Rabu, 18 Februari 2009

HAKIM MOHAMAD ARIFF BAKAL BERAT SEBELAH: Susulan Kes Pertikaian Nizar Kepada Keputusan Sultan Perak

Gambar:Barisan peguam PAS yang terlibat dalam petisyen Pilihan Raya N.06 Kubu Gajah dan P.67 Kuala Kangsar pada Jun 2008. Hakim Tuan Arif adalah yang ketiga dari kanan di barisan hadapan.


Kes petition saman bekas MB Perak, Dato Seri Muhammad Nizar terhadap kerajaan baru Perak akan didengari oleh seorang Hakim iaitu Yang Arif Tuan Mohamad Ariff bin Mohd Yusoff.

Secara tidak langsung, petition saman ini mempunyai implikasi terhadap keutuhan Institusi dengan mempersoalkan keputusan DYMM Sultan Perak.

Hakim Tuan Arif ini dikatakan pernah menjadi Penasihat Undang-Undang PAS dan merupakan leading council dalam kes petition pilihanraya di Kangar, Perlis di satu masa.


Menurut satu lagi sumber maklumat, Hakim tersebut pernah bertanding di bawah kerusi PAS di Selangor lima tahun lepas.

Ini mengkhuatirkan jika benar kerana keadilan boleh dikompromi. Para blogger dipohon membantu memainkan peranan untuk menyiasat dan mendedahkan sebarang maklumat supaya memastikan proses keadilan dan keutuhan Perlembagaan tidak dicemari.

Sebagaimana yang diketahui semua, Nizar telah memfailkan petition saman di Pendaftar, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat lepas, Februari 13hb, 2009. Dari laporan berita, saman petition ini telah meletakkan Dato Dr Zambery Kadir sebagai defenden utama.

Penamaan Dr Zambery dilihat oleh penganalisa undang-undang sebagai anih kerana dia tidak terlibat dengan keputusan mengubahkan kerajaan negeri. Nizar telah dihentikan atas kuasa dan keputusan DYMM Sultan Perak dan tentu sekali defenden yang sepatutnya adalah Tuanku Sultan Perak.

Berdasarkan rencana yang telah disiarkan sebelum ini sini, perkara ini perlu dipandang dengan berat kerana mereka tidak mempunyai asas untuk mempersoalkan keputusan Tuanku Sultan.

Peition saman sepatutnya dibuang kerana ia mempertikaikan kuasa prerogative Raja dalam membuat keputusan dan jika dilayani, boleh membawa impak terhadap integriti Institusi Raja-Raja Melayu.

Tindakan Nizar ini hanya merupakan wayang politik Anwar yang mungkin merancang untuk menimbulkan keraguan rakyat terhadap sistem kehakiman dan ini adalah satu kesalahan menghina mahkamah.

Sekiranya bekas Penasihat Undang-Undang PAS telah dijadualkan untuk mendengar petition ini, ia menimbulkan kemungkinan proses keadilan akan dicemari dan keputusan berat sebelah mungkin berlaku. Jika benar Hakim Tuan Ariff mempunyai hubungan dengan PAS, ia sepatutnya mengundurkan diri dari kes ini.

Keadaannya kini seolah-olah apa sekali keputusan mahkamah, Pakatan Rakyat akan mencemarkan proses keadilan dan mahu mempolitikkan keadaan untuk membina saham politik. Perkara ini perlu dilihat dengan serius sekali.

Para blogger boleh membantu untuk mewar-warkan perkara ini dengan membincang dan mendedahkan maklumat-maklumat untuk menghalang sebarang usaha untuk menghalang proses keadilan dijalankan dengan lancar.
Tuan hakim Ariff pastinya dikuatiri akan berat sebelah lebih kepada PAS atas segala sebab di atas.

Wallahhualam.

Ehsan dari :
anotherbrickinwall.blogspot.com

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nampak umno dah mengelabah sekarang.

Tanpa Nama berkata...

BUKAN MENGELABAH TAPI DIMANANYA LETAKNYA KETELUSAN SISTEM KEHAKIMAN DI MALAYSIA....???????

Tanpa Nama berkata...

aik..... baru sekarang orang umno nak cakap pasal ketelusan sistem kehakiman di malaysia.............

kes lingam pun tak tak settle lagi..... saja je buat-buat lambat sebab taknak bagi orag kecoh dengan kes tu.......

sesungguhnya kebenaran pasti hadir cuma masa sahaja yang menentukan.

bertaubatlah kita bersama-sama

Tanpa Nama berkata...

HOI..! HOI..! JANGAN TULIS PANJANG PANJANG LA ORANG BUKAN SUKA BACA TULISAN SAUDARA..! INI BUKAN RUANG CERPEN ATAU NOVEL LA..!

Tanpa Nama berkata...

yang kau bodoh pergi baca buat aper. kan ke bangang kau ni.... dah tak nak baca jangan komen pulak..

bengong

Tanpa Nama berkata...

UNTUK PENGETAHUAN AHLI AHLI UMNO TITIWANGSA, KALAU ORANG YANG BERNAMA MOHD. ARIFF MESTI BINGAI MR. BIN ON HOLIDAY.. HA HA HA