Jumaat, 9 Januari 2009

SAMBUTAN HARI ASYURA DAN SOLAT HAJAT

Puan Hjh. Khadijah menyampaikan sumbangan kepada anak-anak miskin

Penerima sumbangan untuk anak-anak miskin dan wakil

Sebahagian anak-anak yatim yang menerima sumbangan

Anak-anak yatim yang menerima sumbangan

Doa selepas solat hajat untuk rakyat Palestin

sebahagian dari jemputan yang telah bersama dalam mengadakan solat hajat.

Pada 7 hb Januari 2009 bersamaan 10 Muharam 1430, Pergerakan Wanita UMNO Bahagian bersama Biro Agama Wanita UMNO Bahagian telah mengadakan sambutan Hari Asyura serta mengadakan solat hajat bagi rakyat Palestin dan juga mengadakan bacaan tahlil.
Pada majlis ini, Pergerakan Wanita UMNO Bahagian dan AJK Biro Agama Wanita Bahagian telah bergotong royong memasak 2 periuk bubur asyura untuk diagihkan kepada jemputan dan juga telah memberikan sedikit sumbangan kepada anak-anak yatim sambil mengusap ubun-ubun mereka.
Kehadiran anak-anak yatim adalah seramai 50 orang, dimana pada awalnya pendaftaran adalah seramai 60 orang. Tetapi disebabkan program ini diadakan pada waktu persekolahan, mereka tidak dapat hadir. Program ini telah menjadi satu program tahunan dimana setiap kali 10 muharam Pergerakan Wanita akan mendapatkan anak-anak yatim untuk diberikan sumbangan.
Pada program-program yang lepas, anak-anak yatim yang dikumpul hanya seramai 20 orang sahaja, tapi pada kali ini, Pergerakan Wanita telah mendapatkan seramai 60 orang.
Ini kerana Ybhg. Datuk Seri Ketua Bahagian telah bermurah hati memberikan sumbangan sebanyak RM3,000.00. Perbelanjaan yang selebihnya pihak kami telah mendapat sumbangan dari AJK Wanita Bahagian dan AJK Biro Agama serta orang perseorangan yang sudi menderma.
Selain itu, diadakan juga solat hajat bagi mendoakan agar rakyat Palestin tidak lagi diserang oleh Israel dan semoga negara mereka menjadi aman semula.
Bagi anak-anak miskin, sumbangan telah disampaikan oleh Puan Hajah Khadijah yang mewakili Ybhg. Dato' Johari Abd. Ghani, Timbalan Ketua UMNO Bahagian yang telah bermurah hati untuk membantu anak-anak ini untuk memulakan alam persekolahan mereka pada tahun ini.

1 ulasan:

jacker berkata...

You these things, I have read twice, for me, this is a relatively rare phenomenon!
handmade jewelry