Rabu, 7 Januari 2009

CERITA MELAYU MAKAN MELAYU ?








Ketika dunia menjerit kerana kezaliman Zionis Yahudi di bumi Palestin dan hari-hari kita tengok TV, tengok paper, gambar-gambar ngeri menyayat hati, anak-anak yang tidak berdosa hilang kepala, hilang kaki, daging berkecai akibat kekejaman Yahudi di Palestin, maka al-kisah, tersibarlah cerita dua buah parti pembangkang di dua buah negeri yang masa berkempen untuk menang pilihan raya macam-macam janji ditaburkan termasuk untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara kebajikan. Tetapi tak sampai setahun memerintah, macam-macam hal berlaku. Yang warga Titiwangsa cukup terasa, apabila kedua-dua buah negeri ini merampas dan mengunci pintu-pintu dewan yang menempatkan anak-anak pra sekolah yang dikendalikan oleh KEMAS. Padahal semua dewan atau sekolah yang dirampas itu dibina oleh BN.

Akibat daripada kerakusan dan gila kuasa kedua-dua pemimpin pembangkang ini, lebih daripada 13 ribu, anak-anak yang tidak berdosa dan memerlukan bimbingan yang secara keseluruhannya terdiri daripada anak-anak orang Melayu yang berpendapatan rendah hilang tempat belajar. Apakah mereka ini lebih kejam daripada Zionis Yahudi di Palestin?

Anak-anak di Palestin hancur berkecai kena bom, tetapi mereka mati syahid. Apa jadi kepada lebih 13 ribu anak-anak orang Melayu yang berpendapatan rendah yang merupakan perwaris bangsa apabila Kerajaan Perak di ketuai oleh PAS semantara di Selangor pula oleh PKR menutup pusat-pusat pra sekolah KEMAS yang disediakan puluhan tahun oleh Kerajaan BN untuk anak-anak orang Melayu yang tidak bernasib baik terutama untuk rakyat di luar bandar.

Di manakah letaknya roh Islam yang diperjuangkan oleh PAS selama ini? Kenapakah pucuk pimpinan PAS terutama Ustaz Nik Aziz berdiam diri? Apakah dengan merampas hak orang dan menutup sekolah-sekolah KEMAS yang dijadikan pusat pembinaan ilmu peringkat awal untuk anak-anak orang Islam ini tidak salah dalam Islam? Tidak kejam? Di mana Anwar Ibrahim? Apakah cara Kerajaan Selangor di bawah kepimpinan PKR yang membunuh masa depan anak-anak orang Melayu ini cara Anwar Ibrahim membina masyarakat Madani yang dilaung-laungkannya semasa dalam BN dulu?

Kepada warga Titiwangsa, segala tindak-tanduk PAS di Perak dan PKR di Selangor ini lebih kejam daripada Zionis Yahudi yang membunuh kanak-kanak di Palestin. Kita amat berharap pucuk kepimpinan kedua-dua parti pembangkang ini tolonglah tengok, janganlah bunuh masa depan anak-anak orang Melayu semata-mata kerana politik dan gila kuasa atau sudah terkunci mulut kerana nak jaga hati orang-orang dari DAP? Atau mungkin juga PAS di Perak dan PKR di Selangor jadi macam layang-layang. Terbang tinggi di awan, megah dan hebat, tetapi hujung talinya dikendali oleh DAP?

Para sahabat di Titiwangsa cukup malu kerana tempias daripada kedayusan orang Melayu daripada kepimpinan kedua-dua parti pembangkang itu ikut tersimbah ke muka. DAP terang-terang tolak hukum Hudud PAS dan cabar Anwar Ibrahim supaya buka mulut tentang hukum Hudud, tapi semuanya macam tercekik lubang tekak, tidak berani bersuara. Kita berharap, Kerajaan BN, walau dengan apa cara sekalipun mesti pertahankan KEMAS kerana di sinilah tempat bermulanya asas ilmu anak-anak orang Melayu khususnya yang tidak berduit. Kepada orang Melayu yang memberi sokongan kepada kedua-dua parti ini dalam PRU12 fikir-fikirlah! Jangan kerana terlalu taksub kepada parti, masa depan anak sendiri hancur lebur.

2 ulasan:

the revolution berkata...

Salam...

Saya amat sakit hati apabila perkara seperti ini terjadi...
Bukan saya ingin masuk campur urusan Kerajaan Negeri Perak tetapi pada pendapat saya, perbuatan ini sungguh kurang ajar dan kita sudah boleh label perbuatan ini sebagai BIADAP...

Mana letak nya keadilan??
Mana letaknya perikemanusiaan???
Mana letaknya imej ISLAM yang selama ini menjadi perjuangan???
Mana hilangnya keprihatinan seorang ISLAM???
Mana perginya ilmu agama yang dipelajari???

Jangan songkok sahaja tinggi, otak masih paras rendah lagi...
Jangan belajar je tinggi, tapi masih tidak boleh berfikir dengan rasional...
Jangan pangkat dan kuasa je tinggi, tapi pemikiran masih macam rakyat...
Jangan duduk di kerusi goyang kaki tapi rakyat tertindas di negara sendiri...

Jangan kita terlalu pentingkan kuasa dan duit semata-mata sehingga sanggup menjadikan anak bangsa sendiri tergadai masa depannya...
Jangan kita terlalu hanya mencari kepentingan peribadi sahaja sehingga anak bangsa sendiri ditindas...

kalau rakyat masih tidak sedar dengan perkara seperti ini, kita tak boleh nak kata apa tapi apa yang saya harap kan adalah kita yang beragama ISLAM, MELAYU ini dapat berfikir apa yang baik dan tidak...

Kalau pemimpin seperti ini lah pilihan kita, maka hancur lah masa depan...
Kalau pentadbir seperti ini lah yang kita cari, maka mundur lah negara ini...
kalau khalifah seperti ini lah yang kita pilih, maka jatuhlah maruah ISLAM...

Saya minta maaf sekiranya ada yang tersinggung dengan saya tetapi marilah kita bersama-sama merevolusikan diri dan pemikiran untuk kejayaan masa depan demi ISLAM, MELAYU dan NEGARA...

daripada,
REVOLUSI
http://merevolusikandiri.blogspot.com

Terima kasih... Salam...

intelligence berkata...

After reading the information, I may have different views, but I do think this is good BLOG!
runescape powerleveling