Rabu, 7 Januari 2009

PALESTIN OH PALESTIN!

Zionis Yahudi semakin kejam dan zalim. Semakin banyak anak-anak, wanita dan rakyat Palestin yang tidak berdosa terkorban. Maka melalaklah seluruh dunia. Berarak, membakar bendera Israel, bendera Amerika, memijak, memaki hamun Bush tetapi semuanya macam kita bersin musim tengkujuh. Seurat bulu romapun tidak jejas. Jadilah seperti kata pepatah, anjing menyalak bukit. Salaklah, pekiklah sampai mulut naik birat, tetapi bukit tetap utuh.

Selagi hantu Raya Amerika di belakang Israel, selagi itulah Zionis Yahudi jadi jemalang. kita tahu sejarah bangsa Yahudi. Mereka merupakan satu bangsa yang bangsat dan merepat di dunia. Tidak punya negara dan tidak ada negara di dunia yang sanggup menerima mereka, apabila dihalau oleh Hitler dari German dan membunuh lebih satu juga orang Yahudi.

Apa yang berlaku di Palestin adalah sebahagian daripada kesilapan dan kelalaian Umat Arab yang lampau. Pentingkan diri sendiri, berpecah belah dan berpuak-puak.

British yang merupakan sekutu kuat gerakan Zionis di dunia, pada 2 November 1917 telah mengistiharkan Deklarasi Balfour yang memberi jaminan dan akan berusaha dengan sedaya upaya untuk memwujudkan sebuah negara Yahudi di Palestin. Atas jaminan Kerajaan British yang merupakan salah sebuah kuasa besar dunia, maka berhijrahlah bangsa Yahudi Eropah dan Rusia secara besar-besaran ke bumi Palestin.
Rakyat Palestin yang kerdil dan dengan kebaculan dan kedayusan Negara-Negara Arab, walaupun kaya dengan hasil minyaknya, pada 29 November 1947, Sidang Pleno Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah memwartakan satu ketetapan yang dipanggil "Ketetapan 181" di mana 2/3 daripada bumi Palestin diserah kepada pendatang Yahudi, semantara rakyat Palestin yang menjadi penduduk peribumi hanya mendapat 1/3. Walaupun "Ketetapan 181" ini bercanggah dengan prinsip dan Perlembagaan PBB di mana PBB tidak mempunyai kuasa mencapuri urusan dan kebebasan negara-negara di dunia tetapi oleh kerana kedayusan wakil-wakil Negara-Negara Arab di PBB ketika itu, maka rakyat Palestin telah menjadi pengemis di negara sendiri dan menjadi ayam sembelihan sehingga ke hari ini.
Kepada Warga Titiwangsa, walaupun sedih dan marah, apakan daya kita? Cuma apa yang kita lihat, segala rentetan sejarah yang melanda rakyat Palestin itu patut dijadikan iktibar kepada kita di Malaysia khususnya orang Melayu. Inilah padahnya jika kita begitu ngairah berpolitik, mengila mencari kuasa untuk agenda peribadi, berpecah belah dan sanggup menghabiskan wang jutaan ringgit untuk membeli kuasa sedangkan untuk memberi sumbangan untuk kerja-kerja amal dan membuat kebajikan, lepas kira, kira, macam ceti!

Apa guna kononnya Melayu ada kuasa, sedang kita papa kedana? Kiri kanan kita terhimpit. Ekonomi negara di tangan orang. Kalau ada yang tercicir sikit-sikit dicekup pula oleh pendatang asing. Habis Melayu macam mana? Warga Titiwangsa yang hidup di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur kadang-kadang dilanda oleh ketakutan. Melayu memang jelas terpinggir. Anak-anak remaja Melayu semakin banyak terlibat dengan pelbagai ragam masalah sosial. Penjaja dan peniaga kecil Melayu semakin tertekan.
Jika kita terus lalai, jika kita terus-terusan lebih suka menjaga perasaan orang lain daripada perasaan anak bangsa sendiri, mabuk dengan harta benda, hingga lupa segala-galanya, kita bimbang, orang Melayu juga akan menjadi rakyat Palestin. Jadikanlah sejarah hitam rakyat Palestin sebagai pengajaran kepada kita! Melayu mesti pertahankan tanahairnya, walau dengan apa cara seakalipun!

2 ulasan:

aileb berkata...

inilah dia satu contoh yang terbaik.

orang melayu malaysia masih lagi lalai dengan apa yang telah berlaku. kenapa ramai melayu yang mementingkan diri sendiri, hanya segelintir melayu yang berjaya membantu melayu yang lain. mengapa melayu yang kaya raya ini tidak cuba untuk mengusai ekonomi malaysia dan tidak cuba menghalang bangsa-bangsa asing dari terus menakluk ekonomi malaysia.
melayu malaysia semakin terpinggir dengan kebebasan bersuara. terpinggir dek kerana bangsa asing yang semakin menguasai bumi malaysia. melayu hanya tinggal nama sahaja di malaysia. sebaliknya bangsa asing terus dengan rakus menguasai bumi malaysia dari segi ekonomi, pendidikan, memonopoli pelbagai bidang industri dan lain-lain lagi mengecapi nikmat dibumi malaysia.melayu yang menjadi majoriti kini seolah-olah minoriti di bumi bertuah malaysia.

renungkanlah nasib bangsa kita dimasa akan datang. dimana waris kita akan berpijak dan menapak?

googler berkata...

I will pass on your article introduced to my other friends, because really good!
wholesale jewelry