Rabu, 31 Disember 2008

ISLAM DIANCAM, MELAYU SEMAKIN LALAI














Mulai jam 12 tengah malam ini, kita semua akan berada di tahun baru, azam baru, tenaga baru dan hala tuju perjuangan yang baru. Dalam pada
itu, anasir-anasir yang menganggu-gugat Islam dan Melayu semakin berani dan lancang. Bermula daripada kerenah Majlis Peguam yang mempertingkaikan undang-undang nikah kahwin dalam Islam, kedudukan Raja-Raja Melayu yang menjaga hal-ikhwal agama dicabar hinggalah kepada fatwa mengharamkan yoga untuk orang Islam ikut dipersoalkan.

Kerana marahkan orang Islam yang menghalang terenakan babi di Melaka, maka kepala babi pula digantung di sana-sini. Hari ini Persatuan Kristian pula mendesak supaya membolehkan Kitab Injil diterjemah ke dalam bahasa Melayu untuk diedar keseluruh negara. Pedahal mereka tahu, larangan penterjemahan kitab-kitab agama selain daripada Islam sudahpun termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Alhamdulillah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tetap mempertahankannya.

Ini semua memberi alamat awal kepada kita, tahun baru yang akan kita hadapi esuk terlalu banyak cabaran dan ranjau yang mesti kita harungi. Bukan sahaja kemelesetan ekonomi dan masalah pengangguran kerana banyak kilang-kilang industri besar akan ditutup, tetapi juga kita sedang berhadapan dengan ancaman spiritual iaitu Islam dan kedudukan orang Melayu.

Sekarang Melayu masih lagi lalai. Pemimpin-pemimpin UMNO sekarang ini cukup sibuk berkempen untuk mendapatkan jawatan dalam pemilihan bulan Mac ini. Memang sudah menjadi lumrah, apabila berlakunya pemilihan pucuk pimpinan parti, maka beranika ragamlah yang berlaku. Mesyuarat Bahagian yang terbatal memang dah jadi kebiasaan. Apabila berlaku hal ini, ada yang tak puas hati, apabila tak puas hati bawa kes ke mahkamah. Masalah politik wang, hebuh satu negara, tetapi tak adapun tindakan diambil. Hinggakan tak pasal-pasal MP PKR dari Machang yang tak ada kena mengena memekak di parlimen, kononnya dia tahu dan ada bukti orang UMNO main duit untuk rebut jawatan.

Yang dia sibuk ambil tahu hal orang tu kenapa? Apakah parti Keadilan Rakyat yang secara terang-terangan mengadai maruah anak bangsanya dan berkesedudukan dengan puak-puak yang anti Islam itu okey? Salahnya kita, kerana terlalu ngairah untuk cari kuasa, kita lupa segala-galanya. Sehingga sanggup keluar parti beramai-ramai masuk parti pembangkang, padahal selama ini UMNO lah dijadikan lampu Aladdin untuk kepentingan diri. Sesungguhnya, dalam tempuh pemilihan ini, terlalu banyak perlakuan-perlakuan yang boleh menjatuhkan imej UMNO.

Warga Titiwangsa, secara peribadi, bukanlah pak sibuk untuk ambil tahu tepi kain orang, tetapi sebagai seorang ahli UMNO ikut terpanggil untuk campur mulut kerana kita melihat segala perlakuan sama ada di peringkat Bahagian atau pucuk kepimpinan tidak ada persafahaman dalam usaha pemulihan dan membina kekuatan ahli parti, sedangkan kita semua tahu terlalu banyak hal yang nak kita selesaikan sama ada dalam parti dan kerajaan untuk menghadapi cabaran PRU13 nanti. Yang amat penting ialah untuk memulihkan kepercayaan rakyat kepada parti, khususnya orang Melayu. Setakat hari ini, memang cukup jelas dan nyata cuma UMNO sajalah yang mempunyai kemampuan untuk menjadi payung negara dan benteng pertahankan kuasa Melayu.

Parti lain kita tidak nampak boleh menjadi pelindung kepada orang Melayu. PAS sejak berkesedudukan dengan DAP, terlalu banyak kesilapan yang dilakukan. Di manakah Islam yang diperjuangkan oleh parti itu selama ini? Iman dan takwa, hukum hudud dan pelbagai macam lagi? Kalau benar-benar memperjuangkan Islam kenapa terkunci mulut apabila orang mempertingkaikan Islam secara terang-terangan? Apakah kerana DAP sokong naikkan orang PAS jadi Menteri Besar maka terikat dan terkunci segala-galanya? Apakah ini yang diajar oleh Islam yang dianuti oleh PAS?

Parti Keadilan Rakyat? Jauh panggang dari api! Dato' Seri Anwar Ibrahim semasa dalam UMNO bukan main bersemangat bercakap, sampai tersembur-sembur air liur ingin membina Masyarakat Madani, yang berjiwa luhur, beriman, telus dan bertanggung-jawab dan berikrar untuk mempertahakan Islam, Melayu dan Negara sehingga ke titisan darah yang terakhir, sekarang apa jadi? Apakah Masyarakat Madani Anwar Ibrahim ialah berkesedudukan dengan puak-upak yang memaki hamun Islam? Pengkhianat-pengkhinat yang menjahanamkan harta benda kerajaan, yang menghina dan mencaci orang Melayu? Anwar sebenarnya berpolitik kerana ingin membalas dendam, hilang hala tuju dan sesat dalam perjuangannya sendiri.

Oleh itu, warga Titiwangsa amat berharap, kepimpinan baru parti dan kerajaan selepas bulan Mac ini akan membawa hala tuju perjuangan yang sebenarnya-benarnya. Melayu masih lagi perlukan UMNO! Jagalah hati mereka, pulihkanlah semangat mereka. Melayu masih sayangkan UMNO!

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sokong !!!!

Tanpa Nama berkata...

hidup t2wangsa..! ! parlimen t2wangsa BN blh menang pru13 tetapi pimpinan umno t2wangsa kena lah berkerja keras, lebih2 lagi selepas pemilihan bahagian baru2 ini. calon yg telah menang timb & naib ketua bhg yg bercita2 untuk menjadi wakil rakyat perlu la berusaha untuk menawan kembali hati rakyat t2wangsa tak kira bangsa, tonjol2kan/merapatkan la diri dgn rakyat t2wangsa. sejak lepas pemilihan bhg, umno t2wangsa senyap je, kecoh dilaman blog sendiri sajatapi tak menampakan usaha2 untuk memulihkan parlimen t2wangsa. saya cadangkan umno kena mula berkerja mulai sekarang ini dengan tekad azam 2009 -2013. hari ini di t2wangsa bukan boleh letak songkok boleh menang, dulu boleh la.. rakyat t2wangsa lebih2 lagi d dato kramat & kg baru memerlukan calon yg mesra rakyat. kg2 melayu ini kena lah diambil perhatian, mereka2 ada lah penghuni & pengundi2 jati t2wangsa. WP KUALA LUMPUR NEGERI KU & KG DATO KERAMAT KG BARU KG KU... selamat tahun baru 2009 dan selamatkan t2wangsa

Tanpa Nama berkata...

Salam kepada semua...

Lama tak comment dekat sini...

maruah agama, maruah melayu dan maruah negara kita yang perlu memperjuangkannya kalau kita rasa tidak ada orang lain atau parti lain yang boleh mempertahankannya...
Jangan lah kita nak pertikaikan kerja orang dan parti lain tetapi kita kena pastikan dahulu perjuangan kita, perjuangan yang mulia dan suci... Jangan kita mulut saya bercakap tetapi tangan pada hakikatnya kita gari tangan sendiri... Jangan nak tunggu ada habuan baru nak buat kerja...

Selagi UMNO TITIWANGSA menjadikan ISLAM, MELAYU dan NEGARA tunggak utama dalam perjuangan, Insya Allah akan ada berkat dalam perjuangan dan ALLAH akan membantu sesiapa sahaja yang membantu dalam memperjuangkan agama-Nya...

Saya sokong saudara tentang isu kandang babi, arak, hukum hudud, isu ketuanan melayu, raja2 melayu dan sebagainya.
Saya cuma ingin tambah satu lagi isu yang terbaru iaitu isu 'BLOG HINA ISLAM DAN RASULULLAH'...
Apa yang peliknya, kenapa selepas banyak berita tentang isu 'BLOG' ini yang keluar melalui media cetak dan elektronik, kenapa PAS yang selama ini memperjuangkan agama ISLAM senyap dan menyepi tanpa memberi sebarang komen dan ingatan kepada penulis ini???

Memang saya tidak patut tanya soalan ini dalam TITIWANGSAKINI tetapi saya nak ajak anda semua fikirkan apa yang ingin ditunjukkan oleh PAS dalam perkara ini.. Adakah disebabkan mereka kawan seperjuangan DAP???
Adakah mereka tidak lagi memperjuangkan ISLAM???
Adakah mereka masih relevan dengan ISLAM???

Apa yang saya hendak katakan pada akhir komen saya ini ialah saya ingin mengajak semua pemimpin atasan UMNO parlimen Titiwangsa untuk menjalankan tugas yang telah diberikan sekiranya anda ingin merampas semula kerusi PArlimen Titiwangsa...
Jangan nak berangan la untuk merampas semula kerusi ini kalau kita tidak berkerja untuk rakyat...
tapi saya yakin, sekiranya tugas dijalankan, tanggungjawab dilaksanakan, kerusi parlimen TITIWANGSA akan di ambil alih semula oleh UMNO TITIWANGGSA pada PRU13 nanti....

Semoga perjuangan UMNO akan terus menjadikan islam, melayu dan malaysia sebagai tunggak utama kerana kalau UMNO tidak ada perjuangan seperti ini saya rasa jatuh dan hancurlah ISLAM dan MELAYU dalam Malaysia ini...
Saya kata begini kerana tak ada lagi parti yang memperjuangkan ISLAM, MELAYU dan NEGARA...

Kalau anda semua ada masa, sila lah ke blog saya http://merevolusikandiri.blogspot.com

Terima kasih... Salam...

Tanpa Nama berkata...

HAHAHAHAHAHA....KORANG SEMUA HIDUP DGN ANGAN2, KERJA TAKNAK BUAT,BILA ORG TU ADA WANG RINGGIT ITU YG KORANG RAPAT SEBAB MASYUKKKKKK...HANCUR KORANG NI SEKIRANYA PERANGAI BURUK TAK DI UBAH DARI SEKARANG.