Ahad, 28 September 2008

Selamat Menyambut AidilFitri


Disini saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya AdilFitri dan ingin meminta maaf  jika ada terkasar bahasa atau menyinggung perasaan kepada seluruh pembaca blog ini terutama kepada seluruh warga Titiwangsa atau anak Titiwangsa tidak mengira bangsa, keturunan dan berlainan fahaman politik ingatlah kita semua umat islam.

Saya berharap agar semua warga Titiwangsa terutama Dato Keramat dapat bermaaf-maafan dan hidup bersatu padu utk membangunkan Titiwangsa.Walaupun Sekarang Ahli parlimen kita wakil dari Pas iaitu Dr Lolo' dan Dato' Seri Suleiman jgnlah pula dihari raya ini tidak menjemput org Pas atau org umno ke majlis rumah terbuka masing2.

Lupakanlah sementara ideologi politik masing2 di Hari yg mulia ini. Tidak lupa kepada yg Bertanding pada perhimpunan bahagian UMNO supaya dapat bersama2 melupakan sekejap tentang pertandigan di hari raya tahun ini.

Saya berdoa agar seluruh warga Titiwangsa akan dapat meraikan Hari Raya ini dgn penuh kebahagiaan dan kesyurkuran .

Disini sekali lagi saya ingin meminta maaf dan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDLFITRI.

2 ulasan:

Tangkap Antu aka Ghosbuster berkata...

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin...

Mana-mana yang terasa takleh lah saya buat apa-apa kerana kebenaran jua..

Lepas raya kita sambung sesi kutuk mengutuk ye..

kuda_emas58 berkata...

Kepada rakan2 seperjuangan umno di titiwangsa. Selamat Menyambut Hari Raya semuga berbahagia di samping keluarga dan sanak saudara di hari lebaran yang meriah ini.