Jumaat, 9 Januari 2009

LAWATAN KE KUALA SELANGOR

Pada tanggal 25 Disember 2008, Pergerakan Wanita UMNO Bahagian telah menganjurkan Lawatan ke tempat Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Sabak Bernam, Kuala Selangor. Seramai 150 orang telah menyertai lawatan ini yang terdiri daripada Ketua Wanita dan Ahli Jawatankuasa Wanita Cawangan.
Industri Kecil dan Sederhana yang sempat dilawati ialah, Kilang membuat bahulu, kilang pau dan juga kilang kerepek.


Di kilang membuat bahulu. Anak dan mak kelihatan sedang berbincang
untuk membeli seberapa banyak bahulu

Peserta kelihatan sedang menunggu untuk mendapatkan bahulu yang telah dibeli.

Ini adalah bahulu yang telah ditempah oleh Ketua Wanita UMNO Bahagian Puan Hajah Khadijah

Di kilang membuat pau

Peserta berebut untuk mendapatkan pau percuma

Kelihatan Kerepek yang telah dibeli oleh Ketua Wanita UMNO Bahagian. Sedia untuk dibawa kedalam bas.

Selepas membeli peserta di jamu dengan beraneka jenis kerepak.

Entah apalah yang dibincangkan oleh Ketua dan Naib Ketua Wanita ini. Mungkin mereka ada
perancangan untuk membuka IKS di Bahagian Titiwangsa bagi menambah
pendapatan Wanita Titiwangsa.
Dah rasa sedap, apa lagi, menambah lagi yang telah dibeli untuk dibawa pulang
pula. Bolehlah sedekah sedikit pada jiran-jiran yang tidak berpeluang bersama.

Di Kilang Kerepek. Tak habis-habis nak membeli. Itulah sifat wanita. Kalau boleh
dengan tuan-tuannya sekali nak diangkut.

Dah puas melawat kilang dan merasa hingga kenyang kerepek, bahulu dan pau, rombangan ini dijamu pula dengan makan tengahari yang telah disponsor oleh YB Noriah Kasnon.

Peserta rombongan menikmati hidangan tengahari di Restoran D'Muara, Sungai Haji Dorani.

Secara keseluruhannya, semua peserta sangat berpuashati dan gembira dengan program lawatan yang diadakan ini. Bagi mereka tidak cukup perjalanan sehari dan mahukan supaya diadakan selama 2 hari.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

teruskan program2 Wanita. Tapi kenalah panjangkan kepada semua ahli dan rakyat biasa. kerana pilihanraya nanti bukan saje orang umno yg menentukan kemenangan BN

Tanpa Nama berkata...

teruskan program2 Wanita. Tapi kenalah panjangkan kepada semua ahli dan rakyat biasa. kerana pilihanraya nanti bukan saje orang umno yg menentukan kemenangan BN

Tanpa Nama berkata...

teruskan program2 Wanita. Tapi kenalah panjangkan kepada semua ahli dan rakyat biasa. kerana pilihanraya nanti bukan saje orang umno yg menentukan kemenangan BN

googler berkata...

I think I come to the right place, because for a long time do not see such a good thing the!
jordan shoes