba-tiba memperolehi satu-satu jawatan dalam parti sehingga lupa di mana bumi yang dipijak dan langit yang dijunjung.
Yang amat memalukan kita, baru sehari dua terlonjak dan terjongkit melihat langit, dengan angkuh dan sombong sudah hilang rasa hurmat kepada orang-orang lama yang sudah puluhan tahun berjuang dalam parti, memimpin dan membimbing dengan menempuh pelbagai dugaan dan cabaran. Niat mereka hanya satu iaitu untuk melahirkan satu kumpulan generasi pelapis kepimpinan parti sama ada di peringkat cawangan ataupun bahagian yang berjiwa besar, bertanggung-jawab, berbudi bahasa yang lohor dan hurmat menghurmati antara satu dengan yang lain. Bukannya yang sombong dan angkuh. Sudah berani celupar mulut mempersoalkan apakah yang kamu orang tua-tua buat selama ini? Apakah jasa kamu?
Sikap yang sebegini, sesungguhnya tidak akan membawa kita kemana-mana, apatah lagi dalam era baru kepimpinan Dato Seri Najib yang mengutamakan kepentingan rakyat melebihi daripada segala-galanya. Zaman untuk menjadi tuan atau seorang dewa dalam UMNO sudah berakhir. Jika gagasan besar Najib ini tidak dapat kita hayati khususnya di kalangan orang muda dalam parti, maka tunggulah saat kehancurannya nanti.
Kepada Tok Selampit, untuk apa kita cepat menjadi angkuh dan sombong apabila mendapat sesuatu jawatan dalam parti, kerana bahtera politik yang dilayari masih jauh di tengah lautan. Ribut dan taufan akan datang tidak mengira masa. Jika keangkuhan dan kesombongan menjadi kompas bagi menentukan hala tuju pelayaran kita, percayalah, segala-galanya akan musnah. Jika kita benar-benar untuk menjadi seorang pemimpin yang hebat, kuat dan mampan, pimpinlah diri sendiri terlebih dahulu sebelum memimpin orang lain.
Tanggung-jawab kita hari ini bukan mengulai para pengikut dan orang kiri kanan dengan pelbagai projek. Aku ada jawatan besar dalam parti, akan ku beri kamu semua lampu ajaib pusaka Aladdin, gosok sahaja, istana Puteri Balkis akan kau bawa terbang seperti layang-layang. Pintalah, akan ku beri semuanya. Menteri semua mesti tunaikan kehendak aku kerana aku ada jawatan besar dalam parti, kalau tak bagi, engkau tunggu! Kalau ini tujuan dan matlamat kita berjuang dalam parti, PRU ke 13 nanti, sampailah masanya UMNO akan dikuburkan.
Sekarang bukan ini perjuangan kita. Tanggung-jawab kita ialah bersatu padu, bukannya berpuak-puak. Bina kekuatan, rampas semua negeri yang dikuasai pembangkang dalam pilihan raya akan datang. Letak nyawa untuk rakyat bukan guna rakyat untuk cari kekayaan dan kuasa. Inilah gagasan Najib! Kuasa politik Melayu mesti dikembalikan semula di negara ini. Jangan kita sendawa kekenyangan hari ini, tetapi kita akan kebulur dan papa kedana sehingga akhir hayat. Biarlah anak-anak Titiwangsa ini mati bagaikan harimau yang tinggalkan belang, gajah mati yang tinggalkan gadingnya bukan mati macam tikus yang tinggalkan bangkai dan busuk ditepi longkang!

Tok Selampit --- tak mau kerana kecuaian kita hari ini, cucu cicit kita di masa akan datang menjadi bangsa yang bangsat dan pengemis di negeri sendiri.