Jumaat, 26 September 2008

AL-FATIHAH - DRS. LOKMAN ZEN


Lokman Haji Mohd. Zen ialah anak Kampung Bahru dilahirkan pada 1957, bersekolah rendah dan menengah di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya, melanjutkan pelajaran di Institut Keguruan dan Ilmu Pendidikkan (IKIP) di Padang, Indonesia dengan mendapat ijazah Doctorandus seterusnya melanjutkan pelajarannya ke peringkat Sarjana Sains di Universitas Padjadjaran, Bandung, Indonesia.

Sejak 1990 beliau bertugas sebagai pensyarah di Jabatan Persuratan Melayu, UKM Bangi. Sebagai seorang ahli Akademik beliau giat menjalankan penyelidikan dan penerbitan hasil tulisannya dalam bidang senirupa dan kesenian Melayu tradisional. Konsep estetika dikalangan masyarakat Minangkabau dan sebagainya. Sejak 1990 beliau telah mula menjalankan penyelidikkannya mengenai sejarah pertumbuhan dan perkembangan Kampung Baru.

Beliau adalah Ketua UMNO Cawangan Persiaran UTM, dan Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Titiwangsa,WP. bagi penggal 2004 / 2008

Jenazah kini berada di Padang, Sumatera Barat, Indonesia dan akan di terbangkan ke Tanah Air dan dijangka tiba esok di KLIA jam 10.00 pagi bersamaan Sabtu 27 September 2008. Jenazah akan dikebumikan di Tanah perkuburan Islam, Batu 2 Jalan Ampang pada hari yang sama-insyaallah.

UMNO Bahagian Titiwangsa telah kehilangan satu lagi perjuang bangsa pada hari ini.

5 ulasan:

aileb berkata...

AL-FATIHAH UNTUK ABANG LOKMAN. TAKZIAH UNTUK KELUARGA BELIAU. SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT DI BULAN RAMADHAN INI

Anak Melayu77 berkata...

salam takziah buat keluarga allahyarham kekanda lokman. semoga tabah menempuhi dugaan yang telah diberi oleh Allah S.W.T. dan saya berdoa agar roh allahyarham kekanda lokman ditempatkan bersama golongan orang yang beriman serta dicucuri rahmat. Amin.

Tanpa Nama berkata...

Mudah-mudahan rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh

Dato' Keramat berkata...

takziah buat keluarga allahyarham lokman. semoaga tabah menghadapi dugaan.

Tanpa Nama berkata...

takziah buat keluarga allahyarham lokman. semoaga tabah menghadapi dugaan dan juga Mudah-mudahan rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh