Jumaat, 2 Januari 2009

DBKL LANCAR OPERASI "KUTIP HUTANG"?

Kepada warga Titiwangsa terutama yang mempunyai hutang tertunggak sama ada cukai pintu, sewa rumah pangsa, gerai dan lain-lain lebih baik berusaha menyelesaikan segala-galanya daripada sekarang kerana Datuk Bandar yang baru, Dato' Ahmad Fuad telah mengistiharkan bahawa tahun 2009 ini ialah tahun "Penguatkuasaan". Kita difahamkan ialah tahun untuk mengutip segala hutang tertunggak warga Kuala Lumpur. Katanya, jumlah hutang tertunggak warga KL cukup banyak sehingga mencapai kepada ratusan juta.

"Kalau tak kutip hutang, DBKL tak ada duit. Kalau tak ada duit macam mana nak bangunkan Kuala Lumpur?" katanya. Kita cukup bersetuju dengan usaha Datuk Bandar itu tetapi kita harus juga mengambil kira keadaan ekonomi sekarang ini. Masa harga minyak naik melambung, barang-barang keperluanpun meningkat seolah-olah tak terdaya untuk dikawal. Hari ini, harga minyak turun, tetapi harga barang tetap tak turun-turun. Lagipun semua orang tau, kerajaanpun tahu, tahun 2009 merupakan tahun "sakit". Banyak negara-negara besar dunia ikut pening kepala.

Di Malaysia dah banyak kilang-kilang tutup. Pekerja dah mula bawa sepanduk tunjuk perasaan kerana kehilangan pekerjaan. Pengangguran di kalangan rakyat Malaysia dijangka akan meningkat sehingga ratusan ribu, ini mengikut jangkaan. Kalau hal ini benar berlaku dan kerajaan tidak berupaya mengatasinya, alamatnya, musibah besar akan melanda kita! Apa jadi kepada warga kota jika sekiranya dalam kekalutan sebegini mereka dihalau keluar dari rumah kediaman dan dikunci pintu premis perniagaan akibat tidak berupaya lagi membayar hutang lapok mereka? Menangislah kawan!

Oleh itu warga Titiwangsa amat berharap, kalau nak ambil tindakanpun kenalah bertimbang rasa sikit. Ya lah, masalah duit ringgit ni, semua orang tahu, kalau dah suntuk, letak muncung senapang di kepalapun, dimana nak korek? Apatah lagi kalau berniagapun dah hancus. Kita semua maklum, boleh di katakan sebahagian besar daripada warga kota terdiri daripada penjaja dan peniaga kecil, terutama orang Melayu, kalau dah semua tempat peniaga asing dah masuk daun, kemana lagi nak heret kaki? Hal-hal macam inipun DBKL kenalah tengok juga. Barulah nampak siket ada impian nak bina Melayu bandar!

3 ulasan:

network manager berkata...

cadangan nak kutip balik cukai tertunggak tuh mmg cadangan yg paling dangkal... kalo mcm tuh soh budak darjah 1 jd datuk bandar pon bleh buat kerja tuh... kepada datuk bandar yg baru, cubalah carik idea yg lebih inovatif utk selesaikan masalah penduduk KL...

wargakota berkata...

inilah sikap dbkl bila dah tersepit.....
sebelum ni tak pernah pula kecoh pasal tunggakan atau hutang lapuk. apakah datuk bandar sebelum ini tak pernah menjalankan amanah dengan sebaliknya. takkan duit tak cukupkan kot!!!!!!! hutang lapuk pun adalah hutang saman atau kompaun yang dikenakan oleh dbkl kepada warga kota. berkaitan soal pembangunan adalah tanggungjawab pbt itu sendiri dan bajet telah diberikan oleh pihak kerajaan.

apasal pulak tunggakan saman atau hutang lapuk dijadikan isu besar dalam pembangunan. apakah bajet yang diberikan tidak mencukupi atau terdapat penyelewengan?????????????.

DBKL adalah PBT yang paling kaya di malaysia dan menuruk sebuah akhbar hutang alpuk ini merangkumi hanya 20% sahaja.... dan kemana pergi pendapatan yang 80% itu pergi. mengapa yang 20% ini yang dihebohkan..... kenapa tidak memberitahu jumlah yang DBKl perolehi sebanyak 80%...............
??????

materials berkata...

Read your article, if I just would say: very good, it is somewhat insufficient, but I am still tempted to say: really good!
runescape gold