Rabu, 28 Januari 2009

"ORANG KECEWA" MUSUH UMNO !!!

Kita orang Islam selalu digalakkan supaya sentiasa berdoa, moga-moga Allah memberi kekuatan, jangan cepat kecewa dan berputus asa kerana inilah antara elemen terpenting dalam setiap kehidupan. Jika kita seorang suami dan seorang ayah, apabila cepat kecewa dan berputus asa, rumah tangga akan musnah. Jika kita seorang pemimpin, negara dan bangsa akan hancur dan jika kita orang politik, parti yang kita junjung akan menjadi porak-peranda.

Kita semua tahu, untuk menjadi seorang pemimpin yang baik, bukan mudah. Yang jelas kekuatan mental amat penting, kerana bidang politik seolah-olah membina sebuah kehidupan di tengah lautan. Ombak dan badai datang tidak diduga, ribut dan taufan pula datangnya tidak pernah dijemput. Jika lemah, kita akan tumbang. Inilah cerita sesetengah orang UMNO zaman moden ini, cepat merajuk, kecewa dan suka meminta balasan jika membuat sesuatu, jika segala kehendak mereka tidak tercapai, maka akan jadilah ia seperti ADUN Bota, Dato' Nasaruddin Hashim, keluar UMNO dan masuk PKR. Inilah stail sesetengah pejuang UMNO hari ini.

Dulu apabila Anwar Ibrahim sibuk mencanangkan bahawa banyak YB Barisan Nasional akan keluar parti dan masuk PKR, kita mulai cuak dan risau kepada YB daripada parti-parti Komponen BN, tetapi rupa-rupanya, YB UMNO yang selama ini kita cukup yakin dengan kesetiaan mereka tiba-tiba yang melompat. Kemana muka kita nak letak? Sibuk menjaga tepi kain orang lain, tiba-tiba seluar dalam sendiri yang terkoyak.

Sesungguhnya, apa yang dilakukan oleh ADUN Bota itu tidak boleh dipandang remeh. Ini merupakan satu lagi signal bahawa UMNO sekarang ini benar-benar sedang berada di hujung jurang. Tetapi para sahabat di Titiwangsa merasa pelek dan terasa nak tergelak apabila membaca kenyataan media Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak, Dato Seri Tajol Rosli yang menganggap tindakan ADUN Bota, Dato Nasaruddin Hashim keluar UMNO dan masuk PKR itu merupakan bermulanya episod baru untuk UMNO Perak bekerja untuk perkuatkan parti.

Tindakan ADUN Bota itu, tegas Dato Seri Tajol, juga tidak sedikitpun menjejaskan kekuatan UMNO Perak. Para sahabat tersipu-sipu malu apabila ada yang tanya, di Perak masih ada ke lagi UMNO? Kalau masih ada dan kuat kenapa Perak jatuh kepada parti pembangkang? Inilah gelagat pemimpin UMNO. Kampung halaman sudah tergadai, dah karampun satu kapal dan tengah tercunggap-cunggap nak mati lemas masih lagi cakap besar dan tidak mahu mengaku kekurangan dan kelemahan diri.

Sikap yang sebeginilah yang kadang-kadang bukan sahaja orang bukan ahli UMNO pandang menyampah, kepada orang UMNO sendiripun rasa jijik. Apakah orang-orang seperti Datok Seri Tajol Rosli ini masih tidak sedar lagi bahawa UMNO hari ini tengah nazak? Apakah sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO di sebuah negeri yang diperintah oleh pembangkang masih lagi syok sendiri, masih lagi merasakan diri besar dan kuat? Sepatutnya Tajol Rosli cukup sedar dan insaf, Perak tergadai, ADUN BN keluar parti mesti mempunyai hubung-kait dengan kelemahan dan kekurangan kita yang diamanahkan oleh pucuk pimpinan untuk menjaga Negeri Perak.

Tertalu banyak tanggung-jawab dan tugas yang mesti diselesaikan oleh pucuk pimpinan baru UMNO dan kerajaan selepas bulan Mac ini. Presipsi orang UMNO terhadap parti mesti diberi keutamaan, mesti diubah. UMNO bukannya lombong emas untuk mencari kekayaan. UMNO bukannya untuk orang yang boleh membuat pelbagai tuntutan dan ugutan untuk mendapatkan sesuatu. Apabila tak dapat apa yang dikehendaki sanggup tabur fitnah, sanggup jadi gunting dalam lipatan. Sanggup keluar parti dan maki hamun UMNO. UMNO bukannya untuk membentuk manusia menjadi sombong dan angkuh. Memang payah dan susah nak ubah, tetapi pada hakikatnya, inilah antara rempah ratus yang boleh dijadikan ramuan utama untuk melahirkan UMNO yang sejati. UMNO untuk rakyat, bukannya UMNO hanya untuk segelintir manusia. Jika acuan ini tidak dapat diubah, payahlah untuk parti orang Melayu ini bangkit semula.

6 ulasan:

network manager berkata...

adun bota kuwar parti bukan totally salah tajol rosli. common laaa.... dah buta ke tak nmpk bangkai gajah dan ikan paus yg pakhelah buat tuh?
tatau laa nak ckp ape lagi... kalo kj mng KP lagilaaa huru hara umno...
adun bota dah biasa mkn guna sudu emas, tiba2 bagi guna sudu besi tak tahan karat... mmg laa member tuh blah!

the revolution berkata...

salam buat semua...

Sebenarnya terlalu banyak sebab dan punca yang boleh dijadikan faktor ADUN Bota lompat parti....

Tetapi kalau kita lihat pada dasar perjuangannya, adakah beliau telus dan ikhlas dalam memperjuangkan ISLAM, MELAYU dan NEGARA???

ini masalahnya....
Cuba kita lihat...
Beliau sudah jadi ADUN,
apa yang beliau x dapat ialah ketua bahagian...
Ini bukan faktornya kerana perjuangan Dato' Nasaruddin Hashim bukan perjuangan parti sebab itu beliau keluar...
Tetapi beliau tidak ikhlas dalam perjuangan yang menjadikan rakyat sebagai tunggaknya...
Sebab itu beliau memilih parti lain...
Sebab beliau tahu dalam UMNO Perak, beliau tidak dapat apa yang beliau mahu kerana BN sudah menjadi pembangkang...

Apa perjuangan beliau???
Apa yang beliau mahu???
ada lagi ke yang tak dapat???
Sedangkan beliau sudah jadi ADUN...

Sebenarnya, isu ADUN Bota ini ialah isu krisis perjuangan...
ini lah dasar yang menjadi faktor utama isu lompat parti ini...
faktor lain itu hanya cebisan2 sahaja dan ada antaranya tidak munasabah pun.......
Jangan jadikan parti sebagai mangsa kepada kepentingan peribadi...
Kalau perjuangan kita ada sedikit perbezaan dengan perjuangan parti, kenapa kita tak ketengahkan perjuangan itu dalam parti???
Kalau perjuangan kita ikhlas demi ISLAM, MELAYU dan NEGARA, kenapa perlu memilih parti????

Apabila kita sudah menjadi ADUN, kita boleh perjuangkan perjuangan kita dalam Dewan dan tak perlu pilih parti lain walaupun kita jadi pembangkang...
selagi perjuangan kita ikhlas dan betul, tiada siapa yang akan menentangnya..
Inilah yang perlu diterapkan dalam setiap wakil Rakyat tidak kiralah dari mana pihak sekali pu...

Oleh,
The Revolution,
http://merevolusikandiri.blogspot.com

Terima kasih... Salam...
Selamat Berjuang...

Tanpa Nama berkata...

salam the revolution n buat semua... saya setuju dgn pandangan revolution..

Dato Nasa BOTA kita dah nampak bahwa beliau ada la orangnya x jujur & x ikhlas, orang sebegini dilaknatkan oleh tuhan kerana x ada amanah terhadap pengundi2 di ADUN BOTA.. kepercayaan rakyat BOTA terhadap beliau telah diketepikan demi kepuasan diri sendiri. Beliau dulu ada jawatan di agensi kerajaan, ada jawatan di UMNO Bahagian, tetapi setelah semua jawatan ditarik & tewas maka timbul perasaan kecewa peribadi dan luahkan dan dipersalahkan UMNO.. ini la seorang perjuang penting diri sendiri.. cukup la dgn kekayaan selama ini.. hari ini nak buat kekayaan dengan mempergadaikan pengundi2 BOTA pulak..kita tau PKR menjanjikan sesuatu yang lumayan kpd Dato Nasa, olehitu beliau menjadi katak batu melompat serta memanggil2 hujan agar turun dgn lebatnya.. Dulu semasa ada jawatan beliau ini bukan mesra dgn ahli-ahli UMNO lebih2 lagi dengan rakyat.. kita kena ingat kesenangan & kesusahan itu datangnya dari tingkah laku kita sendiri.. hari ini beliau dah main wayang tinggi pulak.. harap2 pemimpin UMNO kena sedar diri, pemimpin kena bertanggungjawab dan amanah yg telah diberikan kalau tidak dilaksanakan maka dilaknatkan umat & tuhan.. Bagi Dato' Nasa BOTA tunggu la masa & bersiap sedia la apa balasan yg akan d terima kpd beliau dan juga kpd keluarga mu.. sekian wasalam..

Tanpa Nama berkata...

ADUN BOTA dah patah balik dah.... jilat ludah pon sanggup!

Tanpa Nama berkata...

ADUN BOTA dah patah balik dah.... jilat ludah pon sanggup!

Tanpa Nama berkata...

ADUN BOTA dah patah balik dah.... jilat ludah pon sanggup!