Disini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya AdilFitri dan ingin meminta maaf jika ada terkasar bahasa atau menyinggung perasaan kepada seluruh pembaca blog ini terutama kepada seluruh warga Titiwangsa atau anak Titiwangsa tidak mengira bangsa, keturunan dan berlainan fahaman politik ingatlah kita semua umat islam.
Ahad, 28 September 2008
Selamat Menyambut AidilFitri
Disini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya AdilFitri dan ingin meminta maaf jika ada terkasar bahasa atau menyinggung perasaan kepada seluruh pembaca blog ini terutama kepada seluruh warga Titiwangsa atau anak Titiwangsa tidak mengira bangsa, keturunan dan berlainan fahaman politik ingatlah kita semua umat islam.
Jumaat, 26 September 2008
AL-FATIHAH - DRS. LOKMAN ZEN
Sejak 1990 beliau bertugas sebagai pensyarah di Jabatan Persuratan Melayu, UKM Bangi. Sebagai seorang ahli Akademik beliau giat menjalankan penyelidikan dan penerbitan hasil tulisannya dalam bidang senirupa dan kesenian Melayu tradisional. Konsep estetika dikalangan masyarakat Minangkabau dan sebagainya. Sejak 1990 beliau telah mula menjalankan penyelidikkannya mengenai sejarah pertumbuhan dan perkembangan Kampung Baru.
Beliau adalah Ketua UMNO Cawangan Persiaran UTM, dan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Titiwangsa,WP. bagi penggal 2004 / 2008
Jenazah kini berada di Padang, Sumatera Barat, Indonesia dan akan di terbangkan ke Tanah Air dan dijangka tiba esok di KLIA jam 10.00 pagi bersamaan Sabtu 27 September 2008. Jenazah akan dikebumikan di Tanah perkuburan Islam, Batu 2 Jalan Ampang pada hari yang sama-insyaallah.
UMNO Bahagian Titiwangsa telah kehilangan satu lagi perjuang bangsa pada hari ini.
Isnin, 22 September 2008
SIAPA LWN SIAPA???
Jumaat, 19 September 2008
SUMBANGAN UNTUK ANAK-ANAK YATIM DAN IBU TUNGGAL BAHAGIAN TITIWANGSA
Turut serta dalam majlis ini Ybhg. Dato' Seri Dr Suleiman Mohamad dan isteri, Dato' Johari Ghani serta Saudara Affendi Zahari. Pergerakan Wanita dan seluruh peserta yang hadir sangat gembira dan mengucapkan jutaan terima kasih diatas kesudian Ybhg. Dato' Seri untuk bersama dalam majlis ini walaupun pada masa yang sama beliau mempunyai satu lagi program namun beliau masih ada ruang untuk menghabiskan masa bersama anak-anak yatim ini.
Isnin, 15 September 2008
PEMIMPIN YANG PERIHATIN
Apabila mendapat tahu salah seorang ahli UMNO cawangan tersebut tidak dapat bersama-sama dalam mesyuarat kali ini, dengan diiringi Ketua UMNO Cawangan Mengkudu Lebuhraya, tanpa berlengah mereka terus ke rumah beliau. Disitu mereka telah meluangkan masa hampir 45 minit dengan mendengar luahan hati dari Saudara Mat Rashid yang telah mengidap penyakit tesebut sejak 4 bulan yang lalu. Beliau juga tidak mampu bekerja serta menanggung anak yang masih bersekolah.
Ini lah yang dikatakan pemimpin yang perihatin dan bukan pemimpin yang bermusim. Sentiasa bersedia menolong ahli-ahli UMNO yang menghadapi masalah. Tidak kira masa dan tempat, jika berkesempatan pasti mereka akan sampai untuk membantu.
Ahad, 14 September 2008
ISU PERTANDINGAN DI TITIWANGSA
untuk berita penuh
Jumaat, 12 September 2008
Raja Petra Ditahan Bawah ISA
Blogger Raja Petra Kamaruddin telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Negeri (ISA), kata isterinya Marina Lee Abdullah. Raja Petra kemudiannya dibawa polis dari rumahnya pada jam 1.50 tengahari ke lokasi yang tidak diketahui. Pada 6 September lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar telah memberi amaran bahawa editor lamanweb Malaysia Today itu mungkin dikenakan ISA kerana menyiarkan komen yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad. Lamanweb Malaysia Today telah disekat sejak minggu lalu, tetapi sekatan itu telah ditarik balik semalam. Sebelum ini, Raja Petra telah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menghasut dan memfitnah selepas mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu. Artikel dari Malaysiakini |
UNTUK ORG MELAYU SAHAJA!!!!!!
Renung-renungkan lah…..
paklah tertekan..
pembangkang menekan...
melayu same melayu bermusuhan..
cina n india bertepuk tangan...
nak takluk malaysia da lama dorang idamkan...
hak bumiputera bukan lagi satu keistimewaan. . ..
cina ngan india dah jadik johan!
pkr mengganas...
anwar kuarkan idea 'bernas'...
orang umno hati panas...
mca n mic pandai nak kipas...
DAP tetap pilihan cina n india yang teratas...
dorang sokong PKR tu ader 'nas'...
pernah satu tmpt dimana ahli parlimen cina berkata...
saya luar saja BN..dalam hati DAP juga...
kenapa melayu buta mata?
gaduh je yang dorang suke..
kenapa?....nak tunjuk yang korang berkuasa?
padehal negara di hujung nyawa..
bumiputera dinafikan hak sekeras-kerasnya. ..
itu ke yang orang melayu suka?
demonstrasi sini sana ...
bikin kacau bilau satu negara...
cina india duduk rumah gelak2 tgk brita...
betapa orang melayu pun dah tak sekuat mana..
mane melayu di masa muka?
anak cucu korang gak yang jadi mangsa..
di perak satu hal....
cina diberi tanah hak milik kekal...
di mana undang2 tubuh negeri perak tak pnh melakukan perkara sebegitu yg tak masuk akal...
skrg melayu yg rugi n tertinggal.. .
MB pun satu...rujukla org2 atau undang2 yang dah dibekal...
jangan buat keputusan yang tak masuk akal...
smate2 nak tunaikan janji mase plihanraye yg dah terlafaz..
cina india otak bijak..
skarang dorang sokong la PAS n PKR, lepas krajaan da jatuh,dorang akan pijak!
kalau anwar jadi perdana menteri..
jika ditakdirkan tuhan keesokkannyer dier mati...
sape yang akan mengganti?
ahli tertinggi PKR,cina dan india sedia menanti...
orang melayu yang bijak n pandai n yg kuat PKR kan semua dah kuar parti...
last2 cina india jadi perdana menteri..
hak melayu slama-lamanya dinafi..
di malaysia melayu jadi kuli..
cina india suke hati lagi..
ha melayu...nak sengih lagi?
ade hati nak demonstrasi lagi?
mase tu sape pun tak pduli
pade dorang...lbih baik mlayu mati..
skarang cina india tgh menanti..
paklah undur,najib jadi pengganti...
tapi bila najib jadi perdana menteri..
cina/india dah buat prangkap lagi...
najib akan terjerat oleh skandal sendiri...
tyme ni cina n india hentam najib sparuh mati...
hentaman ini akan berlaku dikala krajaan blom tetapkan penerus generasi perdana menteri...
krajaan pade mase itu takkan dihormati...
peristiwa 13 mei akan berlaku lagi...
ha melayu...gelak la lagi..
bergaduh la sesame sendiri...
tak mustahil org melayu malaysia akan jadi spt org melayu di singapura...
disekat keistimewaan di mana2..
terabai seperti bangkai bernyawa..
SEDARLAH ORANG MELAYU...
TAK GUNE BERMUSUHAN ANTARA PARTI..
TAK KISAHLA BN KE...PAS KE....
TOLONG LA BERSATU PADU..
NI BUKAN PASAL ISLAM SHJ...TETAPI PASAL MARUAH BANGSA...
PKR TU BONEKA JE..
CINA INDIA SOKONG PUN SBB UNTUK KEPENTINGAN DIRI SENDIRI...
TOLONG LA BUKAK MATE SKET!!!
TAKYAH LA NAK GULINGKAN KERAJAAN...
FIKIR LA SKET NASIB MELAYU..
DAH LA PEMERINTAH DAHULU PENAT2 NAK DPTKAN KEMERDEKAAN TANAH MELAYU... ORANG MELAYU ...NAME PUN TANAH MELAYU OII...
SEDARLAH SIKIT...
SAPE YANG NAK BELA MELAYU KALAU BUKAN ORANG MELAYU?
SAPE????????
CINA N INDIA BUKANNYE NAK BELA ORANG MELAYU...KORANG JE YANG TERHARAP2...
MELAYU AKAN BELA MELAYU..
TAK KESAH LA BETAPA TERUKNYE DIRI DIER...TERUKNYE PERSONALITI DIER..
JAUH DI SUDUT HATI...TETAP ADE RASE TANGGUNGJWB PD ORG MELAYU..
SEDARLA...
FIKIR SKET ANAK CUCU...JANGAN FIKIRKAN KITE JE...
TOLONG SEBARKAN PADA SEKALIAN ORANG MELAYU...
SLMTKAN MARUAH MELAYU..
UBAHLAH SEKARANG.... .
PAS ATAU UMNO ATAU PKR DAH LAA....
BERSATU LAAA ORANG MELAYU....
DEMI ANAK-ANAK DAN CUCU....
Artikel Sumbangan Morizzz....
ANTARA PENDATANG & PENUMPANG
Khamis, 11 September 2008
Teka-Teki Imam Al-Ghazali Untuk Orang Titiwangsa
Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya ( Teka-Teki ) :
Imam Ghazali : ” Apakah yang paling dekat dengan diri kita didunia ini?”
Murid 1 : ” Orang tua ”
Murid 2 : ” Guru ”
Murid 3 : ” Teman ”
Murid 4 : ” Kaum kerabat ”
Imam Ghazali : ” Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185). ”
Imam Ghazali : ” Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini? ”
Murid 1 : ” Negeri Cina ”
Murid 2 : ” Bulan ”
Murid 3 : ” Matahari ”
Murid 4 : ” Bintang-bintang ”
Iman Ghazali : ” Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama. ”
Iman Ghazali : ” Apa yang paling besar didunia ini? ”
Murid 1 : ” Gunung ”
Murid 2 : ” Matahari ”
Murid 3 : ” Bumi ”
Imam Ghazali : ” Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”
Imam Ghazali : ” Apa yang paling berat didunia ”
Murid 1 : ” Baja ”
Murid 2 : ” Besi ”
Murid 3 : ” Gajah ”
Imam Ghazali : ” Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah(pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”
Imam Ghazali : ” Apa yang paling ringan di dunia ini? ”
Murid 1 : ” Kapas ”
Murid 2 : ” Angin ”
Murid 3 : ” Debu ”
Murid 4 : ” Daun-daun ”
Imam Ghazali : ” Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat ”
Imam Ghazali : ” Apa yang paling tajam sekali didunia ini”
Murid-Murid dengan serentak menjawab : “Pedang ”
Imam Ghazali : ” Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri “
Ps: Justeru itu mana-mana yang berhasrat untuk menjadi pemimpin.... maka renung-renungkan lah kata-kata hikmah di atas, mudah-mudahan anda beroleh pimpinan dan pemimpin yang baik...
Selasa, 9 September 2008
Jika Benar Apa Yang Di Katakan....
Pakatan Rakyat: 82 kerusi (Ahli Parlimen Islam - 43 kerusi; MP bukan Islam - 39 kerusi)
KATAKANLAH...........
Jika 30 Ahli Parlimen BN yg lompat, 5 Islam 25 bukan Islam, maka Pakatan Rakyat jadi 48 Ahli Parlimen Islam & 64 Ahli Parlimen bukan Islam!..
Selasa, 2 September 2008
Berita Gempar - SMS Kronologi Anwar Sebagai PM
Dato' Seri Anwar Ibrahim Chronology For PM
2/9/2008 - Dato Seri Anwar Ibrahim In Sabah Wrap Up Negotiation
5/9/2008 - Party In Sabah & Sarawak Quit BN
6/9/2008 - Semanjung Party Except MCA/MIC Quit BN
7/9/2008 - YB BN Lombat
8/9/2008 - 5 Menteri Quit
9/9/2008 - Parlimen Sidang Tergempar
10/9/2008 - PM Abdullah Resign
12/9/2008 - Usul Dato' Seri Anwar Ibrahin For PM
15/9/2008 - Dato' Seri Anwar Ibrahim Jumpa Agung
16/9/2008 - Dato' seri Anwar Ibrahim elected as 6th Prime Minister of Malaysia
Sekiranya berita ini benar alamat UMNO sebagai parti tertua yang memerintah didunia di kuburkan oleh ahli UMNO sendiri...
Titiwangsa Kini - Forum Terbuka
Tujuan dan matlamat blog ini dibangunkan adalah untuk memberi peluang kepada sesiapa saja untuk mengemukakan pandangan.
Kesedaran ini terhasil daripada komen teman-teman dalam Titiwangsa dimana mereka tiada Platform untuk menyuarakan pandangan disamping itu saya percaya kebebasan ini haruslah dipraktikkan di Titiwangsa agar kerja membaiki keadaan sosial dan politik semasa di Titiwangsa dapat dijalankan oleh pihak yang berkenaan.
Titiwangsa yang terdiri dari Kg. Baru, Datuk Keramat, Kg. Pandan dan Setapak merupakan tempat frontline Melayu dan tanah ini punya sejarah tersendiri.
Bagi mengelakkan blog ini berat sebelah saya buka pada sesiapa sahaja untuk mengemukakan artikel... dan diruang komen pula anda bebas memberi komen sama ada dengan cara terbuka (dengan nama) mahupun sekadar mengunakan nick anonymous..
Walau bagaimanapun haruslah diingat janganlah sampai melanggar batas dengan artikel atau komen yang memaki hamun..
Mungkin pelayar blog ini masih belum ramai justeru itu ada kemungkinan komen-komen menjurus kepada individu tertentu... Berdasarkan hits... blog ini dilayari lebih daripada 100 orang sehari dan telahpun mencapai hits yang ke 20 ribu dalam tempoh sebulan semenjak ia ia dilancarkan pada 1 Ogos 2008. Pada pandangan saya peluang ini haruslah direbut memandangkan tulisan anda bakal dibaca oleh lebih daripada ratusan ribu bloggers dimasa yang akan datang...
Penyertaan Seri Manis, Aileb dalam mengemukakan artikel saya hargai dan saya jemput kepada mereka yang telah diklasifasikan sebagai contributor saya jemput untuk menyemarakkan lagi blog ini...
Dari segi confidentiality atau kerahsiaan... Blog ini dibangunkan dibawah Platform Google dimana tahap sekuritinya berada pada kelas yang tertinggi. Kalau para bloggers khuathir lokasi mereka diketahui melalui IP.. anda tidak perlu risau kerana selaku moderator saya tidak mampu berbuat demikian kerana domain ini adalah public bloggers... untuk mengakses rekord pelayar internet saya perlulah menjadi taukeh atau boss Google dahulu...
Komenlah apa yang hendak komen... tulislah artikel berkenaan apa saja asalkan tak menghina, berunsur lucah dan memaki hamunn..
Kalau segan nak pos e-mail kat sini anda boleh email kat saya untuk di upkan sebagai kontributor... seat terhad untuk 50 Orang sahaja..
Selamat Berkarya
ckurapwarison@gmail.com
Isnin, 1 September 2008
DILEMA SEORANG PEMIMPIN
Ini lah perkara yang sering bermain-main di fikiran seorang pemimping. Jika di bagi wang harapan untuk menang dalam pertandingan cerah, jika tidak di bagi tiada harapan untuk menang. Kepada pemimpin yang berduit tidak ada masalah, berbeza pada yang tak berduit. Inilah sindrom yang semakin mencengkam.
Tapi tidak boleh salahkan pemimpin semata-mata. Lihat pada akar umbi. Ada pulak golongan yang suka meminta-minta. Budaya ini yang harus dijauhi. kalau nak menang, bagi ......., kalau tak, undi orang lain..........
fikirkan lah yang terbaik.