Rabu, 8 April 2009

BN GAGAL BANYAK HIKMAHNYA !

Kegagalan BN untuk merampas kembali kerusi Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau dalam pilihan raya kecil semalam, sesungguhnya banyak menimbulkan persoalan dan tanda tanya di kalangan kita. Apakah yang dicari-cari oleh para pengundi di kedua-dua kawasan ini? Satu kehidupan yang baik ataupun kecelaruan yang terhasil daripada adu-domba politik perkauman yang sudah pasti akan menghuru-harakan negara?

Selama sebelas bulan Pakatan Rakyat memerintah termasuk Parlimen Bukit Gantang dan DUN Bukit Selambau, apakah untungnya kepada rakyat? Yang jelas ialah tercetusnya pelbagai masalah dan huru-hara sehingga terabai segala tanggung-jawab yang diamanahkan oleh rakyat kepada mereka.

Walau apapun, kepada Tok Selampit, kegagalan BN merampas Bukit Selambau dan Bukit Gantang sesungguhnya mempunyai banyak hikmah dan pengajarannya. Yang jelas ialah untuk memantapkan kepimpinan Dato Seri Mohd Najib sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri. Biarlah onak dan duri merintangi jalan, daripada karpet merah dan paluan kompang menyambutnya. Onak dan duri merupakan resipi daripada satu keinsafan dan kehalusan budi, kerana inilah antara ciri-ciri kepimpianan yang sejati.

Jika karpet merah dan paluan kompang menjadi penyeri, terlalu banyak ujian dan kepalsuan yang datang tanpa disedari. Apabila kepalsuan tersirat dihati, maka hilanglah maruah dan harga diri. Jadi riak, terkabur dan lupa diri. Akhirnya hancur musnah. Dalam bahasa yang mudah, Tok Selampit lebih suka Najib belajar susah dan jerih payah kerana semua orang tau, Najib seorang anak bertuah, daripada mula muncul sebagai wakil rakyat dan menteri besar yang termuda dalam sejarah negara, sehingga menjadi persiden parti dan seorang perdana menteri, politik Najib tidak pernah di lambung ombak dan gelombang.


Tok Selampit --- biar pengalaman mengajar dan mematangkan kita.

2 ulasan:

The Revolution berkata...

Salam...
Salam Hormat...
Salam Perpaduan...

Apa untung rakyat???
Jangan tanya apa untungnya rakyat....
Kita kena faham sendiri bahawa rakyat sekarang bukan macam dahulu...
Rakyat sekarang tidak kira keuntungan mereka...
Rakyat sekarang tidak pentingkan hak mereka...
Kenapa????

Bila seseorang itu taksub terhadap pemimpinnya, tidak kira apa sekalipun pemimpin mereka buat...
Buat maksiat sekalipun masih menjadi pilihan mereka...
Ini yang terjadi sekarang di Malaysia ini...
Kepentingan diri sebagai rakyat diletakkan di bawah sekali tetapi kepentingan pemimpin perlu diutamakan...
Inilah dia sikap puak atau pihak yang taksub terhadap pemimpin atau parti itu...

Terima Kasih...
Salam...
SELAMAT BERJUANG....

Tanpa Nama berkata...

tok selampit.. tok selampit.. saya nampak najib ni melantik kabinet orang2 dia & orang tun m jer.. rasa saya, kepala najib telah di pegang oleh tun m.. apa kah ini pemimpin yg boleh ditarik hidung.. konon2 nya najib melantik orang2 yg bersih.. beliau sendiri telah digelar MR. 10%.. bersih apa?? semua orang tau!!! siapa nak jawab pula chief inspector AZILAH & coperal SIRUL yg telah d HUKUM GANTUNG!!!!! betul2 jadi kambing hitam..