Ahad, 25 Januari 2009

UMNO OH UMNO!!

BN khususnya UMNO semakin terhukum akibat tewas dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu baru-baru ini. Menurut para penganalisis politik, pilihan raya kecil Kuala Terengganu baru-baru ini merupakan kayu pengukur untuk menentukan sama ada UMNO dan BN masih lagi berkuasa selepas PRU13 nanti. Sesungguhnya, menurut kabar daripada para sahabat di KT, walaupun ada benarnya anggapan yang sedemikian untuk kita bermuhasabah diri, tetapi masih banyak faktor-faktor tempatan dan persekitaran yang mesti diambil kira.

Antara yang jelas ialah faktor calon. Kita tidak tahu apakah kurangnya Dato Wan Farid? Daripada kaca mata kita orang luar dari Kuala Terengganu, beliau seorang peguam dan daripada bentuk wajah dan raut muka memang ada ciri-ciri seorang pemimpin, anak Negeri Terengganu jati dan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu. Tetapi menurut kabar daripada para sahabat, sepanjang kempen pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu itu, Dato Seri Najib lebih terserelah sikap mesra rakyatnya. Bertemu dan bermesra dengan siapa saja, tidak jijik mengharung bau busuk pasar ikan di Kedai Payang, bersalam dengan mereka walaupun tangan penuh dengan bau ikan. Bermesra dengan nelayan yang berpeluh basah ketika baru pulang dari laut di pengkalan-pengkalan ikan. Tidak merasa kekok sedikitpun naik turun rumah buruk para nelayan yang daif, yang sakit dan yang tua. Calon pula macam mana? Wallahhualam....! Orang KT lah yang boleh menjawabnya.

Selain daripada itu, menurut yang ampunya cerita, semua orang tau, bukankah kepimpinan UMNO Negeri Terengganu dilanda krisis ketika pemilihan Menteri Besar dan Pengerusi Badan Perhubungan selepas PRU12? Hingga jadi hebuh, kedua-dua tokoh naik turun jumpa Pak Lah di KL, sampai istanapun ikut terkena tempiasnya? Apakah mungkin yang terluka dan tergoris ini payah terubat? Walaupun berkali-kali pucuk kepimpinan mengingatkan supaya semua ahli UMNO bersatu demi kemenangan BN di Kuala Terengganu. Mana tau, seperti kata orang, walaupun tidur sebantal mimpinya lain-lain, yang tersurat lain yang tersirat pula lain. Ini semua kita tidak tahu!

Yang lain-lain, kata ampunya cerita, sikap dan tingkah laku jentera pilihan raya yang datang dari luar Negeri Terengganu juga ada penyebabnya. Katanya, tindak tanduk mereka ini lebih sudu daripada kuah sehingga jentera pilihan raya yang terdiri daripada anak tempatan terasa terpinggir, sedangkan selain daripada mereka ini pengundi, mereka juga tahu siluk-biluk dan liup lintuk pengundi di situ. Yang mana manis dan yang mana masam, yang mana pahit dan yang mana meloyakan tekak.

Walau apapun, semuanya sudah berlalu, walaupun pahit sampai tercekik anak tekak, kita terpaksa telan. Kita kenalah ambil iktibar dan pengajaran, tetapi malangnya, sesetengah orang UMNO, ketika terantok, dah bengkak dahi jadi telur ayam, semuanya bercakap nak buat perubahan, tetapi apabila sudah lama, balik-balik ketangkok lama juga yang jadi pilihan. Pilih calon ikut kehendak orang atas bukannya nak diguna pakai pandangan orang bawah-bawah dan menerima kehendak rakyat. Orang-orang lama yang zaman gemilangnya sudah berlalu dan sudah terlalu banyak terpalit dengan pelbagai skendal masih lagi diberi hak untuk itu dan ini sehingga boleh jadi menteri dengan begitu mudah dan menjaga pengurusan parti, seolah-olah sudah tidak ada lagi orang lain yang layak untuk dipilih.

Ini juga satu gejala yang boleh mendatangkan jijik orang UMNO yang berjuang mati-mati, bertanding pilihan raya, tonggang langgang, tiba-tiba orang-orang yang sudah pencen dan tak bermaya lagi tetapi kerana pandai nyanyi, mereka dipilih jadi menteri. Apabila sudah menjadi menteri, UMNO pula yang dibantainya dan hak orang Melayu yang dipersoalkan. Ini semua antara ciri-ciri kenapa orang UMNO sendiri hilang kepercayaan kepada partinya yang diperjuangkan sejak sekian lama.

Sekarang ini semua orang bercakap masa depan UMNO dalam PRU13 gelap, tetapi apakah usaha untuk memastikan yang gelap jadi terang? Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin sudah beberapa kali mencadangkan supaya satu perubahan yang drastik mesti dibuat ke atas UMNO, tetapi sehingga ke hari ini kita masih tidak nampak apakah ciri-ciri perubahan drastik tersebut. Kalau setakat dua tiga orang yang insaf dan sedar di mana UMNO perlukan perubahan semantara yang lain-lain masih memekakkan telinga dan buat "lembu kenyang" kata orang Gua Musang, sudah pasti semuanya tidak menjadi.

Kalau benar maukan perubahan dalam UMNO, tidak bolehkah perkara ini dibawa ke MT? Bincang dan tetapkan apakah perkara-perkara yang hendak dibuat. Jangan lagi fikir nak jaga perasaan sahabat, orang kanan dan orang kiri. Kalaulah perubahan itu benar-benar boleh membina semula imej parti dan boleh memberi keyakinan baru kepada rakyat, kenapa kita asyik banyak cakap? Kalau perlu meminda Perlembagaan UMNO demi masa depan jutaan orang Melayu yang selama ini harapkan UMNO membina nasib mereka, kenapa tidak boleh? Budaya nak jaga hati orang kanan atau orang kiri bukan masanya lagi sekarang ini.

Apa yang banyak orang cakap dan lihat ialah mengenai sikap sesetengah orang UMNO yang kebanyakkannya menjadikan UMNO sebagai jambatan untuk mendapatkan sesuatu bukannya menjadikanUMNO itu sebagai gelanggang untuk memperjuangkan hak anak bangsa, agama dan negaranya. Ada duit ada kerja, tak ada duit maka berlonggoklah di kedai mamak minum teh tarik. Kita bukan nak mengata ikut sedap mulut, ini kenyataan! Sekarang ini kita mesti bekerja, bukannya bercakap, cemburu mencemburui, syak wasangka antara satu dengan yang lain. UMNO hancur Melayu akan hancur. Apatah lagi kita di Titiwangsa yang di katakan menjadi benteng bagi pertahankan kuasa Melayu di tengah bandar Kuala Lumpur. Jika sekiranya kuasa Melayu hancur disini, kita jangan harap gerai-gerai para penjaja Melayu yang bertaburan di Jalan Chow Kit, Keramat, Kampung Pandan dan Kampung Baru kita dapat lihat lagi di masa akan datang. Parti-parti lain, walaupun kononnya parti yang dipimpin oleh orang Melayu tetapi mereka semuanya seperti layang-layang, nampak tinggi terbangnya tetapi hujung talinya dikendalikan oleh orang lain. Ingatlah, kembalilah kepada perjuangan asal kita!

5 ulasan:

berani berubah berkata...

kita sepatutnya melakukan perubahan diperingkat akar umbi lagi....... tapi sebaliknya dimana apabila ada pemilihan masih orang yang sama berkua walaupun tiada perubahan yang dilakukan. apabila diperingkat cawangan tiada perubahan bagaimana pula dengan bahagian nak berubah. kalau dah ketua bahagia tidak berubah jangan harap akan ada perubahan untuk 2008-2011. kita harus renungkan bersama mengapa titiwangsa kalah??

adakah faktor calon atau faktor parti itu sendiri. disini kita harus mengkaji dengan sebaik-baiknya. faktor calon dan party memain peranan yang penting untuk mencapai kemenangan. kita harus kaji apa yang umno telah buat pada rakyat di titiwangsa sehingga BN kalah di titiwangsa. saya sebagai ahli umno merasa benci 100x pada pemimpin umno kerana tidak menjaga hati rakyat. sebagai contoh yag terbaik adalah isu setinggan. memang tidak dinafikan setinggan ini kotor. tapi mereka ini adalah pengundi, isu peniaga dan penjaja warga tempatan mereka ini adalah pengundi, tapi apa Umno buat pada mereka????? harapkan pagar pagar makan padi.. kenapa umno tidak pernah menjawab isu setinggan kampung berembang??? inilah suara rakyat selangor yang mengalahkan BN. apakah perkara ini kita harus lihat ditempat-tempat lain??? akhir dimana umno.... sebagai ahli umno yang menolak segala bentuk penyelewengan dan yang seawaktu dengannya inginkan perubahan pada umno sendiri....

sekarang banyak golongan muda menolak parti umno secara terang-terang dan perkara ini akan memburukkan umno itu sendiri....

Tanpa Nama berkata...

berani berubah..........

kalau tak pandai menari janganlah lantai disalahkan....

Selama 50 tahun BN memerintah, apa lagi yang tak cukup yang telah diberikan kepada rakyat.....

Segalanya ada... tapi sikap manusia sendiri yang tidak sedar diri dan tidak pandai mencari peluang pemimpin pula disalahkan.....

Tentang setinggan...
siapa siapa mereka itu? Penduduk setinggan sebenarnya tidak semua yang susah. Kadang-kadang duduk dikawasan setinggan, tapi memilikki rumah mewah 2,3 biji ditempat lain. Duduk di rumah setinggan berlagak miskin. Lepas tu buat kecoh menghasut orang lain untuk minta pampasan yang bukan-bukan.

Tapi kerajaan bantu juga, buatkan rumah PPR dan diberi juga pampasan berbentuk wang ringgit. Tapi penduduk setinggan berlagak pulak. Taknak rumah PPR.. pampasan yang diberi tak cukup juga. Salah kerajaan lagi.........

Kalau dah menceroboh hak orang, sedar-sedarlah diri sikit.

Tentang peniaga kecil.......
Berapa banyak kedai-kedai yang disedaikan oleh kerajaan telah disewakan aatau dijual kepada pendatang asing...

Tengok jelah di pasar keramat tu.........berapa ramai peniaga asing......
Kata je pembantu, tapi sebenarnya pemunya...

Salah kerajaan lagi........

Janganlah marahkan nyamuk kelambu dibakar...

PRU yang lepas bukan saja Titiwangsa yang tewas, Semuanya tewas sebenarnya... Sedarlah tu....

Sekarang pemerintahan PAS.. apa yang dia dah buat?????

Sibuk nak menumpang program orang buat. Tapi sumbangan apapun takda...

Elok-elok parking free di Desa Pandan, sekarang??? Dah terpacak meter bayaran... apa yang YB tolong???? TOLONG TENGOK........

YB buat apa???
BUAT BODOH.................

Sebabnya kakitangan DBKL kebanyakannya orang PKR dan PAS.

Tak pasal-pasal penduduk setempat pun kena saman dengan DBKL.......

fikir-fikirkanlah.....
janganlah kita bersikap mundur kebelakang.........

SYUKUR DENGAN KENIKMATAN YANG DIRASAI.

AKU SAYANG UMNO

hatiminda berkata...

LAGI BANYAK KHAIRY BERCAKAP LAGI BANYAK RAKYAT DAN PENGUNDI MUDA LARI....


Saya tidak menyalahkan sesiapa dalam soal kekalahan di KT. Namun ingin saya berikan sedikit sebanyak perkara yang menjadi perbualan orang ramai terhadap BEBANAN yang UMNO dan BN tanggung akibat seseorang yang masih terlalu MENTAH ingin diangkat dan bercita-cita sebagai pemimpin besar negara.


Siapa mengenali KHAIRY JAMALUDDIN jika bukan dia hanya seorang anak menantu Pak Lah?Sungguh malang nasib Pak Lah akibat si Khairy sumbangannya berkecimpung 30 tahun dalam politik rosak sekelip mata. Sudah pasti namanya menjadi ingatan dan disebut-sebut sebagai "Bapak Mertuanya si Khairy" berbanding panggilan bapa kemerdekaan, pembangunan, perpaduan mahupun bapa pemodenan..

Sebut-sebutan rakyat terhadap Khairy:
1.) Sombong dan Angkuh
2.) Mulut celupar
3.) muda-muda lagi dah kaya raya
4.) harapkan pak mertua dia jer mamat ni
5.) macam bagus jer mamat ni
6.) celaka lah mamat ni tak hormat orang tua/ vetren UMNO
7.) siapa kawan khairy mesti banyak WANG
8.) penat-penat jer kita berjuang utk UMNO yg naik jawatan si khairy yang asal usulnya entah dari mana
9.) org takut oh... ngan khairy sebab dia boleh gunakan-gunakan pak mertua dia
10) jahanam lah khairy dia ni orang anwar kot...kenapa dia jadi org tengah bebaskan anwar dan hantar pasport...

banyak lagi sebut-sebutan negatif rakyat perihal si khairy..
Oleh itu minta tolong sangat2 kpd sesiapa yang boleh menghubungi si Khairy ni supaya sampaikan kepada khairy jika benar sayangkan UMNO letak jawatan naib pemuda dan tarik diri daripda bertanding KP UMNO...jika dia masih memegang jawatan, UMNO sukar dipulihkan... percayalah!


Dia masih muda dan masih ada masa utk memperbaiki reputasinya...jangan sampai UMNO hancur disebabkan ketamakan si khairy di dalam UMNO utk memegang jawatan..Yakin lah, makin banyak Khairy bercakap semakin ramai pengundi muda dan rakyat lari....aku,kau,dia dan mereka masih sayangkan UMNO...HIDUP UMNO!!!

BERANI BERUBAH berkata...

WOI ANONYMOUS YANG PENAKUT......
JANGAN LAH MENUDUH ORANG TAK PANDAI MENARI PULAK. MENARI MESTI MENGIKUT KEADAAN LANTAI.....

KAU KENA FAHAM BETUL-BETUL..... JANGAN TERLALU TAKSUB DENGAN PARTI YANG AKAN MEMBAWA KEHANCURAN....

AKU NAK KAU JAWAB SATU SOALAN SAHAJA.......

ADAKAH UMNO BEBAS DARI GEJALA RASUAH????

KALAU KAU NI TERLALU NAIF BERKATA BEBAS RASUAH MEMANG KAU NI MAKAN SUAP...... TAK BOLEH NAK BERDIRI SENDIRI..............

KAKAKAKAKAKAK

Tanpa Nama berkata...

BERANI BERUBAH......

Bukan UMNO saja yang rasuah.. Memang tidak dinafikan...

Tapi parti lain juga rasuah. PAS rasuah dengan janji kalau undi PAS masuk SURGA..

Rasuah juga, tapi cara yang halus....

Parti tidak membawa kehancuran tetapi orang-orang yang didalam parti itu sendiri yang menghancurkan...

Kau cakap UMNO rasuah, mungkin kau pernah dapat tapi tak banyak.. Sebab itu kau marah......

Kita perlukan juga pemimpin yang ada duit. Kalau pemimpin pun daif, sapa nak tolong anak yatim, ibu tunggal yang saban tahun bertambah. Sekurang-kurangnya dapat juga bantuan dengan kadar segera.

Manusia sekarang mudah lupa. Mungkin terlalu banyak makanan segera, jadi ingatan pun jadi lemah.Kalau bukan kerana UMNO, boleh kah negara kita maju sebegini???? Bandingkan dengan negara lain yang lebih dahulu merdeka...seperti Indonesia..

Mungkin juga kerana kemerdekaan negara ini mudah tanpa pertumpahan darah seperti Indonesia, maka rakyat sudah lupa dengan jasa UMNO.

Fikir-fikirkanlah.....
Jika apa yang berlaku atau jika mahukan perubahan, tapi mestilah menguntungkan rakyat orang-orang melayu......

Berfikir cara waras, bukan dengan emosi......

AKU SAYANG UMNO