Sabtu, 4 April 2009

MCA DAH MULA BUAT HAL?


Baru semalam Dato Seri Najib dinobatkan sebagai Perdana Menteri, MCA sehabat karib UMNO dah mula buat hal. Dato' Loke Yuen Yow, Timbalan Setiausaha Agong MCA, walaupun bunyinya sebagai satu cadangan, tetapi ia lebih terarah kepada satu desakan iaitu menuntut supaya Dato Seri Najib memberi laluan kepada MCA untuk menjadi Perdana Menteri Kedua dan Timbalan Pengerusi Dewan Tertinggi BN bagi membuktikan bahawa proses perkongsian kuasa di negara ini benar-benar dilaksanakan.

Daripada sini kita sudah nampak rupa paras dan wajah sebenar yang tersirat dalam perjuangan MCA. Belum apa-apa dah mula tuntut macam-macam. Sepatutnya dalam kekalutan Kerajaan Barisan Nasional yang kehilangan sokongan rakyat dalam PRU 12 dan Datok Seri Najib baru jadi PM, MCA harus bagi kerja sama kepada Najib. MCA yang terpukul parah dalam pilihan raya yang lalu sepatutnya berusaha keras membina satu kekuatan baru untuk menarik semula keyakinan masyarakat Cina kepada parti mereka. Jangan banyak minta itu dan ini tetapi kerjanya tadak!

Kepada Tok Selampit, kita bersetuju dengan tuntutan Timbalan Setiausaha Agong MCA itu tetapi dengan syarat iaitu, MCA mestilah memenangi semula kesemua kerusi DAP dalam PRU13 tanpa bantuan daripada UMNO. Kalau setakat asyik nak bergayut di bawah ketiak UMNO tak payahlah banyak kerenah.

Sebab itu Tok Selampit nak cadangkan kepada Dato Seri Najib, selain daripada menangani masalah negara, politik parti-parti komponen juga harus diberi perhatian. Jangan biarkan mereka ini celupar mulut, tuntut itu dan ini. Najib kena tegas. Jangan lembek macam yang sudah-sudah, hancur kita nanti!


Tok Selampit--- minta Najib banyak belajar daripada kesilapan yang dilakukan oleh Pak Lah.

2 ulasan:

Jedi Mastor berkata...

Kadangkala terasa hairan apabila orang yang tak punya apa-apa menuntut lebih-lebih.. hanya kerana DAP dan PKR yang direpresentasi oleh Wakil Rakyat berbangsa Cina menang pada Pilihanray Ke 12...

MCA dan Gerakan telah banyak kehilangan kerusi sebaliknya kerusi yangh ditandingi oleh calon UMNO hilang sedikit kalah nak di nisbahkan 3:1...

MCA menuntut agar kuasa diberi untuk memulihkan kepercayaan orang Cina dengan menuntut ini dan itu... Cuma bagi saya apa yang harus di tekankan ialah pemulihan Parti itu sendiri.. UMNO mengakui kesilapan dan bersedia memperbaikinya... Bagaimana pula dengan MCA dan Gerakan adakah mereka bersedia untuk mengadakan pemulihan di peringkat dalaman...

Faktor yang terpenting bagi MCA dan Gerakan mereka perlu turun padang dan mendekati rakyat buat macam Ong Tea Keat tidak kira apa bangsa pun semua di layan dan bantu.. buktinya... walaupun calon BN di peringkat DUN kalah tetapi dia tetap menang di peringkat Parlimen.. orang ingat siapa yang berjasa dan buat kerja..

Jangan asyik nak tuntut itu dan ini akhirnya yang rugi negara juga..

Saya setuju agar Dato' Seri Najib tegas dalam hal ini... kerana untuk PRU 13 Undi orang Melayu adalah penentu.. bukan Undi dari kaum cina

Tanpa Nama berkata...

Owang putih kate ,kalau ada kawan macam ini ,kita tak perlu musuh.
arjuna waspada.
changkat lobak