Selasa, 2 September 2008

Titiwangsa Kini - Forum Terbuka



Tujuan dan matlamat blog ini dibangunkan adalah untuk memberi peluang kepada sesiapa saja untuk mengemukakan pandangan.

Kesedaran ini terhasil daripada komen teman-teman dalam Titiwangsa dimana mereka tiada Platform untuk menyuarakan pandangan disamping itu saya percaya kebebasan ini haruslah dipraktikkan di Titiwangsa agar kerja membaiki keadaan sosial dan politik semasa di Titiwangsa dapat dijalankan oleh pihak yang berkenaan.

Titiwangsa yang terdiri dari Kg. Baru, Datuk Keramat, Kg. Pandan dan Setapak merupakan tempat frontline Melayu dan tanah ini punya sejarah tersendiri.

Bagi mengelakkan blog ini berat sebelah saya buka pada sesiapa sahaja untuk mengemukakan artikel... dan diruang komen pula anda bebas memberi komen sama ada dengan cara terbuka (dengan nama) mahupun sekadar mengunakan nick anonymous..

Walau bagaimanapun haruslah diingat janganlah sampai melanggar batas dengan artikel atau komen yang memaki hamun..

Mungkin pelayar blog ini masih belum ramai justeru itu ada kemungkinan komen-komen menjurus kepada individu tertentu... Berdasarkan hits... blog ini dilayari lebih daripada 100 orang sehari dan telahpun mencapai hits yang ke 20 ribu dalam tempoh sebulan semenjak ia ia dilancarkan pada 1 Ogos 2008. Pada pandangan saya peluang ini haruslah direbut memandangkan tulisan anda bakal dibaca oleh lebih daripada ratusan ribu bloggers dimasa yang akan datang...

Penyertaan Seri Manis, Aileb dalam mengemukakan artikel saya hargai dan saya jemput kepada mereka yang telah diklasifasikan sebagai contributor saya jemput untuk menyemarakkan lagi blog ini...

Dari segi confidentiality atau kerahsiaan... Blog ini dibangunkan dibawah Platform Google dimana tahap sekuritinya berada pada kelas yang tertinggi. Kalau para bloggers khuathir lokasi mereka diketahui melalui IP.. anda tidak perlu risau kerana selaku moderator saya tidak mampu berbuat demikian kerana domain ini adalah public bloggers... untuk mengakses rekord pelayar internet saya perlulah menjadi taukeh atau boss Google dahulu...

Komenlah apa yang hendak komen... tulislah artikel berkenaan apa saja asalkan tak menghina, berunsur lucah dan memaki hamunn..

Kalau segan nak pos e-mail kat sini anda boleh email kat saya untuk di upkan sebagai kontributor... seat terhad untuk 50 Orang sahaja..

Selamat Berkarya

ckurapwarison@gmail.com

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

marilah semua kita bersama-sama berkongsi cerita, pengalaman dan berbagai cerita berkaitan isu-isu politik yang beredar disekeliling kita yang berada di jajahan Titiwangsa.

Pemuda Harapan Bangsa

aileb berkata...

===